Thursday, December 10, 2009

Perth day 3

sebelum datang, dah survey kat internet
kononnya kat apartment tu ader tenet free.
so kite org pun bawak la lappy memasing.
sampai dua ko.... bawak.
sampai2, hampeh. ada rate pulak.
sejam 5 dollar. lebih kurang 15 hengget jugak duit kite.
uuuiiii...mahall. tak jadik la tenet.
kupendamkan jua hasrat ati yag bergelora.
poser tenet la mak seminggu tu.
hu hu hu

disebabkan semalam dah tak jadi pegi zoo,
maka hari ini, setelah bekpes sekadarnya,
kami pun bejalan lagi.

kali ni cari feri pulak sebab nak gi zoo kena naik feri.
kami pun buat la keje bodoh cam hari2 sebelumnya
iaitu bejalan, bejalan n bejalan dari hujung ke hujung.
lebih 5km jugak bejalan ngan anak2.
kejap2 tengok peta, kejap2 tengok nama jalan, kejap2 tanya orang.
kerana cuaca di sana panas tapi berangin dan rasanya sejuk,
jadi kita yang berhangin kerana kena jalan jauh ngan anak kecik ni
masih mampu tersenyum.
betis belakang dah terasa sakit dek kerana bejalan jauh hari2.

ni berenti kejap tgk peta.

kita org ni bukannya apa...nak naik teksi tak boleh
sebabnya dah lebeh muatan. 6 org.
kat sini kena naik secukupnya je.
tak kan nak naik 2 teksi pulak. dah la mahai.

akhirnya setelah berpenat lelah, sampai jugak kita org kat jeti.
kat seberang padang ni la jetinya. kena jalan lagi oo..
dalam feri..si zhaim tak leh duduk diam.

mujur tambangnya adalah murah sahaja.
dewasa 1.70, kanak2 60 sen duit deranggg.

dah sampai seberang, kena jalan lagi dalam 10 menet, baru la sampai zoo.
sungguh2 menduga kekuatan kaki kami.

zoo entrance

sebenarnya, tak pegi zoo ni pun tak pe. zoo kite lagi best.
binatang pun tak dek mase nih.
budak2 ingat boleh pegang2 binatang.
yg boleh pegang cuma replika jer.
masuk mahal jugak la.
dalam zoo, kena jalan lagi. tak berenti bejalan la kite org hari tu.
penat giler!

ni padang kat dalam zoo. derang siap lepak n piknik tang tu.
kita mana tau semua tu kan.
burung banyakkk
zhaim la yg paling sronok mengejar burung.
berlari keliling padang.

balik, naik feri semula n lepas tu mujur la ada bas tunggu.
kite org pun naik bas
n
lepas tu la baru tau rupa2nya ada CAT(central area transport)
yang ronda2 bandar perth free.
huwaaa....penat jer jalan 2, 3 hari ni.

bagusnya la ada bas dalam bandar yg free.
beruntung la derang kat sana.
banyak benda free.

sambung..

2 comments:

Rinna said...

Wahhh seronoknya..jalan2 ke Australia..bersama keluarga..yer.. bila kita nak sampai ke sana plak.. :)

ann said...

kak za bila baca sumpah an rasa tak nak pergi ....... akan ku tunggu next episod sampai abis laa episod seterusnya wakakakakaka