HOLIDAY

Monday, February 02, 2009

makin naik

pagi ni tak dapat tidur. terjaga dari tidur dah tak boleh lelap mata. tunggu sms masuk, tak masuk2. so apa lagi, main game laa..naik lagi markah. hu hu

Sunday, February 01, 2009

akhirnya

berhari2 juga berusaha untuk menambah markah dan akhirnya, malam ini berjaya juga. main geo challenge. aku dah la tak berapa nak minat geografi tapi semangat nak berjaya tu memang ada sangat2 kalau main game. he he.
akan kuteruskan perjuanganku. mana boleh kalah ngan anak2 murid. he he

Tetamu

Hari ni entah kenapa terajin pulak, aku ubah kedudukan perabot rumahku. Saja nak buat ruang yang tak berapa luas tu jadi makin tak luas. Lewat juga memulakan kerja tapi alhamdulillah siap cepat. Elok je siap kemas sesikit ( tak termasuk yang ku lambak dalam bilik. he he), shimah tepon nak datang. Haa...ari ni tak tekejut beruk kalau dia nak singgah pasal:

1. baru mengemas
2. ada benda nak hidang. he he

Elok aku selesai pakai baju, dia pun muncul bersama keluarganya. Sampai juga ya kamu ke ghumah teman. Ingatkan kamu nak melaung dari bawah je pasal tak larat nak panjat tangga. Bebila nanti singgah lagi ya. Apa yang ada, kita jamu. Kot ada jamu, itu pun akan ku hidang. he he. Memang panjang umo kamu Shimah. Teman memang dok teringat kat kamu pagi2 tadi.


Shimah balik, maka kami anak beranak turun main kat bawah. Kakak la teruja benar nak belajar naik beskal. Maklum la anak orang bandar. Tak berapa nak reti mengayuh beskal tu.
Adik ngan bolanya
bekal lebihan jamu tetamu tadi..he he

6.45 p.m berangkat mencari makan. Ingat nak singgah umah mak kejap. Sampai2 mak tak de. Amboiii borong sakan ya. Tepon2 rupanya ada kat kedai makan yang berdekatan. Apa lagi, kami pun bergerak la ke kedai. Makan sesama tapi yang bayar, sorang. Alaa biasa la tu. Siap amek2 gambo lagi.
Gambo mase makann..
Itu ler citer haghi niii.

Saturday, January 31, 2009

Hari terakhir bibik

Saat menulis ni, bibik dah ada di rumah makciknya di Cheras. Haa...tengah hari tadi lagi dah anto. Memang selalunya pun kalo cuti, tengah hari kita orang anto.

Semua baju yang kubagi dibawaknya atas kebenaranku termasuk sepasang telekung. Yang tu takpe. Buat penyambung pahalaku yang tak sebanyak mana ni.
Sebelum turun a.k.a keluar pintu rumah, dia bersalaman sambil menangis2. Ha ha...kuat betul dia nangis. Entah apa yang ditangiskan. Tapi bibik ni memang ratu air mata. Sedih memanjang. Dia mintak maaf sambil suruh doakan dia. Haa...ibu doakan kamu dapat pekerjaan yang lebih baik seperti yang kamu inginkan. Tak la terperok dalam rumah ibu yang serba kecik ni.

Sempat aku pesan kat dia, tudung tu ( yang dia pakai dalam gambar tu. suka no pakai tudung tu padahal ada lagi tudung lain aku bagi ) jangan ditanggalkan sebab bibik ni kalo lepa, tak mo pakai tudung. Ko pakai, ibu dapat jugak tempiasnya, ko bukak, ko pikir la sendiri.

Apa-apa pun, terima kasih banyak2 tolong jaga Zhaim. Jangan suka buat cerita tau! Nak apa-apa mintak izin dulu sama tuan mu. Peh tu, jangan suka buang sampah merata-rata. Jangan asyik menangis. he he....Macam la bibik dapat baca blog ni.

Adios. Adakah aku akan amek bibik lain? entah la..biar masa yang menentukan.

Friday, January 30, 2009

Ke Zoo Negara

Disebabkan Zhaim suka no tengok iklan binatang2 kat tv, n also tengok birds yang terbang2 kat umah tuu...so we all bawak la pi Zoo. Dia bukannya syok tengok fauna2 tu...dia syok dapat bebas bejalan kesana kemari. Hu hu. Tak pe la. Nanti adik besar sikit lagi, ibu bawak lagii..ye ke? ihiksDia orang ni suka ke tak ni datang zoo ni? ayah tu sah 2 la tak suka pasal dia nak kena dukung adik tu lamaa...ibu yang teruja..he he
sujud syukur sebab dah bebas..ha ha
adik yang keletihann.

Derma Darah

setelah tidak berjaya menderma pada hari Rabu, maka hari Khamis pegi la Tesko untukmenderma. alhamdulillah, misi berjaya. masuk yang ni, baru 5 kali menderma sejak 2001. Ha ha

Wednesday, January 28, 2009

hari ini

Hari ni pegi sekolah coz ada latihan gymnaestrada umah ijau. Ada 3 manusia yang tak turn up. Malam ni dah sms. Harap esok datang la minah2 tu.

Balik, singgah umah mak n we went to Ampang Point. Gi bayau utang n some more beli pencuci muka mak su yang dah abis. Lepas tu makan kat LemonGrass. tak penah makan lagi kat situ. Ni First time nak cuba. Ok la..boleh tahan la.
Nasi Lemak lauk Rendang
Alia mencuba nasi lemaknya

Lepas makan n dah lepas pusing2, turun bawah nampak pulak tempat derma darah. Lama dah tak derma konon nak derma la. Alaaa...lupa la pagi tadi telan ubat selesema. Maka tak dapat la nak derma. Mak su sorang je la yang derma.
Mak Su sebelum dicucuk jarum..masih boleh senyum
Darah dah start mengalir. Muka mak su dah cuak.

Sunday, January 25, 2009

Gala Dinner Anugerah Wanita Ikon 2008

24 Januari 2008, Dewan Merdeka, Level 4, PWTC

Dapat tiket free yang dengarnya berjumlah RM700 sebijik kerusi. Kita pegi je la kan...dah ada kesempatan (sementara bibik masih ada dan kebetulan cik abang cuti).

Baju...pakai je la baju yang ada, kasut pun kasut yang sama pegi sekolah. Bag? bag pun bawak bag yang isi pen, pensil, marker tu. Haaa...tu je yang ada. Bag mahal ku besau sangat. Orang kalau gi dinner kan bawak yang kecik2 je. Ha ha. Bantai la labuu..

Makanan...boleh tahan. Konon lapar tapi bila makan, bukannya boleh makan banyak sangat punn.

Walaupun Kak Shila yang diraikan tak menang, tapi tak pe la kan kak..jadi finalis tu pun dah kira menang dah tuu. cuba lagi kak tahun depan. berbeza sungguh kak shila malam tu.

apa yang best? Dapat tengok ANUAR ZAIN, SHEILA MAJID, FAUZIAH LATIF life. Anuar ngan Sheila buat persembahan. Kak Gee tu datang sebagai tetamu je la kot. Yang paling best...dapat bersalaman ngan TUANKU PERMAISURI NUR ZAHIRAH yang cantik jelita tu. Memang sangat cantik orangnya. Badannya solid molid. Waa..bestnya..bestnya..

Dah la. layan gambar pulak.
Dengan Kak Rozi di meja no 35
Tarian pembukaan oleh penari2 Istana Budaya
Ini la menu utama kami malam tadi
Puan Farshila sedang ditemubual oleh Datuk Mahathir
Anuar Zain dengan suaranya yang memukau...aku siap ke tempat press lagi sebab nak amik gambar ni. he he..pastu kena halau..kah kah kah
Datuk Sheila mendendengkan lagu2 popularnya. Kecil molek je orangnya tapi suaranya memang best!
Keberangkatan pulang DYMM Tuanku Permaisuri Nur Zahirah
Bergambar sebelum balik...dah kesejukan dan kekenyanyan dah tuu..
Sempat bergambar ngan Pak Lah..ha ha ha

Thursday, January 22, 2009

Abang-Patah lagi

buat yang ketiga kali, abang patah tangannya. kali ni tangan yang eksiden ari tu, tempat yang sama yang patah sebab jatuh kat sekolah. aduss...nasib abang la ek. abang kena tido sana sorang-sorang. ayah tak bagi teman. hu hu...balik hari ni ibu tanya :

" best bang duduk kat hotel?"

Abang jawab, " tak best. tak lena tido".

ye ke bang? pagi tadi ibu tepon abang tak angkat pun. tido lena la tu..he he

Tuesday, January 20, 2009

hasil kerjaku


satu lagi hasil kerjaku yang tak seberapa. penatnyer rasa hari nii...arghhhh

pentas lagi

Baru je abis monitor pentas untuk hari anugerah cemerlang, dah kena siapkan untuk hari persaraan Kak Nah pulak. Ketua orang lain, yang pikir n designnya orang lain. Haa...mujur jugak ada hamba Allah yang tak mudah lepas tangan. Terima kasih buat Ann, Aniza, Kak Ita, Maz, Zie, Ting, Nik Z, Aini, Anira, Mathy, Sall, Shimah, Shob, Ustaz, Haslina, Shima. Sape lagi yang tak masuk senarai? Hmm...lain kali tolong lagi ek. toce toce.
Yang bestnya, design lain, jadik lain. Bahan tak cukup daaa...maklum la beli ngan duit sendiri kan.

Can't wait to c what will happen tmrrow. Nangis atau ketawa? ha ha

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...