Wednesday, October 01, 2008
persiapan balik kedah
Tuesday, September 30, 2008
Hanaan kembali bertemu DIA
Al-fatihah buat Hanaan. Takziah buat kak Shila n family. Jangan sedih kak..insyaAllah, dia tunggu akak di sana.
Kak Shila membaca Yasin di sisi Hanaan
Ciuman demi ciuman untuk anak tersayangLagu TERLALU ISTIMEWA untuk Hanaan
Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia
(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…
Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. Aminn...
Monday, September 29, 2008
Turn Kedahh...
Friday, September 26, 2008
Rabu, Khamis & Jumaat
sampai singgah rumah mak dulu. rupanya novel yang kumenangi dah sampai. he he...bertambah koleksi novelku.
sepatutnya semalam (Khamis) kakak masuk pertandingan bercerita kisah-kisah nabi. Tapi disebabkan kakak tak sempat hafal keseluruhan cerita, maka ibu kata tak payah masuk la kakak ya.
Petang lepas lawat anak Hannan yang lemas dalam kolam, bersiap ke OCM untuk meeting yang membuang masa. Dah la tahan teksi semuanya tak nak pegi kawasan tu...akhirnya bawa juga WKY, meredah jalan ke OCM. Lewat tapi sampai juga la. Meeting yang tak tau apa yang diperkatakan sebab meeting dengan ratusan orang, dalam dewan yang bukannya khusus untuk meeting dan juga sistem audio yang tidak bagus. Ada yang tidur, tak kurang yang bercakap sesama sendiri. Hari ni berbuka di Pavilion ngan Ida. Ha...sampai jugak ke Pavilion tu-tempat orang kaya shoping.
Hari ni( Jumaat), kakak masuk pulak pertandingan busana muslimah. Siapkan kakak awal2 sebab ibu nak kena keluar mengiring budak2 tarian ke Cochrane. Tudung kakak tu baru beli 2 hari yang lepas.
Hari ni juga diumumkan pemenang. Nasyid- sah kumpulan kakak juara. Busana kakak dapat tempat kedua, satu tempat di belakang Qaisara. Tahniah Sara. Tak sia-sia cikgu betulkan tudung awak pagi tadi. he he..
Tuesday, September 23, 2008
Keluar lagi
Masuk2, tengok aturcara..laa...mesyuarat agung 4PSM rupanya. Kalau tau tadi, memang tak pegi dah. Dah la 2 jam kena tunggu Timbalan Menteri tu sampai. 2 jam yang sia-sia. Selesai YB Dato berucap dan berbicara, aku mencari ruang untuk melepaskan diri. Masa tu dah pukul 12 dah. Nak kena tunggu YB selesai sidang akhbar baru boleh mula mesyuarat. Nak habis pukul berapa nih? Aku keluar dewan, tengok kereta....ada ruang untuk melepaskan diri, maka aku pun chow. Sampai sekolah dalam kul 1 pasal jem. Biasa la...tu time Bukit Nanas tengah jem. huh...habis masa macam tu je. Padahal semalamnya dah rancang nak buat itu ini kat sekolah. Siap dah bawak laptop dah. Hari Khamis ni nak kena kuar lagi nih.
baju anak-anak
Sunday, September 21, 2008
Rahsia Mengerat KUKU
RASULULLAHS.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
Majlis Berbuka Puasa
Berbuka di Nelayan,.tak berbaloi. Memang la kategori murah tapi ramai sangat orang. Fully booked la tempat tu hari ni. Ramai sangat so tak best nak ulang-alik amik makanan. Masa nak balik tadi pun masih ada yang beratur menunggu sate dibakar. Hu hu. Betul la kata Kak Nah - Tak sedap! Sian abang. Nak makan ketam tapi dapat kaki kaki ketam je. Yang lain dah habis.
Tahun depan kita buat tempat lain la ek. Kat Haslam rasanya lebih selesa. Kan Shima? Qin? More pictures kat friendster n facebook ya.
Saturday, September 20, 2008
Kepada WANITA CANTIK...
Seorang anak laki-laki kecil bertanyakepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata
sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya
kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa
alasan?"
"Semua
wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh
ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu
tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita
menangis.
Akhirnya
ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila saja ianya diperlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang dia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."
Perihal KUKU
Orang kita ramai juga yang suka simpan kuku panjang. Tak kira la lelaki atau perempuan. Tapi selalunya perempuan la suka simpan kuku panjang ni. Kat sekolah tu pun, sebab jarang periksa kuku murid, bila sesekali periksa, tu dia....ada yang saja simpan kuku panjang. Cantik pulak tu dibentuk. Haa...cikgu2, selalu2 la jeling kuku anak2 murid tu. Yang penting, sebelum tegur, make sure ours pendek. Kalau panjang jangan ditegur. Potong dulu. Kang depa bantai kita balik. Budak2 sekarang ni lain sket.Ini dia fakta mengenai kuku.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Renung-renungkan dan selamat beramal. :)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
HIASAN PENTAS HASIL MY TEAM UNTUK RUJUKAN DAN SIMPANAN. (akan dikemaskini dari masa ke masa. tak jumpa gambau sebenarnya. haha ) ...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...



