Tuesday, September 23, 2008

baju anak-anak

3 comments
hmm..sama ada disebabkan kuasa membeli yang besar atau memang seronok beli baju budak2 tu, bulan ni banyak betul baju yang kubelikan untuk mereka. Tak kira la kat bundle ke, kat pasaraya mahupun kat jualan gudang. Semalam sempat singgah jualan gudang kat Taman Shamelin. Haa...melayang lagi duitku. Baju yang paling senang cari ialah baju2 saiz Aiesya. Kakak Alia susah sket pasal perutnya yang b*****. Abang,...pun susah. Especially nak cari seluar untuk dia. Saiz budak2 dah tak muat. Saiz orang tua nak kena ubahsuai pulak. Baby? senang la nak carik. Tunggu la dah besar cam abang nanti. he he

Sebahagian baju2 yang dibeli untuk anak-anak daraku
Kakak nak sangat sweater...semalam kat jualan gudang jumpa..beli untuk kakak, kena beli gak untuk adik
Baju untuk abang. Ada lagi T-shirt beli untuk abang tapi tak amik gambarnyaBaju raya Zhaim. Satu beli ngan Kak Shila satu lagi Ateh bagi.
Ni lagi overall beli untuk Zhaim, Kakak Aiesya n Nurin. Jenama Osh Kosh. Bundle je ni. Belajar sesuatu yang baru. Label pink atau tulisan benang pink untuk girl, label biru atau tulisan benang biru untuk boy. Ahaks...baru nak tau. Maklum la. Sebelum ni mana pakai yang branded...kah2. Yang ni pun bundle. Kalau tak, tak rasa laa budak2 tu.

3 comments: