HOLIDAY

Thursday, October 07, 2010

dah lama siap






dah lama siap tapi tak sempat update. bz siapkan kertas soklan yang tak siap-siap kugak tuh. he he. saya ikut bos saya yang nak anto ari senin soklannya. i follow u bos.
ghamai yang suka makan kek. lagi 2 bijik kena masak. peh ni ada beberapa bijik kek lagi nak kena masak.ni bantal kecik untuk kakak tercinta. tapi bukan kakak tuan tanah ya... tapi kakak si hanna yang namanya melina. n keychain nama ini juga telah disiapkan.
tak berapa puas ati dgn yang ni pasal tuannya pilih warna yang tak berapa menyerlah. kalu tuan-tuan yang mengorder kasi tuan tanah pilih suka hati, memang best tuan tanah mix n match warna felt2 yang ada. kek n bantal kat atas tu tuan tanah pilih warna sesuka hati tuan tanah. wa ha ha ha ha

order terkini, 26 batang pensel lagik n 26 huruf Q. dan dengan penerimaan order2 tersebut, maka pesanan lain lepas ni tak kan diterima lagi sehingga diumumkan kelak. pasalnya udah belambak order wei...kena siapkan segera tuh. owh tidakkkk

Sunday, October 03, 2010

Pensel nan 28 batang

pulun menyiapkan order ini.

jenuh menyiapkan sebabnya tuan tanah tak berapa gemar buat benda yang sama untuk masa yang panjang. mujur 28 batang jer.

ini order seorang cikgu kawan kepada seorang cikgu yang juga merupakan adik kepada seorang cikgu. he he. ringkasnya, order kawan adikku.

peh ni kena siapkan kengkawan alia punya sebab nak cepat n peh tu nak berenti kejap jer barang sehari dua pasal nak siapkan kertas pekse. kang nanti cikgu lehan marah. he he. aper khabar la cikgu lehan kat bandung tu ya? dah kat airport dah kot on the way nak balik seberang balik.

okeh. mau kemas tempat menjahit ini dulu. besepah tak hingat. bubai...jumpa lagi di episod yang akan datang.

Sunday, September 26, 2010

pesanan Pn Ave

Order Pn. Ave untuk dirinya dan juga puteri kesayangannya.

maaf ya kak. Saya ingat akak order memain. kalu tak, dah lama dah saya siapkan. bukannya susah pun. hehe

harap berpuas hati.

open house

semalam ada 4 jemputan open open.
1st is open kedai
kedai ni kat shah alam
jemputan kedua n ketiga burn
sebabnya ujan lebat + jam+sesat
tu semua umah kengkawan encik abang
tak per ar..perut pun udah penuhh
terus ke bandar tun razak, umah Datin aini
kami bergambar di hadapan umah Datin yang lawa.
Datin lawa, umahnya pun lawa.
open house sekali ngan kenduri kesyukuran sempena
renovation umah yg success.

peh tu dah maghrib dah, perut pun dah penuh
maka kami balik la memerap di rumah.
sempat la lena kejap..konon kejap...ha ha ha
bangun n siapkan ateh n cik la punya tempahan.

next..tempahan kak ave n kawan Cik La.

Saturday, September 25, 2010

tempahan ateh

ateh punya tempahan. katak dah siap beberapa hari yg lalu. malam tadi gagahkan juga siapkan sekor biri2. ari ni siapkan 2 lg ateh punya untuk setelkan tempahannya. nak siapkan cik la punya jugak satu. yg kawan cik la tu on the way.

Saturday, September 18, 2010

felt lagi

salah satu order ateh.
zirahah tu order cikgu haslina untuk askar2nya. lebah pink order kawan alia.

Wednesday, September 15, 2010

my first scrapbook

baru satu dah kecoh. he he
mlm tadi tehegeh2 buat
untuk our 13th anniversary.
13hb september yg lepas.

we will be together forever
with our 4 buah hati...erk...4 je ke?
wa ka ka ka
itu urusan Tuhan.
tak leh cakap besar ek?

tag tu dah pikir dah nak buat apa.
nak letak gambar anak2
n tag tu duduknya di dalam sampul yg ada butterfly tuh.
wallahhh..

Tuesday, September 14, 2010

cerita raya

cerita raya la kot..

raya cam biasa jer.
giliran Kulim. tu yg biaser tuh. he hee

n seperti biaser, kami akan berkonvoi ke rumah
mak itu, mak ini, pak itu, pak ini.
jenuh nak mengningat-13 tahun kawen ni tak ingat2 lagi semuanya tuh. ghamai sesangat. he he. maapkan acik yer.

mood mengambek gambar pun tak der.
hamek gambar budak ni jer la kan.
sronok sungguhs dapat naik motor walaupun tak begerak.
huwaa huwaa huwaa

Ahad kami dah bertolak balik.
bye byeee...
as espected, jalan banyak keter la kan.

tapi nak jadi cerita,
kereta buat hal la pulak.
fuel pump dia tak jalan. haa...ni kali kedua dah kena nih ngan keter yg sama.
inilah akibatnya kalu encik abang nak berjimattt.
dulu tukar yg tak dek warranty,
kan dah melayang lagi RM600++.
hu hu hu
ader la tu tak berkat mana2 tuh. kan yah?

tow truck tu kan,
tak panggil lagi dah tejengul depan kita orang.
polis peronda lebuh raya pun tak leh buat apa2.
so kita orang naik la keter yg ditarik lori tow tuh.
panassss wei dlm keter tuh.
sabar je la kan...

sementara dealing with the mamat HINDUstan tuh,
bebudak sempat la main dlm longkang.
gaya jakun tak penah jumpa longkang derang nih. hu hu

mase ni dah pukul 3.45.
sampai kat bengkel, yg mana satu2nya bengkel yg bukak kat Sungkai tuh
(habis semua kere rosak longgok tang tu. berlori2 tow truck sampai ngantor keter tang tuh. untung laaa tokey muaalap tuh) jam sudah pukul 4 lebeh.
perut kita orang lapar. tak makan haper pun lagi.

jadi sementara menunggu baiki membaiki punya proses,
kami menapak la pulak cari gerai makan.
maap la kan, tak ghamai yg meniaga maser tuh.
alhamdulillah ader la jugak gerai sebijik tuh bukak
walaupun dipenuhi lalat.
kami makan sekadarnya jer.
masakannya pun biaser-biaser ajer.

on the way balik, kami singgah ke Sungai Buluh,
ke Saujana Utama-umah adikku no 3.
derang buat jamuan keluarga.
wahh...yang ni sronok.
tetiba jer ginjal sronok ku mencuit2.
he he...yer ar kan...family sendirik.
wa ha ha ha

semua ader.
semua anak menantu beserta cucu2 mak belah kita orang,
semua ader.

ni hah gambar keluarga kami yang hambek ntah berapa kali tuh.
anak3 mak ada 7
kak G + Abg Ad=Syafiqah, Imran, Irfan n Iman
Ibu + Ayah=Zharif, Alia, Aiesya n Zhaim
Dik Dah + Nasir= Syafiq, Haziq, Nurin, Ahdia & Ashalina
Ateh + ?
Cik La + ?
Ayah Cik + ?
Mak Su Dira + ?

n sempat juga kuhasilkan ini
sepanjang perjalanan balik kulim
n kat kulim, n balik ke KL.

laila n asiah untuk adik2ku yg sambut besdei 12 n 13hb.

fai fai n risya order kawan alia
ira n nani order kak Rozi.
so order Kak Rozi dah complete ya.
Muffin purple tuh, + Doraemon 2 ekor n these 2.

Tuesday, September 07, 2010

keliru

tetiba ari ni kami keliru n
end up dengan berbuka tempat lain2.
hu hu

n ari ni la first time kami anak-beranak berpuasa without sahur.
sian anak2ku.
bunyi jam tutup n lena semula.
bangun semula bila azan dan bunyik. kui kui
tapi alhamdulillah...idok ler mereka bising kata lapar.
takut kena marah gak nya kalau kata gitew. huwaa huwaa

ari ni dan la den menyiapkan ini :
satu lagi order Puan Rozila a.k.a kak Rozie.
yang doraemon tu ya. yang Hanna and the aeroplane tu,
kawan si alia punya.

ada dua lagi kak Rozie punya order.
Doraemon tu untuk anak2 lelakinya.

dua lagi untuk anak2 pompuannya pulak.
ho ho

yang klip rambut kat bawah ni pulak,
saja buat sebab bunga cekelat tu dah buat beberapa hari dah
tapi tak tau nak buat untuk apa.
so taouch up sket kasi tambah warna kuning kat belakang
n kawenkan ngan klip rambut bebudak kat umah ni hah.
si Aiesya dah cop dah.
ok la tu kan. Kakak dah ada, Aiesya pun nak jugak la kan.

Zharif je blom dapat2 lagi tempahan dia pasal
ibu nak siapkan orang lain punya dulu.
sabar ya bang!

Monday, September 06, 2010

Hair clip for today

i made these hair clip for trial purposes. n cik kak tu dah try dulu dah. pakai bawak jenjalan carik buku ngan ibu hari nih. suker betul dia ngan hair clip tu. more will come soon coz dah beli banyak banana clip tu masa kakak alia nak bertanding koir ari tuh tapi tak pakai. Phua la nih suh belikan tapi peh tu buat tak tau jer. haa...saper nak bayar tuh? mujur gak la ada gunanya juga.

misi sebelum raya ni, menyiapkan tempahan kengkawan alia n kengkawanku juga. boleh siap ke? hu hu
Posted by Picasa

Sunday, September 05, 2010

kisah semalam dan hari ni

SEMALAM

kami berbuka di penthouse kat komenwel condo. tang mana? kat Bukit Jalil. Reunion anak2 Kulim. Encik Abang punya geng la tuh. Konsep pot luck. Biasa la kalu pot luck-makanan belambak tak abis. memasing bawak untuk makan 40 orang. yang makan memang la 40 orang tapi tak kan semua orang nak makan semua benda kan? itu biasa terjadi tapi masih juga terjadi. semua takut tak cukup. menunjukkan rakyat mesia ni memang prihatin, baik hati dan masih mewah berbanding rakyat negara lain.

gambar ngan derang tak banyak pasal bukan reunionku. jadi diriku membawa haluan ngan anak2. nak sembang tak tau nak sembang apa. he he

layan gambar..
HARI NI

menyiapkan hadiah ari jadi adik bongsuku. ari jadi nya semalam. he he

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...