HOLIDAY

Tuesday, December 15, 2009

last day at perth

demi ann
kak za bercerita. :)

last day ibu dah penat.
malam tu cakap ngan en ayah, tak mo gi mana2 dah esok.
jalan2 kat bandar je sudah.

tapi, esoknya
en. ayah dok memujuk nak ke kilang coklat.
dekat je katanya.
alang-alang dah sampai...katanya.

ok la. tak mo menghampakan budak2
so ibu setuju.
dkt la kononn...sejam dok dalam bas tuh.

akhirnya sampai la jugak kite org kat Fremantle n kilang coklatnya.
gi sini sebenarnya nak tgk derang buat coklat.
tapi sebab derang dah buat banyak untuk christmas
so tengah hari tu, tak de benda sangat la.
bukannya boleh masuk dalam punn
takat jenguk2 kat tepi tingkap jer.
hu hu

tak beli apa punn..beli untuk pujuk zhaim menangis.
tu jer.
coklat yg org mengandung pesan tak dek pun.
so, kita org balik ler.

banyak tempat leh gi kat Fremantle ni
tapi sebab kesuntukan masa
maka tak leh la gi.
pantai dia punya la lawaa,
airnya hijau.
sangat santek.
nak singgah tak upaya.
lain kali kalau panjang umur. entah bila la tu.

so, singgah jugak di bandar untuk mencari coklat
orang mengidam
cari punya cari punya cari,
jumpa la juga.
sesi jalan2 cari coklat
tgk apa tu?
pemuzik jalanan. muzik derang soundnya best! bukan macam kat sini. mempersonakan.

tengah hari tu kami makan kat restoran org lubnan.
cit! udah lama mencari daging halal,
hari nak balik baru jumpa ada jual tang ni.
hu hu
tu laa en. ayah. dok nak beli kat pasar raya jer.
tak mo cuba masuk2 restoran. jimattttt!
tapi sama la jugak..tak berapa nak rasi ngan tekak.
hu hu

sebelum sampai apartment untuk kemas2 apa yang patut,
kami singgah la main kat taman ni.
bagi can budak2 main untuk kali terakhir
pasal nak babai dah malam ni.
ni permainan yg tak de kat sini. syok ooo main tu. ibu ngan ayah pun main sama
tapi...tak leh ar tunjuk gambar. haha
n malam tu, kol 10.30, kami berangkat ke airport n naik flight kol 1.10 pagi.
delay dalam 10 minit.

pukul 6.40 pagi, sampai la semula kami di Malaysia

so tamat la pengembaraan kami kali ni.
entah bila lagi nak mengembara...
en. ayah je yg boleh jawab. he he

7 comments:

BaiDuRi said...

yang permainan yang takde kat mesia tu, mmg kene main dorang mcm zhaim dgn alia tu ker??Hmm...patut la takleh letak gambo ibu dgn ayahnya main kat blog ni..hahaha

Liza, lps jumpa Liza sblm pegi Perth hari tu, Shimah ada tanya kak kat opis ni yg baru pegi tgh thn hari tu..masa tu kan tgh cuti raya haji, dia dah blk Kg. tapi dia tetap emel dr rmh cerita tmpat2 utk lawat/shopping/mkn kat Perth..tunggu gak Liza online kat FB or blog tp takde pun..kalo tak, mau emel dah kat Liza..ada lagi dlm inbox ni ha..nak gak ker?huhhuhu

ibuayu said...

seronok baca kisah holiday ibu zaaz ni..bilalah ibuayu lak dapat gi

ann said...

thankas bebanyak sudi gak la bg i baca n tau mcm mana perjalan ke negara jauh he he he

Ave Hashim said...

tggu episod akhir percutian ni baru sy nak tinggal jejak..

kesimpulan: mmg best lah dpt holiday dlm erti kata yg sebenar iaitu bercuti bersama keluarga..pengalaman ke negara orang mmg best...sonok baca citer ni...so pas ni sila lah buat undian nak holiday ke negara mana lak :):)...

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...