HOLIDAY

Tuesday, October 20, 2009

double n3

sampai ari ni, saya masih menunggu
kot kot la jiran saya nak datang mintak maap.

citer nyer gini,
satu malam tu, dia reverse kete n langgar kete cik abangku.
calarnya ginidia ingat tak de orang nampak kot,
tapi ade orang nampak dan letakkan note ni
kat kete cik abangku.

pompuan ni bukannye tak tau tu kete saper n kite orang bukan tak betegur sape pun.
semangat kejiranan tu masih diamalkan.

beberapa ari lepas tu, kuletakkan nota di wiper ketenya
menandakan tuan empunya kete yang dilanggar tahu saper yang gesel ketenya.

beberapa ari lepas, saja kutunggu pompuan itew kat bawah.
mana la tau dia nak datang cakap apa2.
malangnya, dia nampak aku tecegat kat kete
tapi dia cecepat pegi amek anak2 dia n cecepat naik lepas amek anak2 dia.
manusia cenggini pun ada.

bukannya nak mintak ganti apa2 pun.
nak suh mintak maap jer.
ni dah masuk 2 minggu dah kejadian tu berlaku.

ni la kete pompuan itew. yang ijau tu.

**************************************************
semalam, ari ni dan ari2 seterusnya budak2 ini
telah berpisah dan dipisahkan dari mamanya kerana kebengongan bibiknya.
bibik yang lama, balik cuti raya n terus tak balik2.
bila tepon, ibunya kata,
"carik lain la bu...carik lain la bu"

wah wahh...senang je cakap ek.
so, susah payah dia carik lain.
malangnya yang baru ni tak reti pulak nak buat keje
maka budak2 inilah yang menjadi mangsa. abang2 n kakaknya masih dengan mamanya la pasal abang2 dah sekolah. ari tu ada ura2 nak di bawa balik ke kedah si kembar tu.
jauhnya ngan mama. mama sure gundah gulana dibuatnya.
maka, jalan terbaik, kini kembar itew tinggal ngan neneknya di Kg. Pandan dan kami makcik2nya, beramai2 menjaganya.

siannya kerana mereka itew menyusu badan.
tadi, si kembar kusumbat dengan b*** dadaku yang tidak berair.
terlena juga dia. siannn..

Monday, October 19, 2009

Rood atau Road?

Zaman dah canggih manggih ni pun masih lagi silap eja. kalau dalam blog silap eja tu tak de masaalah kan? he he

tapi untuk tatapan umum cenggini, rasanya tak sesuai salah eja.

ni sebenarnya sape yang salah?
tuan kedai yang suruh buat banner tu atau orang yang buat banner tu?

lokasi : PANDAN UTAMA

Saturday, October 17, 2009

meraikan deepavali dengan sukan

he he..
ntah hape2 ntah tajuk tu.

ari ni tadika Aiesya ada ni.so kite orang beraya tang ni la.

seronok? bosan. haaa...bosan.
tapi demi Aiesya, ibu tunggu juga sambil melayan zhaim.

Aiesya seronok?
Musti la dier seronok.
walaupun dapat hadiah tempat ketiga, dia masih tersenyum lebar.
ibu turut tersenyum tengok senyuman Aiesya itew.

layan gambar la ek.
Aiesya n friends dalam acara senaman pagi
Ni hah bukti Aiesya kalah. kwang kwang kwanggggg acara ibu bapa n anak. abang n kakak mewakili ibu n ayah. ha ha
kami bergambar dalam terik mentari..ha ha
zhaim dalam cubaan nak melepaskan diri...nak main sesuka ati dia la kat padang tuu

petang ni cadangnya nak gi berekreasi ngan bebudak tapi nampaknya ujan daa. kensel la kot.

Thursday, October 15, 2009

Raya cikgu cikgu

ari selasa lepas,
sempena koko dah tutup buku,
maka cikgu2 pun buat sambutan raya
secara potlak.

sorang bawak sesikit itu ini.
sikit2 pun, jadik banyakkk jugak.

selalu kite orang buat makan2 cenggini.
sekolah lain pun same jugak kan? kan?

masa praktikal kat Puteri Pandan dulu pun..,
kejap2 ada jamuan.
kejap2 ada jamuan.
he he

menu utama ari nih..
nasi tomato n satay
lain lain, kek secret resepi 2 bijik, nasi impit n lemang,
buah-buahan, puding,
rojak buahh,
kuih muih
kenyang weh.

lepas ni, kami menanti makan2 muhibbah pulak
sempena raya n deepavali.
makan2 ngan anak2 didik yang pastinya meriah.

tak banyak gambar dapat amek pasal guna henpon yg
ingatannya hanya la ciput saja.

lastly,
gambar tuan punya henpon...musti nak enteprem gak.
nampak sikit pun jadik la..hehe

Monday, October 12, 2009

prasarana kat taman tasik Ampang Hilir

sambung citer ek
gambar2 tak masukkan agi pasal tenet slow nak mam***
antara pemandangan keliling kawasan tasik.

antara kemudahan yang ada :
surau
toilet
tapak2 pemainan bebudak
tempat2 eksesais
trek joging sudah tentu laa
boleh naik sampan ke kayak entah...
tapi semalam tak beroperasi
ada dewan untuk main2 dalam gelanggang
tapi semalam cam tak bukak je lagik
gerai jualan...tertulis ada kat papan tanda
tapi tak nampak punn..
tak beroperasi lagi kott

ni kawasan melayan anak2budak2 yang seronot
mereka..

ibu mana? tk de saper peduli nak amekkan gambar ibu pasal mereka sangat2 seronok dapat main tak hengat donia.

yang tak best...jumpe lak bebudak CBN n their family tang tu.
ade je la yang nak panggil cikgu.

joging

semalam kami cuba taman baru buka
ini dia

dekat je ngan umah. leh gi sellalu.
besarrrr kawasannya mengelilingi tasik.

Sunday, October 11, 2009

siapa tau?

masalah sikit nih

suatu ari, si zhaim amek tepon ibunya n main tekan2.
pastu ibu tgk2, ada mesej kata ibu dah beli game.
cek punya cek punya cek
ada dah game spiderman dalam tepon ibu
padahal ibu dah delete semua game dalam tuh
untuk mengelakkan
anak2 berebut tepon n bateri tepon cepat abis nyawanya

seminggu lepas tu, dapat agi mesej
dari gamelof kata dah boleh download game yang baru.
ibu dah hantar mesej STOP GC seperti yang diarahkan
untuk stopkan kemaraan mesej2 seumpama itew
beberapa kali
tapi.....

tetap mesej2 itew sampai.
ada sesaper yang tau nak buat cam mana?

Saturday, October 10, 2009

batal

memandangkan ari ni ari sabtu,
cik hubby saya keje
baliknya pukul 2-katanya
tapi selalunya sampai umah pukul 4

makanya saya batalkan semua rancangan
ke rumah2 terbuka yang dirancang
sebabnya
saya tak akan dapat bawa kete dengan selamatnya
kalau si kecik nak duduk dengan saya
dan bawak kete sekali
sangat bahaya
dah banyak kali gear bertukar tempat kerana
kelincahan si kecik.

Sorry CTZ n HASZLI
lain taun kiter jumpe lagi

dan rancangan saya ari ni...

1. gaduh ngan anak2
2. lipat kain
3. siapkan soklan pekse
4. tonyoh baju sekolah budak2

n yang paling penting sekali

MAKE SURE SEBELUM CIK ABANG TU BALIK, UMAH TAK BESEPAH
kalau dia balik, bukak pintu n dia mula pok pek pok pek marahkan anak-anak,

siapa yang tension? SENDIRIIIIIIIIIIII

dan pagi ini, mulutnya sudah membuatkan ku TENSION!!!!!!!!

Thursday, October 08, 2009

cuti

saya terpaksa menemankan rumah saya yang keseorangan hari ni
kerana tidak mahu berada di kelompok ramai
dalam keadaan yang begitu.

kerana saya
akan memudaratkan diri saya
dan juga orang ramai.

maka tidak dapatlah saya makan makanan percuma di PICC
dan juga melihat anak dara saya
tegedik2 di atas pentas nan indah itew.

Wednesday, October 07, 2009

Oh tidakk..

oh tidakk

tubuh badanku kembali seram sejuk sedangkan masa makan ubat
belum sampai lagi.

wajib terus telan ubat n berselimut.

ke PICC

ari ni rasa sihat sket but before leaving the house this morning,
telan ubat demam sebijik n off to the school.

lepas ngajar,
about 10 naik bas ke PICC.
budak2 dapat jemputan buat persembahan kat sana.
Rumah Terbuka MOSTI.
terbuka ke?

kali kedua sampai kat PICC nih.
first time dulu tahun 2005, jumpa Arwah Endon.
budak2 choral speaking tengah rehers

punya la sejuk kat dalam hall tuuuu.
memula hujung2 jadi kebas.
akhirnya seluruh kedua2 tapak tanganku kebas.
sejuk menggigil dah.
budak2 selamba jer.
kes aku yang tak berapa sihat lagik.
padahal lemak dah banyak dah kat badan.

esok...tak berapa sejuk sangat kot pasal esok ramai orang.
ari ni kite orang je rehersal.

esok....hmm..hmm...dapatkan ku handle esok?

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...