HOLIDAY

Tuesday, December 15, 2009

rupa-rupanya cenggini...

eee....
kita tak sedar cenggini rupanya ek bila bersin.


last day at perth

demi ann
kak za bercerita. :)

last day ibu dah penat.
malam tu cakap ngan en ayah, tak mo gi mana2 dah esok.
jalan2 kat bandar je sudah.

tapi, esoknya
en. ayah dok memujuk nak ke kilang coklat.
dekat je katanya.
alang-alang dah sampai...katanya.

ok la. tak mo menghampakan budak2
so ibu setuju.
dkt la kononn...sejam dok dalam bas tuh.

akhirnya sampai la jugak kite org kat Fremantle n kilang coklatnya.
gi sini sebenarnya nak tgk derang buat coklat.
tapi sebab derang dah buat banyak untuk christmas
so tengah hari tu, tak de benda sangat la.
bukannya boleh masuk dalam punn
takat jenguk2 kat tepi tingkap jer.
hu hu

tak beli apa punn..beli untuk pujuk zhaim menangis.
tu jer.
coklat yg org mengandung pesan tak dek pun.
so, kita org balik ler.

banyak tempat leh gi kat Fremantle ni
tapi sebab kesuntukan masa
maka tak leh la gi.
pantai dia punya la lawaa,
airnya hijau.
sangat santek.
nak singgah tak upaya.
lain kali kalau panjang umur. entah bila la tu.

so, singgah jugak di bandar untuk mencari coklat
orang mengidam
cari punya cari punya cari,
jumpa la juga.
sesi jalan2 cari coklat
tgk apa tu?
pemuzik jalanan. muzik derang soundnya best! bukan macam kat sini. mempersonakan.

tengah hari tu kami makan kat restoran org lubnan.
cit! udah lama mencari daging halal,
hari nak balik baru jumpa ada jual tang ni.
hu hu
tu laa en. ayah. dok nak beli kat pasar raya jer.
tak mo cuba masuk2 restoran. jimattttt!
tapi sama la jugak..tak berapa nak rasi ngan tekak.
hu hu

sebelum sampai apartment untuk kemas2 apa yang patut,
kami singgah la main kat taman ni.
bagi can budak2 main untuk kali terakhir
pasal nak babai dah malam ni.
ni permainan yg tak de kat sini. syok ooo main tu. ibu ngan ayah pun main sama
tapi...tak leh ar tunjuk gambar. haha
n malam tu, kol 10.30, kami berangkat ke airport n naik flight kol 1.10 pagi.
delay dalam 10 minit.

pukul 6.40 pagi, sampai la semula kami di Malaysia

so tamat la pengembaraan kami kali ni.
entah bila lagi nak mengembara...
en. ayah je yg boleh jawab. he he



Sunday, December 13, 2009

Perth Day 5


memulakan hari dengan menunggu Blue Cat kat tempat biasa.
ari n nak gi King's Park jer.
Taman tu bukannya jauh, tapi
sebab silap teknik,
perjalanan jadi jauh.

en ayah kununnya nak sewa beskal untuk kita org meronda park
yang luas tuh.
ibu tak berapa bekenan pasal
rasanya anak2 tu tak berapa nak reti sangat naik beskal.
tapi ibu ikutkan je la en ayah.

naik blue cat n tukar pulak naik red cat.
berenti kat queen's garden.

peh tu?
en. ayah ajak jalan kaki carik tempat sewa beskal.
so kita org pun jalan laa..
jalan punya jalan punya jalan,
tak jumpa pun.

kita org sampai kat tepi tasek.
hu hu..
en. ayah tak pueh ati..
nak jugak2 cari tempat sewa beskal.
so kita org pun tunggu la dia sambil posing2 kat tengah padang
dalam cuaca yg panas berangin.
bukan takat cuaca berhangin, ibu pun turut berhangin. huh.

tepaksa la mengisi masa lapang.
tak jumpa jugak..
so kita org jalan lagiii..
hingga hujung padang nan terbantang luas.
di hujung padang, ada inii..
apa lg kan? berlari2an derang nak main.
ibu mengambil kesempatan berehat kerana sang anak kecil mmg tak
mau berenggang dengan ibu.
sesambil tunggu, ibu mencari2 wireless tenet.
dapat sambung tp bila nak mula browse,
network lost. hiiii...tambah berangin.

pencarian en ayah menemui jalan buntu
so we have to walk again towards the bus stop,
naik red cat to the nearest stop.
akhirnya sampai jugak kita org kat park tu. turun bas, kena jalan lagi untuk ke park tu.
penat wei..tak larat. si kecik memang tak mo ayah dia amek
walaupun dia tengah tido masa tu.
dapat je tempat yg redup sikit, ibu pun landing.
yang lain2 kena la berenti jugak. sementara tunggu zhaim jaga.
penat! huh!
bila adik jaga, jalan lagi ke depan.
ke taman yg sebenarnya.

kat atas tu pemandangannya cantikk.

kita org tak dapat la nak explore taman yg luas tu.
dah penat dah.
balik ni nak kena menapak jugak lagi

day 6-last day.

Friday, December 11, 2009

Perth Day 4

kalau ikutkan rasa penat,
memang nak duduk relaks nikmati suasana berangin kat tepi tingkap
sambil melihat dedaun maple meliuk lintuk ditiup angin.

tapi...dah alang-alang dah sampai.
entah bila la lagi nak sampai kan?
kukuatkan juga hati dan kaki melangkah.
Si Aiesya bila dengar nak keluar lagi,
siap cakap..

"kat umah sana tak jalan2 cam ni pun!"
he he...dia dah penat daa..tak mo jalan2.

tapi ari ni, misinya nak raba2.
semalam ayah dah belek sakan dan peta.

mulai ari ni, ini la tempat kami tuju kalau nak kuar.
Russel Square..kekira 500m je dr apartment. tunggu sini untuk naik BLUE CAT.

hari ni kena banyak kali naik bas
sebabnya tempat nak raba2 tu jauh bebenor.

naik blue cat, turun kat Perth Underground peh tu gi station bas Wellington Street.
Tang tu tanya bas nak gi tempat raba2 tu.
rupanya salah stesenn daa..
mujur derang ramah tamah
pancik drebar tu mintak tolong kawan dia yg bawak bas lain
berentikan kite orang kat stesen Esplanade.
kalo tak, naik bas tu kena bayar
tapi sebab kes ni, kita org dapat free.
sungguh budiman mereka itew.
wajah2 seronok naik bas free..he he

kat sini kena naik bas no 60 untuk ke Morley Bus Station
ni hah basnya.

kat sana kena naik bas 336 pulak untuk ke tempat raba2 tu.
jauh jugak. jenuh melayan zhaim.
budak tu kalau time dia tak mo duduk diam,
penat laa layan. hu hu

mana-mana tpt pun bersih je kawasann derang.
rumah2 semua tersusun jer.

akhirnya sampai juga tempat raba2.
ni la tempatnya.
sampai sini, kena call derang suh jemput.
sebab nak masuk dalam, jauh jugak.
so tunggu la lagi.
posing sambil tunggu..he he..sempat lagii tu.
ni la tempat raba2 tuu... he he
ni la yg nak diraba..ha ha
satu lagii
maka tertunailah hasrat bebudak n mak budak nak meraba2
binatang2 nih. he he

tapi ada sorang ni...penakut
alangkan kucing pun dia takut..inikan lagi yg besar dr kucing.
ahaks
rehat jap sementara nak tunggu pertunjukan mengetam bulu kambing.
lain2 binatang kat situ...ni unta ni boleh tunggang. 6 dollah sorang.
encik ayah tak de rasa nak bagi anak naik pun..
budak2 tu memang la nak sangat2..hu hu
siannn...

banyak lagi binatang yang ada. tak leh la nak upload semua gambar.
jenuh la nak upload page ni nanti sebab sarat ngan gambar.
binatang2 yg boleh kita jumpa kat sini jugak..ha ha

tak larat nak tunggu satu lagi pertunjukan, so we all punn balik la.
tang ni paling ghamai jumpa orang mesia.

hmm...esok gi mana pulak?

tungguu en3 nya.
macam la ghamai sangat yag nak bacer..he he

Thursday, December 10, 2009

Perth day 3

sebelum datang, dah survey kat internet
kononnya kat apartment tu ader tenet free.
so kite org pun bawak la lappy memasing.
sampai dua ko.... bawak.
sampai2, hampeh. ada rate pulak.
sejam 5 dollar. lebih kurang 15 hengget jugak duit kite.
uuuiiii...mahall. tak jadik la tenet.
kupendamkan jua hasrat ati yag bergelora.
poser tenet la mak seminggu tu.
hu hu hu

disebabkan semalam dah tak jadi pegi zoo,
maka hari ini, setelah bekpes sekadarnya,
kami pun bejalan lagi.

kali ni cari feri pulak sebab nak gi zoo kena naik feri.
kami pun buat la keje bodoh cam hari2 sebelumnya
iaitu bejalan, bejalan n bejalan dari hujung ke hujung.
lebih 5km jugak bejalan ngan anak2.
kejap2 tengok peta, kejap2 tengok nama jalan, kejap2 tanya orang.
kerana cuaca di sana panas tapi berangin dan rasanya sejuk,
jadi kita yang berhangin kerana kena jalan jauh ngan anak kecik ni
masih mampu tersenyum.
betis belakang dah terasa sakit dek kerana bejalan jauh hari2.

ni berenti kejap tgk peta.

kita org ni bukannya apa...nak naik teksi tak boleh
sebabnya dah lebeh muatan. 6 org.
kat sini kena naik secukupnya je.
tak kan nak naik 2 teksi pulak. dah la mahai.

akhirnya setelah berpenat lelah, sampai jugak kita org kat jeti.
kat seberang padang ni la jetinya. kena jalan lagi oo..
dalam feri..si zhaim tak leh duduk diam.

mujur tambangnya adalah murah sahaja.
dewasa 1.70, kanak2 60 sen duit deranggg.

dah sampai seberang, kena jalan lagi dalam 10 menet, baru la sampai zoo.
sungguh2 menduga kekuatan kaki kami.

zoo entrance

sebenarnya, tak pegi zoo ni pun tak pe. zoo kite lagi best.
binatang pun tak dek mase nih.
budak2 ingat boleh pegang2 binatang.
yg boleh pegang cuma replika jer.
masuk mahal jugak la.
dalam zoo, kena jalan lagi. tak berenti bejalan la kite org hari tu.
penat giler!

ni padang kat dalam zoo. derang siap lepak n piknik tang tu.
kita mana tau semua tu kan.
burung banyakkk
zhaim la yg paling sronok mengejar burung.
berlari keliling padang.

balik, naik feri semula n lepas tu mujur la ada bas tunggu.
kite org pun naik bas
n
lepas tu la baru tau rupa2nya ada CAT(central area transport)
yang ronda2 bandar perth free.
huwaaa....penat jer jalan 2, 3 hari ni.

bagusnya la ada bas dalam bandar yg free.
beruntung la derang kat sana.
banyak benda free.

sambung..

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...