Sunday, January 04, 2009

Khabar duka

hmm...hari ni bibik ku meminta maaf. katanya perkhidmatannya sampai setakat bulan 3 sahaja kerana terpaksa menurut kehendak suaminya yang mahukan mereka berkumpul. Ahh...baru 2 bulan masuk dah bagi tau nak berenti. tu la payahnya kalau tak de permit. tak pe...tak pe...ada hikmahnya tu. insyaallah.

mak pulak tepon bagi hint nak pinjam duit Iri nak masuk belajar. hint punya hint dalam seribu lebih gak nak guna. haa...tau dah. pasal tu la awal-awal dah korek sana korek sini sebab tau mak akan berbunyi seperti itu. bagi tau cik abang, dia tak kata apa pun. tak de pun offer nak bagi pinjam duit dia. hu hu....tak pe mak...apa yang boleh kita bagi la.

sedih jugak ati ni. bukan pasal duit...pasal bibik. adik tu nak kena anto ke taska semula ke? aiesya dah mula sekolah. sekolahnya pulak bukan dekat-dekat ngan taska. ahhh...esok ayah uruskan la aiesya. ibu tak leh cuti dah nak tengok anak masuk sekolah. kalau tak sure leh amek gambar aiesya masukkan dalam blog ni. aiesya jangan nangis ya...abang pulak dah belikan beskal tadi. abang akan naik beskal pegi sekolah agama dari umah nenek.

dalam sedih, tetap menanti esok sebab bonus nak masuk pepagi buta. he he

3 comments:

Anonymous said...

rasa macam bersalah laa

Anonymous said...

maaf ya kalau dah susahkan hidup akak

~ RoSLizA ~ said...

tak pe la...asam garam kehidupan. ada masa senang ada masanya susah. kita usahakan mana yang patut. sudah takdirnya begitu.