Friday, September 26, 2008

Rabu, Khamis & Jumaat

Pagi-pagi lagi dah sibuk siapkan kakak alia yang nak masuk pertandingan nasyid kat sekolah. Boleh tahan manisnya anak dara ibu tu. Sampai-sampai sekolah, punch-in terus ke kelas 3D menyiapkan ahli2 kumpulan kakak. Make-up mujur ada kakak. Ibu tolong pakaikan tudung2 dia orang. Boleh tahan kakak make-upkan dia orang. Boleh menang ke? Pada firasat ibu memang boleh menang. Alia n geng Munajatnya
salah masa keluar sekolah...jem sepanjang jalan. mengambil kesempatan yang ada untuk menanda kertas exam mana yang dapat. English Year2-boleh la tanda macam tu. Cuba kertas penulisan. Musti berasap telinga.
sampai singgah rumah mak dulu. rupanya novel yang kumenangi dah sampai. he he...bertambah koleksi novelku.

sepatutnya semalam (Khamis) kakak masuk pertandingan bercerita kisah-kisah nabi. Tapi disebabkan kakak tak sempat hafal keseluruhan cerita, maka ibu kata tak payah masuk la kakak ya.

Petang lepas lawat anak Hannan yang lemas dalam kolam, bersiap ke OCM untuk meeting yang membuang masa. Dah la tahan teksi semuanya tak nak pegi kawasan tu...akhirnya bawa juga WKY, meredah jalan ke OCM. Lewat tapi sampai juga la. Meeting yang tak tau apa yang diperkatakan sebab meeting dengan ratusan orang, dalam dewan yang bukannya khusus untuk meeting dan juga sistem audio yang tidak bagus. Ada yang tidur, tak kurang yang bercakap sesama sendiri. Hari ni berbuka di Pavilion ngan Ida. Ha...sampai jugak ke Pavilion tu-tempat orang kaya shoping.

Hari ni( Jumaat), kakak masuk pulak pertandingan busana muslimah. Siapkan kakak awal2 sebab ibu nak kena keluar mengiring budak2 tarian ke Cochrane. Tudung kakak tu baru beli 2 hari yang lepas.
Alia n her classmate-Huda
Hari ni juga diumumkan pemenang. Nasyid- sah kumpulan kakak juara. Busana kakak dapat tempat kedua, satu tempat di belakang Qaisara. Tahniah Sara. Tak sia-sia cikgu betulkan tudung awak pagi tadi. he he..

2 comments:

Aku lah Si Pelangi Itu..... said...

Tahniah buat Alia...cantik+manis+pandai bergaya...thanks la cikgu sbb tlg sara betulkan tudung dia :)...

~ RoSLizA ~ said...

he he...dah dia datang mintak tolong. saya suka kalau orang cari saya...tu tandanya saya dipercayai dan disayangai dan di...semua la. he he