HOLIDAY

Saturday, January 10, 2009

semalam 9.01.09

hari yang menyakitkan hati. beberapa kejadian menyakitkan hati telah terjadi. tak pe..ada ubi ada batas.

Wednesday, January 07, 2009

eksiden

hari ni masa kat sekolah ayah tepon kata abang kat klinik. haa..ibu dah suspen tapi masih lagi tenang. tepon bibik, bibik kata dia pun tak tau apa jadi pada abang tapi abang ada di klinik. sepanjang bawak kete balik, ibu tak bayangkan yang bukan-bukan sebab abang kat klinik je. kalau sepital, hmm...tak tau apa nak kata.

abang eksiden ngan kete sorang cina pompuan. baiknya dia tolong anta abang ke klinik. sape bayar? ibu la. kete dia yang calar sebab beskal abang tuu...melayang RM500. we all malas nak argue pasal tak tau ceritanya macam mana. dok dengar dari mulut cina tu je...tak pe. bak kata bibik, uwang boleh dicarik, tapi nyawa...itu satu aja. ayah pun kata tak pe...anak kitaaa.
abang dengan bibir lukanya dan tangan yang berbalut akibat terkehel. alhamdulillah abang selamattt..ibu memang risauuuuuuuuuuuu ngan abang yang sorang nih.

Sunday, January 04, 2009

hari ini

hari ini 4hb Januari 2009, kalau abah masih ada...dia akan berumur 58 tahun. tapi umur abah takat setahun dulu.

abah...terlalu banyak yang nak diceritakan tapi biarlah. tak perlu bercerita. biarlah semuanya tinggal dalam lipatan kenanganku, juga mereka yang kau tinggalkan.

biarpun kita jauh dari dulu hingga kini-semakin jauh, namun aku tetap mengenangmu kerana siapalah aku tanpa dirimu. ampunkan iza abah!!

Khabar duka

hmm...hari ni bibik ku meminta maaf. katanya perkhidmatannya sampai setakat bulan 3 sahaja kerana terpaksa menurut kehendak suaminya yang mahukan mereka berkumpul. Ahh...baru 2 bulan masuk dah bagi tau nak berenti. tu la payahnya kalau tak de permit. tak pe...tak pe...ada hikmahnya tu. insyaallah.

mak pulak tepon bagi hint nak pinjam duit Iri nak masuk belajar. hint punya hint dalam seribu lebih gak nak guna. haa...tau dah. pasal tu la awal-awal dah korek sana korek sini sebab tau mak akan berbunyi seperti itu. bagi tau cik abang, dia tak kata apa pun. tak de pun offer nak bagi pinjam duit dia. hu hu....tak pe mak...apa yang boleh kita bagi la.

sedih jugak ati ni. bukan pasal duit...pasal bibik. adik tu nak kena anto ke taska semula ke? aiesya dah mula sekolah. sekolahnya pulak bukan dekat-dekat ngan taska. ahhh...esok ayah uruskan la aiesya. ibu tak leh cuti dah nak tengok anak masuk sekolah. kalau tak sure leh amek gambar aiesya masukkan dalam blog ni. aiesya jangan nangis ya...abang pulak dah belikan beskal tadi. abang akan naik beskal pegi sekolah agama dari umah nenek.

dalam sedih, tetap menanti esok sebab bonus nak masuk pepagi buta. he he

Wednesday, December 31, 2008

gi redeem voucer ceramic tadi. dapat la RM200 vaoucer giant n RM60 voucer KFC/PIZZA. alhamdulillahhh..kak ave, bila tarikhnya nak makan sesama ni?

Tuesday, December 30, 2008

kawan lamaku

teman lamaku yang kutemui dan kukenali semasa di matrik. kini setelah hampir 6 tahun tidak bertemu, kami bertemu semula secara nyata atas urusan biz. he he. nyata...lesung pipitnya tetap tidak berubah walaupun yang lainnya ada perubahan. shimah...kita sama. kuang kuang kuang.

Monday, December 29, 2008

Masa-masa Akhir 2008

semalam hidung adik berdarah. banyak darahnya. entah kenapa...tau2 bibik kata hidung berdarah. terus ibu angkat adik dan tenangkannya. banyak juga darah sampai baju ibu pun dicemari darah adik. adik ngantuk sangat terus tidur semula dengan hidung yang masih berdarah. risau jugak ibu. abang n kakak pun selalu berdarah hidung tapi tak sehebat darah adik malam tadi.
ni dah lap dah ni tapi masih keluar lagi darahnya

hari ni minggu terakhir pengiraan bonus untuk bulan disember. alhamdulillah semakin meningkat. moga terus bertambah.

Iri nak masuk belajar semula. sambung di Ipoh. Dod, ko la anto ya. Kak Ija dah cuti lama dah. tak leh amek cuti lagi dah. tq Dod.

Thursday, December 25, 2008

CERAMIC yang menguntungkan

apa yang belum aku join? ada la tapi dah banyak yang aku join sebabnya aku ni suka mencuba. orang kaya aku pun nak kaya tapi aku ni jenis yang tak tebal kulit muka. so kayap je la aku. antara yang aku join :

COSWAY - still aktif membeli
eCOSWAY - kejap jer.
AVON - beli la jugak
ZHULIAN - kuar modai besar tapi la ni dok jadi tukang cuci barang2 kengkawan jer. Memula kuar modal banyak memang la dapat cek besar. Tapi bila tak leh maintain nak mebeli dan menjual, maka cek pun dah tak nampak dah. Last2 mati je keahliannya.
HERBALIFE - turun la jugak berat sket tapi barang mahal tak leh nak maintain beli. ha ha ha
MELILEA - sedang makan actually untuk kesihatan cik abang tu. numpang je la telan serbuk ijau tu. Ok la jugak. Mahai lagi dari herbalife tu.
MyMODE- still jual prepaid tapi hasilnya tak berapa nampak. sekadar membantu kengkawan yang malas nak gi kedai topup. he he
BIOFeld- Yang ni pun minum sebotol lepas tu tak makan dah pasal susah nak pegi beli.
SURECO - hmm....pun tak berapa best. layanan di kaunter juga tidak memuaskan membuatkan hatiku tidak berapa gemar ke sana.

ada lagi sebenarnya. kat internet ni lagi la. memacam aku cuba. itu ini. banyak gak la.

ada jugak ke kelas ceramah dia orang ni. masa memula dengar kata-kata mereka yang dah berjaya ni, memang la berkobar2. tapi sebab sedar diri, tau kekuatan kelemahan diri kat mana, akhirnya kobar2 yang tadi tu hilang ditiup angin lalu. kalau ikutkan, apa-apa sahaja la yang kita join, memerlukan komitment dan kesungguhan. tebal muka tu memang perlu. memang boleh berjaya, kaya dan raya. tapi aku....ha ha...tak boleh kaya dengan cara itu.

cari punya cari, akhirnya bertemu dengan CERAMIC - memang berbaloi. Dah nampak hasilnya.

barangan ceramic yang dibeli jual

apa yang aku suka dengan ceramic?

1. tak payah jual barang
2. tak payah carik downline pun leh dapat untung bulan2 pasal kita beli barang ngan syarikat, kita jual balik kat syarikat. tak melibatkan sesiapa pun. tapi kalau nak kaya, carik la orang kannn..
3. kalau nak carik downline, tak payah jumpa2. online saja-sesuai la ngan aku yang kalau boleh 24 jam ngadap internet. he he
4. boleh dapat voucer
5. tak payah pakai barang yang dijual beli tu.
6. modal tu kita boleh dapat balik. bukan burn cam tu je kalau barang tak terjual.

alhamdulillah, setelah 7 bulan join, pendapatan bulan ni dah cecah 4 angka. itupun sebab SAJUL tolong suntik orang bawah disamping komitment adik2 dan kengkawan yang percayakanku. TQ u all. sangat sangat sesuai untuk orang yang kulit mukanya tebal, lagi malu nak jumpa orang macam aku. ha ha ha...bukannya aku tak leh becakap tapi ...hmm.....aku tak suka sangat jumpa2 orang ni. ayah, ibu akan tunjukkan yang ibu boleh jugak carik duit. ayah tunggu ya ibu tunjuk catatan ibu. isnin yang dinanti-nanti sekarang ni sebab bonus masuk setiap isnin. ALhamdulillah syukurrrrrrr.

bukti statement bulan november. bulan dis tak abis kira bonus lagi.
ini bonus bulan dis setakat minggu ini. ada seminggu lagi untuk pengiraan bonus sebenar bulan dis.

to SHIMAH, good luck with ur HAI-O. insyaallah berjaya. kalau dah nampak hala tuju, teruskan. kalau sorang menolak, ramai lagi orang diluar sana. liza tolong shimah beli barang ek.

http://www.jutawanceramic.com/index.php?member=liza_yacob

Saturday, December 20, 2008

Bunga Telur

Dua tiga ari ni, balik sekolah dok mengadap angsa ni hah...bakal pengantin nak 500 ekor. Haa...mudah je buat benda ni. Hanya tengok contoh a.k.a perati, pastu cuba. Jadikkk! Yang lecehnya masa buat nak kena ada telur...kena cuba dulu masukkan dalam lubang dia tu. Kalau tak celuih, pebesaq lubang dia. Yang tak bestnya lagi, bibik dan siap buat semua yang lubang kecik. Terpaksa la bukak2 stepler pastu kena stepler balik. Tak pe la bik...tq la. Ghajin sungguh kamu.

Bertambah la lagi satu aktiviti bebudak Kelab Kerjatangan tahun depan.

Kos pun murah je. Tak yah dah buat bunga telur yang kosnya berkali-kali ganda sekarang ni. Jimat duit beta. Ha ha ha...

Saturday, December 13, 2008

Perbicaraan di Pejabat Daerah

12.12.2008, Jumaat - Ke Pejabat Daerah Hulu Langat, Bangi bagi mengikuti prosedur pembahagian harta pusaka. Seronok..........bukan seronok nak dapat harta tapi dapat berkumpul semua adik-beradik. Hartanya tak ada pun. Raya hari tu tak de Kak G. Hari ni dapat berkumpul walaupun Kak G memang turun semata-mata untuk itu dan lepas makan terus chow balik JB.
Kami yang ditinggalkan abah lebih setahun lalu. hu hu hu

Monday, December 08, 2008

Antoo Fighter




Saja bawak anak2 yang sibuk sangat nak tengok citer ni especially abang. Tayangan malam tu abis pukul 12.10 pagi. ceritanya macam mana? kelakar tu memang la kelakar tapi biasa la citer melayu...tak berapa nak logik. Sekadar untuk hiburan sekeluarga ok la. Berjaya gaknya hasrat pengarah nak dapat beberapa juta untuk filem ni? kita tunggu je la.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...