HOLIDAY

Tuesday, September 23, 2008

Keluar lagi

Semalam, sesampainya kat sekolah, ada pulak surat panggilan seminar. Aduh...pasal apa tak bagi tau awal2? Nyampah laa...Dah la minggu lepas 2 hari dah keluar. Dengan perasaan tak best, lepas dah tinggal pesan kat Alia, bergerak keluar ke jabatan. Sampai pukul 8, kereta dah penuh kat tempat parking tu. Terpaksa park kat tengah2 jalan raya atas bukit tu.
Saat-saat membuang masa cikgu-cikgu...

Masuk2, tengok aturcara..laa...mesyuarat agung 4PSM rupanya. Kalau tau tadi, memang tak pegi dah. Dah la 2 jam kena tunggu Timbalan Menteri tu sampai. 2 jam yang sia-sia. Selesai YB Dato berucap dan berbicara, aku mencari ruang untuk melepaskan diri. Masa tu dah pukul 12 dah. Nak kena tunggu YB selesai sidang akhbar baru boleh mula mesyuarat. Nak habis pukul berapa nih? Aku keluar dewan, tengok kereta....ada ruang untuk melepaskan diri, maka aku pun chow. Sampai sekolah dalam kul 1 pasal jem. Biasa la...tu time Bukit Nanas tengah jem. huh...habis masa macam tu je. Padahal semalamnya dah rancang nak buat itu ini kat sekolah. Siap dah bawak laptop dah. Hari Khamis ni nak kena kuar lagi nih.

No comments:

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...