Tuesday, December 15, 2009

last day at perth

7 comments
demi ann
kak za bercerita. :)

last day ibu dah penat.
malam tu cakap ngan en ayah, tak mo gi mana2 dah esok.
jalan2 kat bandar je sudah.

tapi, esoknya
en. ayah dok memujuk nak ke kilang coklat.
dekat je katanya.
alang-alang dah sampai...katanya.

ok la. tak mo menghampakan budak2
so ibu setuju.
dkt la kononn...sejam dok dalam bas tuh.

akhirnya sampai la jugak kite org kat Fremantle n kilang coklatnya.
gi sini sebenarnya nak tgk derang buat coklat.
tapi sebab derang dah buat banyak untuk christmas
so tengah hari tu, tak de benda sangat la.
bukannya boleh masuk dalam punn
takat jenguk2 kat tepi tingkap jer.
hu hu

tak beli apa punn..beli untuk pujuk zhaim menangis.
tu jer.
coklat yg org mengandung pesan tak dek pun.
so, kita org balik ler.

banyak tempat leh gi kat Fremantle ni
tapi sebab kesuntukan masa
maka tak leh la gi.
pantai dia punya la lawaa,
airnya hijau.
sangat santek.
nak singgah tak upaya.
lain kali kalau panjang umur. entah bila la tu.

so, singgah jugak di bandar untuk mencari coklat
orang mengidam
cari punya cari punya cari,
jumpa la juga.
sesi jalan2 cari coklat
tgk apa tu?
pemuzik jalanan. muzik derang soundnya best! bukan macam kat sini. mempersonakan.

tengah hari tu kami makan kat restoran org lubnan.
cit! udah lama mencari daging halal,
hari nak balik baru jumpa ada jual tang ni.
hu hu
tu laa en. ayah. dok nak beli kat pasar raya jer.
tak mo cuba masuk2 restoran. jimattttt!
tapi sama la jugak..tak berapa nak rasi ngan tekak.
hu hu

sebelum sampai apartment untuk kemas2 apa yang patut,
kami singgah la main kat taman ni.
bagi can budak2 main untuk kali terakhir
pasal nak babai dah malam ni.
ni permainan yg tak de kat sini. syok ooo main tu. ibu ngan ayah pun main sama
tapi...tak leh ar tunjuk gambar. haha
n malam tu, kol 10.30, kami berangkat ke airport n naik flight kol 1.10 pagi.
delay dalam 10 minit.

pukul 6.40 pagi, sampai la semula kami di Malaysia

so tamat la pengembaraan kami kali ni.
entah bila lagi nak mengembara...
en. ayah je yg boleh jawab. he he



7 comments: