HOLIDAY

Sunday, December 13, 2009

Perth Day 5


memulakan hari dengan menunggu Blue Cat kat tempat biasa.
ari n nak gi King's Park jer.
Taman tu bukannya jauh, tapi
sebab silap teknik,
perjalanan jadi jauh.

en ayah kununnya nak sewa beskal untuk kita org meronda park
yang luas tuh.
ibu tak berapa bekenan pasal
rasanya anak2 tu tak berapa nak reti sangat naik beskal.
tapi ibu ikutkan je la en ayah.

naik blue cat n tukar pulak naik red cat.
berenti kat queen's garden.

peh tu?
en. ayah ajak jalan kaki carik tempat sewa beskal.
so kita org pun jalan laa..
jalan punya jalan punya jalan,
tak jumpa pun.

kita org sampai kat tepi tasek.
hu hu..
en. ayah tak pueh ati..
nak jugak2 cari tempat sewa beskal.
so kita org pun tunggu la dia sambil posing2 kat tengah padang
dalam cuaca yg panas berangin.
bukan takat cuaca berhangin, ibu pun turut berhangin. huh.

tepaksa la mengisi masa lapang.
tak jumpa jugak..
so kita org jalan lagiii..
hingga hujung padang nan terbantang luas.
di hujung padang, ada inii..
apa lg kan? berlari2an derang nak main.
ibu mengambil kesempatan berehat kerana sang anak kecil mmg tak
mau berenggang dengan ibu.
sesambil tunggu, ibu mencari2 wireless tenet.
dapat sambung tp bila nak mula browse,
network lost. hiiii...tambah berangin.

pencarian en ayah menemui jalan buntu
so we have to walk again towards the bus stop,
naik red cat to the nearest stop.
akhirnya sampai jugak kita org kat park tu. turun bas, kena jalan lagi untuk ke park tu.
penat wei..tak larat. si kecik memang tak mo ayah dia amek
walaupun dia tengah tido masa tu.
dapat je tempat yg redup sikit, ibu pun landing.
yang lain2 kena la berenti jugak. sementara tunggu zhaim jaga.
penat! huh!
bila adik jaga, jalan lagi ke depan.
ke taman yg sebenarnya.

kat atas tu pemandangannya cantikk.

kita org tak dapat la nak explore taman yg luas tu.
dah penat dah.
balik ni nak kena menapak jugak lagi

day 6-last day.

Friday, December 11, 2009

Perth Day 4

kalau ikutkan rasa penat,
memang nak duduk relaks nikmati suasana berangin kat tepi tingkap
sambil melihat dedaun maple meliuk lintuk ditiup angin.

tapi...dah alang-alang dah sampai.
entah bila la lagi nak sampai kan?
kukuatkan juga hati dan kaki melangkah.
Si Aiesya bila dengar nak keluar lagi,
siap cakap..

"kat umah sana tak jalan2 cam ni pun!"
he he...dia dah penat daa..tak mo jalan2.

tapi ari ni, misinya nak raba2.
semalam ayah dah belek sakan dan peta.

mulai ari ni, ini la tempat kami tuju kalau nak kuar.
Russel Square..kekira 500m je dr apartment. tunggu sini untuk naik BLUE CAT.

hari ni kena banyak kali naik bas
sebabnya tempat nak raba2 tu jauh bebenor.

naik blue cat, turun kat Perth Underground peh tu gi station bas Wellington Street.
Tang tu tanya bas nak gi tempat raba2 tu.
rupanya salah stesenn daa..
mujur derang ramah tamah
pancik drebar tu mintak tolong kawan dia yg bawak bas lain
berentikan kite orang kat stesen Esplanade.
kalo tak, naik bas tu kena bayar
tapi sebab kes ni, kita org dapat free.
sungguh budiman mereka itew.
wajah2 seronok naik bas free..he he

kat sini kena naik bas no 60 untuk ke Morley Bus Station
ni hah basnya.

kat sana kena naik bas 336 pulak untuk ke tempat raba2 tu.
jauh jugak. jenuh melayan zhaim.
budak tu kalau time dia tak mo duduk diam,
penat laa layan. hu hu

mana-mana tpt pun bersih je kawasann derang.
rumah2 semua tersusun jer.

akhirnya sampai juga tempat raba2.
ni la tempatnya.
sampai sini, kena call derang suh jemput.
sebab nak masuk dalam, jauh jugak.
so tunggu la lagi.
posing sambil tunggu..he he..sempat lagii tu.
ni la tempat raba2 tuu... he he
ni la yg nak diraba..ha ha
satu lagii
maka tertunailah hasrat bebudak n mak budak nak meraba2
binatang2 nih. he he

tapi ada sorang ni...penakut
alangkan kucing pun dia takut..inikan lagi yg besar dr kucing.
ahaks
rehat jap sementara nak tunggu pertunjukan mengetam bulu kambing.
lain2 binatang kat situ...ni unta ni boleh tunggang. 6 dollah sorang.
encik ayah tak de rasa nak bagi anak naik pun..
budak2 tu memang la nak sangat2..hu hu
siannn...

banyak lagi binatang yang ada. tak leh la nak upload semua gambar.
jenuh la nak upload page ni nanti sebab sarat ngan gambar.
binatang2 yg boleh kita jumpa kat sini jugak..ha ha

tak larat nak tunggu satu lagi pertunjukan, so we all punn balik la.
tang ni paling ghamai jumpa orang mesia.

hmm...esok gi mana pulak?

tungguu en3 nya.
macam la ghamai sangat yag nak bacer..he he

Thursday, December 10, 2009

Perth day 3

sebelum datang, dah survey kat internet
kononnya kat apartment tu ader tenet free.
so kite org pun bawak la lappy memasing.
sampai dua ko.... bawak.
sampai2, hampeh. ada rate pulak.
sejam 5 dollar. lebih kurang 15 hengget jugak duit kite.
uuuiiii...mahall. tak jadik la tenet.
kupendamkan jua hasrat ati yag bergelora.
poser tenet la mak seminggu tu.
hu hu hu

disebabkan semalam dah tak jadi pegi zoo,
maka hari ini, setelah bekpes sekadarnya,
kami pun bejalan lagi.

kali ni cari feri pulak sebab nak gi zoo kena naik feri.
kami pun buat la keje bodoh cam hari2 sebelumnya
iaitu bejalan, bejalan n bejalan dari hujung ke hujung.
lebih 5km jugak bejalan ngan anak2.
kejap2 tengok peta, kejap2 tengok nama jalan, kejap2 tanya orang.
kerana cuaca di sana panas tapi berangin dan rasanya sejuk,
jadi kita yang berhangin kerana kena jalan jauh ngan anak kecik ni
masih mampu tersenyum.
betis belakang dah terasa sakit dek kerana bejalan jauh hari2.

ni berenti kejap tgk peta.

kita org ni bukannya apa...nak naik teksi tak boleh
sebabnya dah lebeh muatan. 6 org.
kat sini kena naik secukupnya je.
tak kan nak naik 2 teksi pulak. dah la mahai.

akhirnya setelah berpenat lelah, sampai jugak kita org kat jeti.
kat seberang padang ni la jetinya. kena jalan lagi oo..
dalam feri..si zhaim tak leh duduk diam.

mujur tambangnya adalah murah sahaja.
dewasa 1.70, kanak2 60 sen duit deranggg.

dah sampai seberang, kena jalan lagi dalam 10 menet, baru la sampai zoo.
sungguh2 menduga kekuatan kaki kami.

zoo entrance

sebenarnya, tak pegi zoo ni pun tak pe. zoo kite lagi best.
binatang pun tak dek mase nih.
budak2 ingat boleh pegang2 binatang.
yg boleh pegang cuma replika jer.
masuk mahal jugak la.
dalam zoo, kena jalan lagi. tak berenti bejalan la kite org hari tu.
penat giler!

ni padang kat dalam zoo. derang siap lepak n piknik tang tu.
kita mana tau semua tu kan.
burung banyakkk
zhaim la yg paling sronok mengejar burung.
berlari keliling padang.

balik, naik feri semula n lepas tu mujur la ada bas tunggu.
kite org pun naik bas
n
lepas tu la baru tau rupa2nya ada CAT(central area transport)
yang ronda2 bandar perth free.
huwaaa....penat jer jalan 2, 3 hari ni.

bagusnya la ada bas dalam bandar yg free.
beruntung la derang kat sana.
banyak benda free.

sambung..

Wednesday, December 09, 2009

sambung lagi kisah tour

sementara tenet tengah laju ni..elok la cecepat update.

semalam lupa nak bagi tau..
masa nak ke apartment, kat kete tuu..
lalat menghurungi kami.
banyak betul lalat.
tgk kawasan, bersih. ntah mana datangnya lalat2 tuh.

mujur tak ikut masuk bilik.
tapi petang tu masa jalan2, ada balik lalat2 tu.
rimas sungguh sepanjang perjalanan.
udah la lapar...
nampak tak lalat2 tuh? tu sikit jer tu

masuk ari kedua, pagi tu kami makan sandwish.
tak sedap. roti derang rasa lain ar.
ngan sardin yg ntah hape2.
makan je la budak2 tu..takut kelaparan.
sian la anak-anakku.

cik abang sentiasa melihat2 peta. dia la segalanya kat sanaa..

hari ni cik abang kata nak gi zoo.
tapi sebelum tuh nak beli barang2 masak dulu.
kami jalan punya jalan punya jalan
cari supermarket.

jumpa la kat tengah bandar tuu..Woolworths namanya.
dah tengah hari dah masa tu.
kaki dah penat, perut dah lapar.
lalat2 masih menghurung.

pilih punya pilih barang...lama la nak memilih
sebab tgk harga, tgk kandungan..
takut woo..banyaknya barang tak halal.
pastu, kat sana boleh scan n bayar sendirik.
sendirik jadi cashier ya.
si ayah n anak2 punya la excited.
lama la pulak layan tang tu pasal asyik error jer.

ibu...dok relaks kat bangku sambil pangku zhaim yg tido,
sambil mengusha org yg lalu lalang.
kawasan tu ala-ala kawasan bukit bintang laa
penuh sesak ngan orang ramai.
ni la pemandangan sekitar murray street. masa ni ibu tengah tumpang lepak sambil jaga zhaim yg tidur sementara tunggu dema tu syok main scan2 brg kat pasaraya. tak ghamai lg org masa nih.

ibu nak mengelak kena masak, ajak ayah makan.
ngelak la pasal dah penat jalan.
jalan kalau jalan sorang tak pe.
tu si kecik tu asyik dok begayut je ngan ibu.
ngan org lain tak mau.
ni gaya si kecik nak mintak dukung. dia akan cakap..akum..akum. kita ingat dia bagi salam. ha ha
ni la hasil adik bg salam

budak kecik tu dah besau...dah berat weh.
jalan bekilometer cenggitu, tegeliat gak kakiku ini.

jalan punya jalan punya jalan lagi carik restoren halal.
ngelas2, kami jumpa restoren nih.
kami order makanan jer. minum, kami minum air mineral yg kami beli siap2. ha ha

boleh tahan harganya. kite orang asyik dok convert harga jer.
kira makan hari tu dah RM160++ duit kita.
budak2 tak berapa nak reti makan nasi arab + kebab2 nih.
tapi apa nak buatt...tu je makanan halal takat nih.

dah petang..dah penat.
maka ibu decide x mo gi zoo.
budak2 frust la jugak.
esok2 la..banyak masa lagi.
ibu dah letih. ni nak bejalan kaki balik pulak.

kami pun bejalan la pulak carik jalan balik.
bila penat, berenti lepak2.
saat2 lepaks kepenatan. mereka makan buah2 yg dibeli kat pasaraya tadi.

malam ni kena masak. hantam saja la masak apa yg ada.
sedap tak sedap, lain kira. beras dah beli dah tadi.
cik abang tu pulak tak tengok anak dia amek beras apa.
beras basmathi rupanya.
bantai la kan.
janji boleh makan.

sana, beras jual dalam paket2 kecik jer. derang mana makan nasik kann...
so..itu ler kisah hari kedua yg memenatkan.
budak2 nih...dah penat pun, balik boleh lagi beguling2 begomol atas katil tuh.

malam tu kite org gi lepak kat taman berdekatan aprtment.
malangnya tak leh amek gambar pasal kamera, hatta tepon sudah abis bateri.
derang punya plak pulak jenis lain...so kena la pulak beli traveller plak.
hu hu

esok,..sambung lg.

Tuesday, December 08, 2009

sambung tour to bumi kanggaroo

sampai kat perth international airport,
kena tunggu lagi dalam sejam.
beratur la tunggu giliran untuk pemeriksaan kastam.
strik sket tang ni.
ada nyonya tu...baru balik penang kot,
memacam benda kering dia bawak.
abis derang selongkar n tenung benda2 tuh.

then terus kami ke tpt penginapan.
ni ler tempatnya. dalamnya memang dah lengkap. dapur siap pinggan mangkuk, mikrowave, semua la. mesin basuh n mesin pengering juga ada.

Tang ni toilet tak dek air tau. So pepandai la nak basuh.
mana2 pun kat aussie ni, toilet tak disediakan paip air untuk membasuh.
jadii..sediakan apa2 yang patut ya.
tapi yang bestnya, walaupun hanya disediakan tisu, derang punya toilet
tersangatlah bersihnya.
tisu2 pun tidak berterabur.

tak nampak pun macam derang guna tisu2 tu.

memang yang paling ketara tang ni, negara derang memang bersih.
jalan raya, taman, kawasan sesak pun masih tak ada sampah.
hatta tong sampahnya pun bersih daripada sampah.
maksudnya tong sampah tu tak de la betimbun ngan sampah sarap.

kat Perth, orangnya dah bercampur aduk dah.

ghamai pendatang kat sini tapi dah migrate jadi warganegara
pasal kat sini senang nak dapat kerakyatan
n one more, education sampai O level adalah FREE.
best ek? belajar free.

petang tu, kita orang nak pegi carik makan.
lapar la dah seharian tak makan.

so kita orang pun jalan laaa.
jalan je la dah tak tau mana nak pegi kan.
jauh gak kita orang bejalan carik kedai.
waktu tu dah pukul 5 kot.
kebanyakan kedai dah totop laa..
ingat nak gi beli barang basah...kena masak la tu.
last2, kita orang gi convenient store ala ala 7 eleven la tang ni,
n beli megi.
nak beli barang kena perati bebetul pasal
derang ni makan babi.

kebanyakan makanan kat sini ada campuran babi.
hmm...makan la yang paling payah.
beli la jugak ikan sardin dalam tin.
tak serupa ngan kat sini punya.
tu pun kena tgk...ada yg tak halal.

malam tu, kami anak beranak makan megi jer. sadis!

ni la gambar kami jalan2 carik makan petang tu.

sambung lagi esok...

Sunday, December 06, 2009

Journey ke negara Kanggaroo

Jauh perjalanan luas pandangan, banyak pengalaman.
Suka duka di negara orang,
mematangkan dan menyedarkan.

banyak juga tempat tak dapat nak pegi.
payah sket ngan budak kecik tu.
penat ibu nak kena dokong pasal dia tak mo ngan orang lain.
so attached ngan ibu.

layan gambar ya.
Perjalanan bermula pukul 6.30 am. Ateh yang ngantar sampai KLIA.
sekali lagi nak TQ to ATEH.

Kapal terbang kul 9.40 am. Budak2 teruja la pasal first time naik.
Zhaim,...bukan dia tau pun dia kat dalam kuchibang. Bahasa dia la tuu.


Pegi naik kapal terbang besar. Boeing 777.
Budak2 dok pulun main game.
Ibu main gak tapi tak best sebab slow. lagipun nak kena control si Zhaim.
Once dia tidur, legaaaaa.

Waktu tiba : 3.00 pm
Masa sana sama je ngan sini
cuma bezanya, subuh dlm kul 4. Kul 4 dah cerah dah wei.
tapi org sana mula keje sama je la..kalo tak kul 7, kul 8.
kalau tak pun kul 9.
Masa sampai, suhu bersamaam 30 derjah C.
panas tapi sentiasa berangin so rasanya macam dok dalam aircond jugak
walaupun jalan2 kat luar.
angin yang sejuk tapi mengeringkan.

...bersambung

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...