Saturday, January 31, 2009

Hari terakhir bibik

Saat menulis ni, bibik dah ada di rumah makciknya di Cheras. Haa...tengah hari tadi lagi dah anto. Memang selalunya pun kalo cuti, tengah hari kita orang anto.

Semua baju yang kubagi dibawaknya atas kebenaranku termasuk sepasang telekung. Yang tu takpe. Buat penyambung pahalaku yang tak sebanyak mana ni.
Sebelum turun a.k.a keluar pintu rumah, dia bersalaman sambil menangis2. Ha ha...kuat betul dia nangis. Entah apa yang ditangiskan. Tapi bibik ni memang ratu air mata. Sedih memanjang. Dia mintak maaf sambil suruh doakan dia. Haa...ibu doakan kamu dapat pekerjaan yang lebih baik seperti yang kamu inginkan. Tak la terperok dalam rumah ibu yang serba kecik ni.

Sempat aku pesan kat dia, tudung tu ( yang dia pakai dalam gambar tu. suka no pakai tudung tu padahal ada lagi tudung lain aku bagi ) jangan ditanggalkan sebab bibik ni kalo lepa, tak mo pakai tudung. Ko pakai, ibu dapat jugak tempiasnya, ko bukak, ko pikir la sendiri.

Apa-apa pun, terima kasih banyak2 tolong jaga Zhaim. Jangan suka buat cerita tau! Nak apa-apa mintak izin dulu sama tuan mu. Peh tu, jangan suka buang sampah merata-rata. Jangan asyik menangis. he he....Macam la bibik dapat baca blog ni.

Adios. Adakah aku akan amek bibik lain? entah la..biar masa yang menentukan.

0 comments: