semalam 2 kali hampir nak kena
hari ni...kena dah. mujur abang botak tu kata tak pe..saya tak kisah pasal ni kete kerajaan. Bukan kena banyak pun. Ada guris2 manja je kat bumper perdana tu. kete kita tak sakit apa-apa. alhamdulillah..
________________________________________________________
salah siapa?
kalau sebelum mengundur dah tengok kiri, kanan, depan, belakang, tetiba masa mengundur sensor berbunyi. Rupa-rupanya motor melintas. pastu si penunggang tengok2 kat kita. Kita dah tengok keliling dah kan...bukannya saja nak langgar orang. Yang ko tu dah tau kete tengah mengundur, lalu jugak saper suruh?
ni dah banyak kali kena dah ni. Sabo...sabo...
Wednesday, October 22, 2008
Monday, October 20, 2008
Rombongan ke Melaka
Gambar kenangan di Cowboy Town, Melaka ngan "kawan baru". he he. Siap pegang bahu lagi.Kenangan di Melaka bersama family+anak2 murid+cikgu2 pengiring tu la. Kami menumpang je sebenarnya. Tak pe la. Ganti family day yang tak dapat pegi ari tu. Yang penting lepas kempunan aiesya nak mandi kolam masa balik raya hari tu. Lama jugak berkubang dalam kolam tu.
Tinggal di Sri WarisanResort .
OK la penginapan. Luas = RM185. 1 single + double.
Kolam renang --> best pasal tak yah pakai proper. boleh je terjun ngan apa yang sedang dipakai.
Kawasan melawat pun dekat2 je. Taman mini, Zoo melaka, Taman Buaya, Taman Botani. Apa lagi ya? entah ...pasal tak sempat nak melawat pun...kena tinggal sana lama sket baru boleh tour habis.
COWBOY TOWN
Cowboy town tu jauh la jugak. Kalau tak kerana rombongan ni, sure tak sampai kami sekeluarga. Cik abang tu bukan suka sangat bersesak-sesak ngan orang ramai plus membuang masa plus membazir. ha ha...
Yang tak best pasal Melaka : Jalan rayanya banyak sangat traffic light. Pas tu lama pulak tu nak kena tunggu hijau semula. hu hu.
Haslina...sorry tak dapat nak singgah rumah. Lain kali insyaAllah. Budak2 yang pegi rombongan tapi tak bercampur dengan orang lain, baik tak payah pegi. You know who you are dear!
chow.
Wednesday, October 15, 2008
Memberi dan menerima
Dapat je angpau, sibuk la anak2 nak tengok, berapa orang tu bagi. Ralat juga kalau mulut dia orang bising kalau rasa sikit nilainya. Tapi kalau nak bagi banyak, tak terkejar pulak dengan segala benda yang perlu dibuat dengan duit-duit tu. Hmm...tadi terdengar perbualan beberapa orang murid."Kita biasanya dapat lebih lima ratus.
Alia pernah balik bercerita kawannya si polan si polan tu, duit rayanya mencecah ke angka ribu.
Ibu menjawab, dah memang family dia orang semua orang kaya. Tak hairan la dapat banyak tu.
Anak kita, melepasi seratus pun dah satu rahmat.
Apa pun, yang penting memberi dan menerima, biarlah dengan hati yang ikhlas biar pun berapa nilainya.
Wednesday, October 08, 2008
Cerita Hanaan
Atas permintaan
Arwah Hanaan tu budak down sindrom yang maknya memang bela betul supaya tak sama dengan budak down yang lain. Tetiap bulan pegi cucuk ubat kat kepala. Sekali cucuk RM25k. Tak pe la. Itu usaha mak ayah dia. Anak punya pasal kan. If i have money, i will do the same thing too. Tuhan menguji mak ngan ayahnya dengan kekayaan dan anak yang sebegitu. Alhamdulillah mak nya ni memang seorang yang pemurah dan periang. Kerana dia, CBN1 amat berubah. Thanks kak Shila.
berbalik kepada cerita...
Nak dijadikan cerita, petang tu maknya sibuk dengan peti ais baru yang baru sampai ke rumah. Arwah ada berdekatan. Tapi sedar2 dah hilang. Bila cari, jumpa kat dasar kolam mandi. Kebetulan pintu terbuka. i believe itu nak jadi penyebab. Memang dah sampai ajalnnya. kita pun kalau dah sampai ajal, yang tak mengantuk boleh jadi mengantuk untuk jadi sebab kemalangan. contohnya la. Kalau Allah kata "kun fa ya kun", maka jadi lah ia.
Bila difikirkan, alangkah bertuahnya kak shila...ada yang menunggunya di sana. Hajar, ita...pun ada. Kita? hu hu

Sunday, October 05, 2008
r u a good person?
Wednesday, October 01, 2008
persiapan balik kedah
Pukul 8 baru la ayah balik keje. he he...baju2 lom kemas lagi. Ayah mandi, tidokan Zhaim. Ibu pun mengemas. Baju kakak alia, kakak aiesya, abang zharif, adik, ibu....ayah? sendiri pilih. kang pilihkan tak kena pulak. Kemas juga sekitar rumah, dapur ( basuh pinggan2 dan juga yang ada dalam peti ais) dan basuh baju yang mana ada. Kalau tak nanti balik, lagi bertambah. Abang dan kakak2 dah eksport ke rumah nenek. Dalam kol 11 siap semuanya. Ayah lom bangun so apa lagi.....internet la. Kui kui kui
Tuesday, September 30, 2008
Hanaan kembali bertemu DIA
Dua tiga hari ini, teringat pada si Hanaan tapi tak berkesempatan pegi melawat. Petang ini, tau-tau dia dah on the way balik rumah. Find...i will go to her house. Elok je nak keluar pintu, mesej sampai mengatakan Hanaan dah kembali mengadap Ilahi.
Al-fatihah buat Hanaan. Takziah buat kak Shila n family. Jangan sedih kak..insyaAllah, dia tunggu akak di sana.
Kak Shila membaca Yasin di sisi Hanaan
Ciuman demi ciuman untuk anak tersayang
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. Aminn...
Al-fatihah buat Hanaan. Takziah buat kak Shila n family. Jangan sedih kak..insyaAllah, dia tunggu akak di sana.
Kak Shila membaca Yasin di sisi Hanaan
Ciuman demi ciuman untuk anak tersayangLagu TERLALU ISTIMEWA untuk Hanaan
Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. Aminn...
Monday, September 29, 2008
Turn Kedahh...
Semalam, rumah mak penuh dengan anak-anak dan cucu-cucu. Semuanya ada. Tu je la hari rayanya pasal tahun ni semua anak2 yang dah kawen akan balik Kedah. Rumah mak mentua masing-masing. hu hu. Budak2 seronok sebab dapat main bunga api. Kat rumah sendiri tak leh main sebab tak de kawasan. Kat rumah nenek baru la boleh main. Kak G n Mak Dod will leave KL today. Me n my family will leave KL on Wednesday coz my sayang hubby have to work that raya night until 4 a.m. Nasib la kan...but for me, suka. he he
Friday, September 26, 2008
Rabu, Khamis & Jumaat
Pagi-pagi lagi dah sibuk siapkan kakak alia yang nak masuk pertandingan nasyid kat sekolah. Boleh tahan manisnya anak dara ibu tu. Sampai-sampai sekolah, punch-in terus ke kelas 3D menyiapkan ahli2 kumpulan kakak. Make-up mujur ada kakak. Ibu tolong pakaikan tudung2 dia orang. Boleh tahan kakak make-upkan dia orang. Boleh menang ke? Pada firasat ibu memang boleh menang.
Alia n geng Munajatnya
salah masa keluar sekolah...jem sepanjang jalan. mengambil kesempatan yang ada untuk menanda kertas exam mana yang dapat. English Year2-boleh la tanda macam tu. Cuba kertas penulisan. Musti berasap telinga.
sampai singgah rumah mak dulu. rupanya novel yang kumenangi dah sampai. he he...bertambah koleksi novelku.

sepatutnya semalam (Khamis) kakak masuk pertandingan bercerita kisah-kisah nabi. Tapi disebabkan kakak tak sempat hafal keseluruhan cerita, maka ibu kata tak payah masuk la kakak ya.
Petang lepas lawat anak Hannan yang lemas dalam kolam, bersiap ke OCM untuk meeting yang membuang masa. Dah la tahan teksi semuanya tak nak pegi kawasan tu...akhirnya bawa juga WKY, meredah jalan ke OCM. Lewat tapi sampai juga la. Meeting yang tak tau apa yang diperkatakan sebab meeting dengan ratusan orang, dalam dewan yang bukannya khusus untuk meeting dan juga sistem audio yang tidak bagus. Ada yang tidur, tak kurang yang bercakap sesama sendiri. Hari ni berbuka di Pavilion ngan Ida. Ha...sampai jugak ke Pavilion tu-tempat orang kaya shoping.
Hari ni( Jumaat), kakak masuk pulak pertandingan busana muslimah. Siapkan kakak awal2 sebab ibu nak kena keluar mengiring budak2 tarian ke Cochrane. Tudung kakak tu baru beli 2 hari yang lepas.
Alia n her classmate-Huda
Hari ni juga diumumkan pemenang. Nasyid- sah kumpulan kakak juara. Busana kakak dapat tempat kedua, satu tempat di belakang Qaisara. Tahniah Sara. Tak sia-sia cikgu betulkan tudung awak pagi tadi. he he..

Tuesday, September 23, 2008
Keluar lagi
Semalam, sesampainya kat sekolah, ada pulak surat panggilan seminar. Aduh...pasal apa tak bagi tau awal2? Nyampah laa...Dah la minggu lepas 2 hari dah keluar. Dengan perasaan tak best, lepas dah tinggal pesan kat Alia, bergerak keluar ke jabatan. Sampai pukul 8, kereta dah penuh kat tempat parking tu. Terpaksa park kat tengah2 jalan raya atas bukit tu.
Masuk2, tengok aturcara..laa...mesyuarat agung 4PSM rupanya. Kalau tau tadi, memang tak pegi dah. Dah la 2 jam kena tunggu Timbalan Menteri tu sampai. 2 jam yang sia-sia. Selesai YB Dato berucap dan berbicara, aku mencari ruang untuk melepaskan diri. Masa tu dah pukul 12 dah. Nak kena tunggu YB selesai sidang akhbar baru boleh mula mesyuarat. Nak habis pukul berapa nih? Aku keluar dewan, tengok kereta....ada ruang untuk melepaskan diri, maka aku pun chow. Sampai sekolah dalam kul 1 pasal jem. Biasa la...tu time Bukit Nanas tengah jem. huh...habis masa macam tu je. Padahal semalamnya dah rancang nak buat itu ini kat sekolah. Siap dah bawak laptop dah. Hari Khamis ni nak kena kuar lagi nih.

Subscribe to:
Posts (Atom)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
HIASAN PENTAS HASIL MY TEAM UNTUK RUJUKAN DAN SIMPANAN. (akan dikemaskini dari masa ke masa. tak jumpa gambau sebenarnya. haha ) ...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...