HOLIDAY

Friday, April 18, 2008

Tak kisah walaupun kisah

kalau tak nak cuba
kalau tak nak berubah
kalau tak sayang diri
dan
kalau tak sayang kami,
tak kisah
teruskan gaya hidupmu itu
doaku tetap bersamamu
wahai kekasih

Kawan Lama

Hari ni ada perjumpaan cikgu cikgi penyelaras ICT kat jabatan. Lepas sign pendaftaran nampak orang yang lama tak jumpa. Kak Chah.......sukanya dapat jumpa Kak Chah. Kecik cam tu jugak la dia. Liza? biasa laa...berat tak turun-turun. Tambah lagi ada la. Dapat gak jumpa ngan kengkawan. Kawan-kawan yang lain tak de harapan nak jumpa pasal kebanyakan lain negeri. Khairi ada ler sesekali jumpa...rindu kat Yus. Pekabar la agaknya kat Sabah ek? Dah tambah ke askar? Kak Monie menghitung hari. Aini? dengarnya dah ada calon ek? Bila nak menyusul x-roomate si Salmi tu?

Semalam pun dah start dapat email kengkawan IT kolej Mas. Seronoknya baca citer korang. Hmm...cepatnya masa berlalu.

Sunday, April 13, 2008

lamanya tak update blog...entah la...banyak keje dan tak tau mana satu nak settlekan dulu. keje sekolah, keje sendiri, keje orang....blog sekolah pun lama tak update. sorry la ya...bukan tak de berita..banyak...tapi entah la...tak de mood. tambah pulak last week demam. sampai tak leh bangun la...tak de orang nak peduli. ye la....ada orang tu giler keje sampai tak ingat kita sakit kat umah. Haa...tu laa...nak sangat dia naik pangkat...padan muka sendiri. wei...korang ni tepon jugak walau kita cuti sakit....

habis dah tanda paper math. hmm...macam biasa jer...bilangan yang dapat A from delima sama macam tahun2 sebelumnya. patutnya ramai lagi yang dapat A....u all ni tak nak dengar cakap laa...orang dah banyak kali pesan dah....tak leh buat itu, jangan buat ini,...kena buat macam ni, jangan buat macam tu...tapi ada jugak yang buat benda yang orang tak bagi buat...dah ilang markah senang-senang jer. Budak2 ni bukan boleh tegur lebih2. Susah la jadik cikgu zaman sekarang ni. Kalau sampai tak leh nak marah budak, nak jadik apa budak2 tu? memang la kita marah kalau anak kita kena marah...memang terasa jugak marah tu, tapi kalau dah salah anak kita, tak payah la nak tuding jari yang satu tu kat cikgu. kita sendiri kan tak de masa nak ajar anak sendiri...Sian kat u all lepas ni sebab cikgu2 dah tak nak peduli kat u all. lantak la u all nak buat keje ke tak nak...tak nak bawak buku pun tak per...cikgu2 dah tak berani nak sentuh u all. Nanti masuk penjara....haaa...mak mak bapak bapak, pikir laaaa....cam tu ke nak suh cikgu2 layan? kalau anak2 teruk,...salah siapa? Musti nak salahkan CIKGU jugak.

hmm.....edaftar tak bergerak lagi ni. kakak yang satu tu,...lawan pun tak guna. kita yang buat keje dia pun jadik salah jugak kalau lawan cakap ngan dia padahal kita buat keje dia tu....alaa....tahun ni sorang laa...tak de kawan kalau kena pegi hantar data...kak tuti dah tak buat keje ni dah...dia orang dah ada PT baru...aku la sorang nanti cikgu dikalangan PT. aku jugak laaa yang kena belakon. kejap jadi PT, kejap jadi GB, kejap jadi PK.....hampeh sungguh. Yah, ibu nak letak jawatan ni....tolong tanggung ibu ya.

Wednesday, March 12, 2008

Cuti Yang Tak Cuti

Orang kata seronoknya jadi cikgu kan? Cuti banyak....memang banyak cuti tapi banyak juga kerja.

JUMAAT ( 7 Mac 2008 )
• Buat apa ya? Entah…dah lupa. OOO…seharian update blog. Belajar buat jadual. Masukkan Visi dan Misi yang “mem besar” nak dan update takwim exam. Tengah nak cuba buat 3 column tak jadik2 lagi.

SABTU ( 8 Mac 2008 )
• Bangun la pepagi nak mengundi. Sampai kat sekolah agama tu, parking dah penuh. Pegi 2 kete pasal ayah nak terus pegi keje. Ayah pegi sepital dulu. Ibu? Patah balik umah mak anta budak2. Keluar mengundi dengan Mak Dod.
• Habiskan masa kat umah mak je hari ni. Tunggu ayah balik, baru balik rumah. Tak best dah balik rumah sekarang ni.
• Malam, tunggu keputusan pilihanraya. Huii….banyaknya perubahan kali ni. Apa dah jadi ?? Sampai tengah malam juga la mengadap TV. Kejap tukar siaran tu, kejap tukar siaran ni…he he.
• Sesambil tengok keputusan tu, surf i.net carik semua keratan akhbar berkaitan CBN1 untuk didokumentasikan. Apsal korang tak kutip dan simpan selama ni? Print daripada i.net tak ori la. Tapi jadik la...ada la jugak.


ISNIN ( 10 Mac 2008 )
• Pagi-pagi hantar mesej pada Ms Low. HAPPY BIRTHDAY MS LOW. Hoping that all your wish will come true and always in a very good health.
• Hantar adik ke taska, makan dan terus ke sekolah. Buat apa? Tanda buku la..apa lagi. Sebelum balik, naik ke pejabat...hmmm..kalau dah naik tu kan, ada je la surat-surat siaran yang nak kena tengok. Yang URGENT, walau bukan kerjaku, buat jugak la. Nanti lewat hantar payah juga.Tepon Lin, tepon Sall, tepon Anira, tepon kak Mah..nak selesaikan dua surat siaran.
• Balik, masak. Jahit seluar dan baju ayah serta sarung tangan Ayah yang koyak. Nak bawak pegi Shanghai la tu.Tunggu ayah balik kerja, makan dan anta ayah ke LRT. Selamat berangkat. Babai...1.30 pagi baru naik flight...tapi biasa la kan,..kena c.in awai.
• Malam ni, sebelum tido, senaraikan semua keje2 yang nak kena selesaikan ASAP. Amboi banyaknya keje yang tak selesai lagiii....Bila nak selesai ni ek?

SELASA ( 11 Mac 2008 )
• Hari ni ingat nak rehat. Bukan rehat apa pun...at least boleh la tido dengan aman bila dah penat buat keje. Alih2 mak tepon.
“ Ja, anta adik pegi buat IC ya“. Aduhhh....cecepat bangun, buat apa-apa yang patut, kejut anak2 dan turun. Anta bobok dulu.
• Sampai JPN, ada parking…alhamdulillah. Masukkan la duit kat tempat meter tu. Naik2, nak amik nombor, beratur panjang tak de orang layan. Orang punya la ramai tapi kaunter yang bukak sikit jer. Dah la perkhidmatan lemm…kaunter pulak bukak sikit. Dapat2 nombor, kena pulak datang lepas pukul 2. Hmm…jom la pegi klinik. Buat medical c.up Lela pulak.
• Sampai2 klinik, alaaa….murah memang la murah tapi tempat x-ray nak tempat lain la pulak. Haa tak pe la. Sebab murah, jom la pegi cari klinik tu. Keluar pegi pulak Pekan Ampang. Sementara menunggu lela siap di c.up, bukak laptop dan mula menaip laporan bola jaring yang masih belum dimulakan. Mujur juga ada yang tahun lepas punya. Apa lagi…tambah tolak je la apa yang patut.
• Habis c.up, balik umah mak. Masak apa yang patut, lepas solat terus ke JPN balik. Dah petang parking penuh la. Jenuh tawaf kawasan tu nak dapatkan parking. Menunggu lagi kat sana….Laporan dah siap, buat minit mesyuarat pulak. Tengah2 buat, alamak…bateri abis la pulak. Dah la tak tau nak buat apa. Tunggu je la proses buat kad pengenalan tu selesai. Ruginya masa...
• Malam balik ingat nak tido awal. Letih la...dah la bobok tu malam, tido bukannya lena sangat. Ibu tido macam tak tido jer bobok punya pasal. Tapi tak jugak tido awal...basuh kain, lipat kain sambil tengok TV. Air mata Maria last day hari ni. Tapi bukannya tunggu citer tu sebenarnya. Nak pastikan umah dalam keadaan terurus jer.
• Macam biasa, sebaik sahaja ibu nak telelap, bobok pun jaga. Kalau ada ayah, boleh share tension. Hu hu.

RABU ( 12 Mac 2008 )
• Pepagi jugak bangunnya pasal ari ni ada taklimat Edaftar kat jabatan. Tunggu disket Haslina, maka tuju kat sekolah la dulu after hantar anak2 ke taska dan umah mak. Haslina sampai lambat so tak leh tunggu. Kak Rose, tunggu ya. Pegi la Jabatan sendiri.
• Sampai jabatan, mujur ada parkir. Masuk dalam dewan, En. Azlin tengah bercakap. Eh...dah mula dah? Rupanya start pukul 8 laa...surat tukar waktu tak dapat pasal hari senin kak rose tak pegi tengok pigeon hole. Mujur la benda yang sama jer cam tahun2 lepas. Yang best nya…kak tuti kena handle lagi tahun ni. So ada la geng cikgu yang kena buat keje PT ni. Tidak la daku keseorangan. Perut dah berlagu minta diisi……laparnya!!
• Balik ingat nak carik makan dulu sebelum singgah sekolah…tak de la pulak tempat yang sesuai nak makann..lagi pun sorang…tak best. So..belapar la perut sampai balik rumah nanti. Singgah sekolah, jumpa GB...hmm...
1. Borang calon pentaksir kawasan tak anta lagi. Dah kompem dengan GB calon2 nya…maka Rosliza, siapkan la borang tu ya.
2. Tepon Time…ooiii bila nak hantar printer tu? Kita orang bagai nak gila tak de printer kat sekolah. Segala macam benda tak boleh buat. Korang simpan sampai dekat 2 bulan buat apa? Alamak..kena buat surat rasmi la pulak untuk benda2 PPSMI fasa 5 yang tak berfungsi tu…apahal leceh sangat nak kena surat2 pulak….malas tul la. Dah la printer tak de..Tolongggg!!
3. Layan ibu bapa yang datang nak daftar anak sekolah.
4. Fotostat kad kemajuan cikgu2 pada kertas kuning. Siap cop sekolah dah. Tinggal nak distribute.
5. Semak semua analisa exam…dah lengkap ke blom…Ada sikit jer lagi yang belom print. Leceh la banyak2 cam tu…tepikir pulak nak combine kan ikut tahun…bila pulak nak buat ya?
6. Sign up gmail untuk GB.

Hmm…banyak juga yang sempat ku buat kat sekolah tu. Si Alia dah banyak kali tepon..bosan la tu kat umah nenek.. Balik ingat nak amik budak2, pastu balik. On the way balik, tepon dira...dapat berapa A? Ok la tu Dira…ada gak beberapa A. Ramai lagi yang teruk tau. Dah..toksah nangis. Alia tepon lagi…katanya nenek masak nasi banyak. Suruh singgah makan. Ingatkan sampai boleh terus makan…mak baru nak masak la. Nasi memang dah masak. Hmm…dalam lapar dan ngantuk, masak juga la ikan 3 rasa. Baik jer nak siap masak, dira pulak tepon suh amik kat Cempaka. Aduhh…
• Lepas solat, amik bobok ngan abang, balik umah. Malam ni makan ho liaw je bebudak tu. Siapkan minit mesyuarat guru. Fail kemasukan tahun 1 dah bawak naik. Banyak tu nak kena masukkan data…mana satu nak buat ni? Soklan pekse tak buat lagi ni….Oh TIDAKKKK..
• 10.30 p.m : Mula buat soklan pekse Paper 1. Hish…laptop ni tak de publisher laa…nyampah tol. Tak leh la..so kita install edaftar versi 8 la. Masukkan la maklumat mana yang larat. Argh tensionnya...CD tak leh load la pulakkkk.

Friday, February 29, 2008

lagu arab penuh makna

masa cari2 lagu arab untuk green house, i found this video...penuh makna

Aku TanPa CiNTAMu

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Saturday, February 23, 2008

legaaa..

leganya bila dah selesai

1. dokumen sek cemerlang
2. dokumen penarafan kendiri
3. perancangan strategi tahun 6
4. sambutan tahun baru cina


yang paling penting ...

5. sukan tahunan sekolah

semalam balik lambat. kul 8 malam baru bertolak keluar sekolah...saja la nak tengok persiapan khemah...lagipun nanti parents cakap apa pulak kan kalau cikgu2 tak de walaupun bila cikgu2 buat persiapan dia orang tak de..balik gi kutip payung baru takut bebudak cheer nak guna tak cukup...letih!


walaupun rumah hijau menempah tempat yang sama 2 tahun berturut-turut,....tetap perasaan lega tu ada walaupun ada juga terselit perasaan sedih dalam keletihan. bersambung di tahun hadapan...Lin, jangan pindah tau!. Tahniah pada pasukan marching yang mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut-turut...ha..ha... haa..go jin hijau yang power!!

Monday, February 18, 2008

Mesyuarat..

hari ni kena gi mesyuarat kat Crown Princess. Pagi gi sekolah la dulu hantar alia. dalam kul 8 baru bertolak. nak mengelakkan jem, i choose to use PUTRA LRT. Jalan punya jalan...alamak, under construction la pulakk...mana nak tuju nih? mujur la ada pakguard yang baik hati bagi arahan...he he. Tq la encik gurad ya.

Jauh nya perjalanan bawah terowong. abis beli tiket, turun laa...mak aiii...ramainya orang dok menunggu. Yang bestnya..dia orang beratur daa...terkenang la zaman-zaman matrik dulu..pepagi berbaris panjang depan Kolej Telekom tu nak naik bas. Kita orang la yang paling berdisiplin waktu nak gunakan bas kampus tu kann...emapt kali train datang silih berganti baru la aku terlepas masuk. Dia orang ni dah tak kira dah...pintu tak leh nak tutup pun disumbat masuk gak badan tu...lebih baik sempit dari lambat sampai tempat keje ek. Aku pulak, 8.45 am baru sampai Ampang Park. Tercangak2 pulak nak tengok mana nak kuat...biasa la kan...orang bese naik ketee....

Sampai depan Yow Chuan taktau lak mana nak pegi Crown Princess...nampak dari jauh tapi tak tau nak lalu mana. Carik la orang nak tanya. Jam dah nak dekat kul 9.00 dah ni. Jap lagi meeting nak mula ( kalau ikut schedule la kaannn ). Mujur la ada adik guard tolong bantu bagi tunjuk arah...

Sampai gak ke tingkat 10. sebelum sampai ke ballroom, lalu la kolam renang dengan air terjun buatan....cantik dan sejuk pemandangannya. Aku sempat gak bepikir...kalau aku, tak mandi dah tang ni. kat sana tu ada tempat makan...malu la pulak orang tengok. setakat teman budak2 mandi ok kot....ahaks....berangan la pulak. ntah bila la nak menyewa tempat yang sebegituu... actually aku pun pelik gak nape la buat meeting tempat yang eksklusif like this..tak pernah lagi kena panggil meeting tempat2 cam ni.

sampai je of course la mandaftar. carik2 gak orang yang kenal...hampeh. Nape semua nampak vateren jer ni? Masuk2 carik la tempat yang ada sorang duduk dan tak de kawan....tanya la kakak tu...alamakkk...rupa-rupanya mesyuarat untuk GB laaa...kakak tu pun GPK1. Haaa..padan la tempat eksklusif. Terjawab persoalan. Nak buat cam mana kan...cikgu yang belum sah jawatan ni dok di kalangan GB2 dan juga GPK2. Masa makan, boleh gak berborak ngan depa2 tu macam la aku ni setaraf ngan dia orang....orang kata apa...masuk kandang lembu jadi lembu...masuk kandang kambing jadi kambing. ye tak? Mujur la tak jadi lembu ngan kambing bebetul. Ha ha...rosliza ni kan,...mesyuarat PT dia ada..mesyuarat GB pun dia ada.....sebenarnya dok tang mana dia ni hah?

sebelum balik, sempat meronda menu2 yang disajikan...hmmm memang menyelerakan. Tak sama ngan hidangan2 kat tempat2 yang i penah pegi before this. Tengok hotel la kann....tapi i choose not to eat coz kat kepala tepikir bebudak cheer kat sekolah. so, angkat kaki dan terus balik. Penat gak la menapak hari ni.

Tuesday, February 12, 2008

Tak Best Nyer..

1. ada orang komen pasal blog sekolah...tak guna proper grammar la...ejaan salah laa....Eiii..biasa la blog. orang tulis ngan cara yang santai gunakan bahasa i.net. Tension pulak. Dah jadi tak syok sebab kena berhati-hati menulis. Lambat jadi nya pasal kena semak semua bagi betul...payah..payah.

2.
Sukan dah makin dekat dah ni tapi banyak lagi benda belum selesai buat. Nak menjahit budak2 tu punya aparatus, sanggul dia orang tak buat lagii....tali dia orang....., dalam masa yang sama nak buat buku aturcara dan of course jaga si bobok yang selalu meragam. Latihan cheer lagi nak kena tengok...arghh...cepat la abis semua ni.

3.
Pencalonan sekolah cemerlang...masa ni jugak la nak kena siapkan. dah tu n ak kena siap sedia tunggu orang buat lawatan....hishh..memang la cemerlang tapi tak bersesuaian dengan kemudahan. Gomen la dok anak tirikan sekolah M macam kita orang. Semua nak cemerlang tapi kemudahan tak nak support cam SK yang lain. Sian kita orang semua benda terhad.

4.
Nak datang jugak pelawat Pakistan tu. Tak datang tak boleh ker? Musti tegezut dia tengok sekolah cemerlang cam tu keadaannya. Kah3x

5. Markah sukantara dan acara akhir rumah Hijau tidak memberansangkan...apa nak jadik? asyik dapat takhta nombor 1 dari belakang je nih. Hu hu...

Wednesday, January 30, 2008

alhamdulillahhhh....

alhamdulilllah.....2 hari lepas, dah genap 8 orang direct downline di bawahku...bermakna aku sudah naik pangkat....CHIEF MOBILE....ha ha ha ha ha ha ha...syukurrrr

teruskan berusaha sehingga ke PUNCAK JAYA...

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...