HOLIDAY

Saturday, January 28, 2012

mall baru FESTIVAL CITY

baru bagi kami...tak tau la kalau u olls dah penah pegi. tp mall ni memang masih fresh lagi.

kami ke sini :
ni hah...Festival City kat Danau Kota. Besar jugak dalamnya tu. macam2 kedai ada. ai bukan kaki soping so tak reti la nak war2kan kedai2 yg ada kat sana tuh. yang reti nak kaba, ada kedai kasut, kedai bag, kedai2 makan, econsave, parkson, chicken rice shop, aaa....apa lagi ek? hmm....MBO, ada tempat karaoke, aaa......pegi la sendiri jenguk. mak memang fail la bab2 meng hu ha hu ha nih.

ni tukang gendong adik tapi adik kalu tengah tido, dia amek, confirm jaga balik. huwaaa...huwaaaa

jalan punya jalan, jumpa ni hah. dia ni ala ala tutty fruity tapi lagi  murah. sama jer...yogurt yg jadik eskrem jugak. setup dia sama jer. nak kena amek mangkuk n pilih2 eskrem n pilih2 toping. peh tu timbang n bayau.
mangkuk yg kita orang amek tu, sama saiz dengan mangkuk yg kita orang amek kat tutty. isi pun lebih kurang sama banyak ngan amek kat tutty. harganya......kurang dari separuh harga yg kami bayar kat tutty. ha ha...best. tapi sourberry ni baru lagi bukak. baru ada 3 cawangan jer. tunggu la dia bercambah nanti. 

tempat kereta memang luas. bayaran parking pun murah. RM1 untuk setiap jam yg berlalu. pengunjung pun masih belum ramai jadi boleh la duduk2 gini sambil menyusukan si kecik. kain batik tu guna sebagai selimut jer. tempat tukar lampin dia kecik jer n tak de tempat menyusu. memang untuk tukar lampin saja. 

itu lah saja cerita untuk kali ni. 

minggu depan akan bersiaran dari PD pulak. 

Thursday, January 26, 2012

gambar pembesaran

telah dibesarkan sebanyak 22 million kali dengan menggunakan mikroskop elektronik.

jom layanzz







Monday, January 23, 2012

belum jugak lagi

 adik la...hingga kini masih belum lagi disuntik. itu je la yg releven ngan tajuk. he he

semalam, 22 jan,

gi birthday party Sophie, anak gadis jelita si Syima MZ kat kelab komuniti taman tasik cyberjaya. sesat2 kita orang mencari. maklum la, this is first time we reach cyberjaya. before this, sampai takat putrajaya jer. tapii..eh dah penah sampai la cyberjaya, masa latihan koir kat lim kok wing dulu. tapi mana nak tauu..pasal pegi  ngan bas ngan budak2 sekolah. he he
 ni la si manis Sophie Aiyuni Natasya, anak muridku yang bijak lagi pandai tuh.
tema rock dia telah menyebabkan mamanya menempah ini dariku-fridge magnet. menjahit la daku sepanjang cuti maternity ni hah. sambil tidokan baby, sambil main game, sambil tengok tv, daku menjahit. berenti jap masak, n pg amek budak2 sekolah. bejimba2 ngan budak2, balik, sambung balik menjahit, tenet n tv n tidokan baby. he he

maaf syima yaa...tak sebanyak yg awak nak. skrg saya siapkan lagi 10 yg awak nak pagi tadi. he he

lagi 2 minggu nak keje. risaunya nak tinggal naufal kat taska. boleh ke derang handle susu ibu yg akan dibekalkan. tak mo jadi macam zhaim duluuu....huwaaaa....nak berenti kejeeeemacam la ya sangat nak berenti.

Tuesday, January 17, 2012

belum

belum apa?

he he...macam yg pn. Shimah dalam blognya LaMaN BaiDuRi kate, kalo henjet kat swasta, mula la nak telepas-telepas tarikh kan?

si kecik ni pun sama la. dari satu sabtu ke satu sabtu bertangguh. patutnya 8hb dah setel, ni dah 17hb blom lagi setel. setel ke 21hb ni? la la la la la....ada jemputan birthday party kat putrajaya pulak 21hb ni. hmmm....kita tengok jer la nanti.

** boleh tak kalu kata, hanya abang zharif sorang setel cucukannya. yg lain terlepas-telepas sampai skrg tak setel. boleh? boleh? hu hu hu hu hu hu

Tuesday, January 10, 2012

akibat dengki

panassnya tajukk... ha ha

tak de pape la. cuma si Zhaim ni hah

tadi dia dok bertenggek kat peha ibu. bosan la tu tak de saper melayan dia. kakak2 n abang semua sekolah. ibu pulak asyik la dok tepi adik sambil menjahit. bila baby bangun, ibu pun hangkat la n apa lagi kan....sumbat la mulutnya tuh. tetiba zhaim cakap,

"Zhaim tak mo tido dengan baby. Zhaim nak tido ngan ibu saja."

memula tu tak berapa nak paham. tapi bila dia cakap,

" letak la baby tu, letak la baby tu. Zhaim nak tido dengan ibu saja."

he he..baru la paham. dengki la tu. tak mo share ibu dia. ha ha

tgk tuu...bawah meja pun jadi tempat main derang.

Monday, January 09, 2012

kecoh

my last n3 ada cakap pasal bas yg kakak nak naik,..so esoknya kakakpun dengan diiringi abangnya, pegi la menunggu bas kat tepi jalan tu dengan cuaca yang panas terik. tunggu punya tunggu punya tunggu n dah berkali2 tepon ibu kat umah, bas tak sampai2. ibu pun cecepat la bersiap untuk anta kakak...nak kena kejar masa la pulak pasal dah pukul 12 lebeh dah masa tu. dengan baby yang mengiau-ngiau sepanjang jalan, akhirnya sampai la juga kakak di sekolah. mujur la ada lebuhraya bertingkat tuh...cepat la sampainya.

alang2 dah sampai, ambik aiesya la terus. pesan sana sini supaya aiesya tau ibu tunggu kat tangga ampang. cuaca terik la pulak ari tu. baby stop mengongoi bila dah dapat yang dihajati. sejam juga menunggu aiesya dalam barisan yang panjang kat bawah tu. bila nak jalan balik,  alaaaa...baby mengiau balik. so, ibu dengan gamblenya, menyusukan adik sambil bawak kete, n sampai adik tertido hingga sampai ke rumah semula. bahaya...sungguh bahayaaa....tapi nak buat macam mana kann...emergency. rupanya salah faham berlaku. si driver kata dia kata kat ayah suh tunggu 11.15. yang ayah pulak kata, diver tu kata suh tunggu 11.55. kan beza banyakk tu. kita orang la yang jadi mangsa.


ni lah gaya memandu dengan baby di sisi. hu hu. hari ni kakak dah sekolah pagi so, aiesya ada yang teman. derang boleh pegi n balik together2. only for this month ya darlings. bulan depan kita pegi balik together2 dah. tak yah naik bas dah.

malam tu ada la pulak orang jadi barber. tak pasal2 di potongnya rambut si aiesya. dah jahanam rambut aiesya di buatnya.
gi kedai, cina tu kata tak leh nak buat apa. terpaksa buat boy cut. haa...jadik jantan la anakku tapi aiesya tetap cantikk. jangan ghisau ya. he he. tak leh nak amek gambar dia yang terkini. dia maluuuuu...hu hu hu

hmmm...koku koku....perlu ke tak ni? bantai la. tgk dulu hasilnya ek. sibuk sangat na buat keje masa bercuti...padan muka. padan muka akuuu.. ha ha

Wednesday, January 04, 2012

tahun baru

dah nak masuk hari ke-5 di tahun baru.

kalau tahun baru, sure ada yg akan bercakap pasal azam. azam saya? biar lah sendiri yg tau.  ha ha

ibu minta maaf bebanyak pada anak-anak ibu kerana disebabkan ibu dan baby Naufal, u olls tak dapat bercuti tahun ni. tak per...ayah kata nak bawak jalan naik kapal yang boleh terbang tahun depan kan? destinasinya akan ditetapkan kemudian. Thanks to kakak2 yg banyak membantu ibu menguruskan rumah dan baby dan diri ibu dan abang zhaim sepanjang tempoh ibu kena perap dalam rumah. Cik abang tuu...of course la kan. tq tq tq tq...muahhh muahhh...loves semuanya.

anakanda ke-2 dah masuk tingkatan 1, bermakna sudah 2 orang bersekolah menengah.
29/12- Hari orientasi di CBN Menengah

24/12 sempat join reunion sek rendah. walaupun baru beberapa hari lepas pantang, ai ajak juga encik abang ngan anak2 semua gi Restoran Cerana kat Cheras tuh untuk jumpa geng2 lama. kalau tak pegi, tak tau bila lagi nak jumpa kan. seronok jumpa jer...makan2 tu tolak tepi. mujur la ada encik abang yg sabar melayan baby n menunggu ai yg hilang ingatan bila jumpa kengkawan lama. dia la dok memujuk baby, menidurkan baby n sebagainya, sepanjang perjumpaan itew- ada la dalam 3 jam juga di sana tuh. TQ Darling. Tak ghamai orang lelaki yg boleh buat gitu. apatah lagi bekalan susu hanya ada di dadaku saja. he he

 kalau ramai lg boleh join, especially my x-classmate la kan, lagi best. tahun depan buat la lagi ya organizer semua. he he. Harap Dr. Rahmat tak merajuk lagi kali ni.

Hari ni, menguruskan anak2 ke sekolah. pagi hantar Aiesya, tengah hari hantar kakak n amek aiesya, petang amek kakak pulak lagi. esok, kakak start naik bas, aiesya tumpang cikgu Nisa balik umah. pagi jer ayah anta ya. 

ai nak memulakan proses mengumpul bekalan susu untuk Naufal di taska. harap2 dapat banyak la. fuh fuhhhh jampi. 

dah tengah malam. baik la tido sebelum baby bangun mengiau ngiau nak nenen. chow!

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...