Sunday, September 21, 2008

Majlis Berbuka Puasa

Antara yang hadir

Hari ni ke Nelayan Titiwangsa, berbuka bersama-sama x-student DSK. Ramai juga yang muncul dengan wajah dewasa masing-masing. Yang dah jadi ayah orang pun ada. Yang nak jadi pengantin pun ada. Yang dah berdua, namun masih ramai lagi yang sedang mencari dan menanti.

Berbuka di Nelayan,.tak berbaloi. Memang la kategori murah tapi ramai sangat orang. Fully booked la tempat tu hari ni. Ramai sangat so tak best nak ulang-alik amik makanan. Masa nak balik tadi pun masih ada yang beratur menunggu sate dibakar. Hu hu. Betul la kata Kak Nah - Tak sedap! Sian abang. Nak makan ketam tapi dapat kaki kaki ketam je. Yang lain dah habis.

Tahun depan kita buat tempat lain la ek. Kat Haslam rasanya lebih selesa. Kan Shima? Qin? More pictures kat friendster n facebook ya.

0 comments: