Saturday, January 28, 2012

mall baru

baru bagi kami...tak tau la kalau u olls dah penah pegi. tp mall ni memang masih fresh lagi.

kami ke sini :
ni hah...Festival City kat Danau Kota. Besar jugak dalamnya tu. macam2 kedai ada. ai bukan kaki soping so tak reti la nak war2kan kedai2 yg ada kat sana tuh. yang reti nak kaba, ada kedai kasut, kedai bag, kedai2 makan, econsave, parkson, chicken rice shop, aaa....apa lagi ek? hmm....MBO, ada tempat karaoke, aaa......pegi la sendiri jenguk. mak memang fail la bab2 meng hu ha hu ha nih.

ni tukang gendong adik tapi adik kalu tengah tido, dia amek, confirm jaga balik. huwaaa...huwaaaa

jalan punya jalan, jumpa ni hah. dia ni ala ala tutty fruity tapi lagi  murah. sama jer...yogurt yg jadik eskrem jugak. setup dia sama jer. nak kena amek mangkuk n pilih2 eskrem n pilih2 toping. peh tu timbang n bayau.
mangkuk yg kita orang amek tu, sama saiz dengan mangkuk yg kita orang amek kat tutty. isi pun lebih kurang sama banyak ngan amek kat tutty. harganya......kurang dari separuh harga yg kami bayar kat tutty. ha ha...best. tapi sourberry ni baru lagi bukak. baru ada 3 cawangan jer. tunggu la dia bercambah nanti. 

tempat kereta memang luas. bayaran parking pun murah. RM1 untuk setiap jam yg berlalu. pengunjung pun masih belum ramai jadi boleh la duduk2 gini sambil menyusukan si kecik. kain batik tu guna sebagai selimut jer. tempat tukar lampin dia kecik jer n tak de tempat menyusu. memang untuk tukar lampin saja. 

itu lah saja cerita untuk kali ni. 

minggu depan akan bersiaran dari PD pulak. 

3 comments:

Chekgu Azrine said...

Dekat dgn rumah..tp xpenah dpt gi lg..huhu..

ann said...

wah wah jauh jlnnya ke Pd lepas pantang bagus

~ Ibu ZAAZ ~ said...

Sian ke budak2, masa Hujung tahun tak leh nak gi. Kena jaga Ibu. Pd mana Jauh. Tu yg boleh gi tu.