Monday, February 18, 2008

Mesyuarat..

hari ni kena gi mesyuarat kat Crown Princess. Pagi gi sekolah la dulu hantar alia. dalam kul 8 baru bertolak. nak mengelakkan jem, i choose to use PUTRA LRT. Jalan punya jalan...alamak, under construction la pulakk...mana nak tuju nih? mujur la ada pakguard yang baik hati bagi arahan...he he. Tq la encik gurad ya.

Jauh nya perjalanan bawah terowong. abis beli tiket, turun laa...mak aiii...ramainya orang dok menunggu. Yang bestnya..dia orang beratur daa...terkenang la zaman-zaman matrik dulu..pepagi berbaris panjang depan Kolej Telekom tu nak naik bas. Kita orang la yang paling berdisiplin waktu nak gunakan bas kampus tu kann...emapt kali train datang silih berganti baru la aku terlepas masuk. Dia orang ni dah tak kira dah...pintu tak leh nak tutup pun disumbat masuk gak badan tu...lebih baik sempit dari lambat sampai tempat keje ek. Aku pulak, 8.45 am baru sampai Ampang Park. Tercangak2 pulak nak tengok mana nak kuat...biasa la kan...orang bese naik ketee....

Sampai depan Yow Chuan taktau lak mana nak pegi Crown Princess...nampak dari jauh tapi tak tau nak lalu mana. Carik la orang nak tanya. Jam dah nak dekat kul 9.00 dah ni. Jap lagi meeting nak mula ( kalau ikut schedule la kaannn ). Mujur la ada adik guard tolong bantu bagi tunjuk arah...

Sampai gak ke tingkat 10. sebelum sampai ke ballroom, lalu la kolam renang dengan air terjun buatan....cantik dan sejuk pemandangannya. Aku sempat gak bepikir...kalau aku, tak mandi dah tang ni. kat sana tu ada tempat makan...malu la pulak orang tengok. setakat teman budak2 mandi ok kot....ahaks....berangan la pulak. ntah bila la nak menyewa tempat yang sebegituu... actually aku pun pelik gak nape la buat meeting tempat yang eksklusif like this..tak pernah lagi kena panggil meeting tempat2 cam ni.

sampai je of course la mandaftar. carik2 gak orang yang kenal...hampeh. Nape semua nampak vateren jer ni? Masuk2 carik la tempat yang ada sorang duduk dan tak de kawan....tanya la kakak tu...alamakkk...rupa-rupanya mesyuarat untuk GB laaa...kakak tu pun GPK1. Haaa..padan la tempat eksklusif. Terjawab persoalan. Nak buat cam mana kan...cikgu yang belum sah jawatan ni dok di kalangan GB2 dan juga GPK2. Masa makan, boleh gak berborak ngan depa2 tu macam la aku ni setaraf ngan dia orang....orang kata apa...masuk kandang lembu jadi lembu...masuk kandang kambing jadi kambing. ye tak? Mujur la tak jadi lembu ngan kambing bebetul. Ha ha...rosliza ni kan,...mesyuarat PT dia ada..mesyuarat GB pun dia ada.....sebenarnya dok tang mana dia ni hah?

sebelum balik, sempat meronda menu2 yang disajikan...hmmm memang menyelerakan. Tak sama ngan hidangan2 kat tempat2 yang i penah pegi before this. Tengok hotel la kann....tapi i choose not to eat coz kat kepala tepikir bebudak cheer kat sekolah. so, angkat kaki dan terus balik. Penat gak la menapak hari ni.

5 comments:

ann said...

hai kesiannya..
nie kata masuk kandang kambing dan lembu nie dah kawan ngan depa ker ?????? mcm 2 an pun sma laa bak kata tembikai kalau di langgar urian penyet laaaa. ha ha ha .. acah aje ..

kak ema said...

tak pa la ..... masuk kandang ke keluar kandangke ... janji awak tambah ilmu kan. sesekali tu jadilah GB ke,PK1 ke ,PKHem ke atau PKko.Semua org kenal siapa rosliza WORLD kan

~ RoSLizA ~ said...

alamak....semua kenal ker? tak kott....tapi kan kak ema, ni bukan masalah sesekali jadi...dah berkali2. tinggal tak layak nak jadi realiti jer...sah jawatan pun belum ni....

ann said...

kah kah .. apa laa kak ema... nie kitaorg nie memang world mcm mawi la katakna

izyan said...

memang puan rosliza world....