Sunday, December 13, 2009

Perth Day 5

5 comments

memulakan hari dengan menunggu Blue Cat kat tempat biasa.
ari n nak gi King's Park jer.
Taman tu bukannya jauh, tapi
sebab silap teknik,
perjalanan jadi jauh.

en ayah kununnya nak sewa beskal untuk kita org meronda park
yang luas tuh.
ibu tak berapa bekenan pasal
rasanya anak2 tu tak berapa nak reti sangat naik beskal.
tapi ibu ikutkan je la en ayah.

naik blue cat n tukar pulak naik red cat.
berenti kat queen's garden.

peh tu?
en. ayah ajak jalan kaki carik tempat sewa beskal.
so kita org pun jalan laa..
jalan punya jalan punya jalan,
tak jumpa pun.

kita org sampai kat tepi tasek.
hu hu..
en. ayah tak pueh ati..
nak jugak2 cari tempat sewa beskal.
so kita org pun tunggu la dia sambil posing2 kat tengah padang
dalam cuaca yg panas berangin.
bukan takat cuaca berhangin, ibu pun turut berhangin. huh.

tepaksa la mengisi masa lapang.
tak jumpa jugak..
so kita org jalan lagiii..
hingga hujung padang nan terbantang luas.
di hujung padang, ada inii..
apa lg kan? berlari2an derang nak main.
ibu mengambil kesempatan berehat kerana sang anak kecil mmg tak
mau berenggang dengan ibu.
sesambil tunggu, ibu mencari2 wireless tenet.
dapat sambung tp bila nak mula browse,
network lost. hiiii...tambah berangin.

pencarian en ayah menemui jalan buntu
so we have to walk again towards the bus stop,
naik red cat to the nearest stop.
akhirnya sampai jugak kita org kat park tu. turun bas, kena jalan lagi untuk ke park tu.
penat wei..tak larat. si kecik memang tak mo ayah dia amek
walaupun dia tengah tido masa tu.
dapat je tempat yg redup sikit, ibu pun landing.
yang lain2 kena la berenti jugak. sementara tunggu zhaim jaga.
penat! huh!
bila adik jaga, jalan lagi ke depan.
ke taman yg sebenarnya.

kat atas tu pemandangannya cantikk.

kita org tak dapat la nak explore taman yg luas tu.
dah penat dah.
balik ni nak kena menapak jugak lagi

day 6-last day.

5 comments: