Sunday, January 25, 2009

Gala Dinner Anugerah Wanita Ikon 2008

24 Januari 2008, Dewan Merdeka, Level 4, PWTC

Dapat tiket free yang dengarnya berjumlah RM700 sebijik kerusi. Kita pegi je la kan...dah ada kesempatan (sementara bibik masih ada dan kebetulan cik abang cuti).

Baju...pakai je la baju yang ada, kasut pun kasut yang sama pegi sekolah. Bag? bag pun bawak bag yang isi pen, pensil, marker tu. Haaa...tu je yang ada. Bag mahal ku besau sangat. Orang kalau gi dinner kan bawak yang kecik2 je. Ha ha. Bantai la labuu..

Makanan...boleh tahan. Konon lapar tapi bila makan, bukannya boleh makan banyak sangat punn.

Walaupun Kak Shila yang diraikan tak menang, tapi tak pe la kan kak..jadi finalis tu pun dah kira menang dah tuu. cuba lagi kak tahun depan. berbeza sungguh kak shila malam tu.

apa yang best? Dapat tengok ANUAR ZAIN, SHEILA MAJID, FAUZIAH LATIF life. Anuar ngan Sheila buat persembahan. Kak Gee tu datang sebagai tetamu je la kot. Yang paling best...dapat bersalaman ngan TUANKU PERMAISURI NUR ZAHIRAH yang cantik jelita tu. Memang sangat cantik orangnya. Badannya solid molid. Waa..bestnya..bestnya..

Dah la. layan gambar pulak.
Dengan Kak Rozi di meja no 35
Tarian pembukaan oleh penari2 Istana Budaya
Ini la menu utama kami malam tadi
Puan Farshila sedang ditemubual oleh Datuk Mahathir
Anuar Zain dengan suaranya yang memukau...aku siap ke tempat press lagi sebab nak amik gambar ni. he he..pastu kena halau..kah kah kah
Datuk Sheila mendendengkan lagu2 popularnya. Kecil molek je orangnya tapi suaranya memang best!
Keberangkatan pulang DYMM Tuanku Permaisuri Nur Zahirah
Bergambar sebelum balik...dah kesejukan dan kekenyanyan dah tuu..
Sempat bergambar ngan Pak Lah..ha ha ha

0 comments: