HOLIDAY

Tuesday, August 03, 2010

leaving the house again

preparing to leave the house again.
this time i'm going to be at PD from today till Thursday for a briefing for
something related to UPSR.

just received sms from a friend who already there:

"the government really don't have $
so this time we have to share 4 in one room.
Please bring me shampoo and sabun."

last time only two in one room.
ha ha...biasa la tuh.
till now, bag tak siap lagi.
kejappp je lagi nak gi.
malas!!

Sunday, August 01, 2010

hasil...

banyak pulak nak update ek.
kalu tak dek tu, tak dek langsung.
he he

siap dah projek pertama,
buah tangan untuk 3 dara pingitan
kepunyaan Puan Mei.
saja kusediakan untuk membalas
segala jasa mereka sekeluarga
yang sentiasa membantu
melancarkan tugas-tugas
dan kerja-kerja saya
di sekolah n green house especially... he he
n kebetulan, ketiga2 mereka
pernah dan sedang belajar math denganku.

menang..

1 OGOS 2010, BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP
MAJLIS PERBANDARAN SERDANG JAYA :

KEMENANGAN MILIK MEREKA.


Koir ke final

tajuk yang lebih sesuai untuk blog sekolah, tapi cam tak best je update ke blog sekolah pasalnya bukannya ghamai yang masuk blog sekolah. orang atas pun tak masuk. ada yang baru nak tanya pasal apa tak leh bukak pada hal tak reti bukak sebenarnya. org lebih sibukkan fb jer sekarang. so buat apa buat keje yang sia-sia kan?

Pictures

udah janji ngan mis low, if selected, then i’ll go follow the kids. sekali memang terpilih daa…so pagi ni akan berangkai2 ngan anak2 yang tak dek sape leh jaga coz ayahnya bz, memfollow kakak alia ke serdang. kabarnya sampai petang ari ni ek? ho ho. ni baru saja selesai memberus baju2 sekolah bebudak n kasut sekolah aiesya yang tertangguh malam tadi akibat tak dek letrik. ade jer kol 2 tadik, kes tak leh tido pasai nyamuk banyakk time tak dek letrik tuh, terus je la sambung. n sementara tunggu mesin basuh siap memproses, tenet laa.

now 4.27 n mesin dah selesai n dah ngantuks, nak tido sat. kejap pun jadik la kan? hopefully menang lagi hari ni. CBN 1 memang excellent. huh huh…perasan cikgu yang perasan. heh heh.

Friday, July 30, 2010

berterusan..

berterusan kerja
di hari-hari minggu

sejak ASEAn GAME
hingga esok n kalau ada tuah si alia,
ahad sambung juga kerja
membawa bebudak sekolah ke sana ke sini.

Last Ahad, ke PICC
untuk High School MUsical.
CBN 1 kalo takat KL, memang tak leh tanding...
hopefully kat national level also will get the same result
n going to go to LA.
( ann,...nama kita tersenarai tak kalu dapat gi LA?. takat ari ni kan, glamer betul nama kita asyik la menjadi sebutan untk bawak budak ke sana sini kan?)


Ini dia team yg menang My School Rock Competition.
1st out of 272 teams yang bertanding, menengah n rendah.
dahsat la..
dahsat..sampai petang kita orang menunggu picc.
bohsan pun ada jugak la nengok bebudak dok menari yang tak berapa nampak macam menari tuh. tapi time CBN1 perform, kena la bangkit menyokong.

esok alia will go to sepang for choir competition.
hmm...ibu cannot follow ya darling.
sunday i'll follow if our team r selected to be top 5.

voting for My School Rock akan dibuka tidak lama lagi..
sekarang ialah masa mendaftar akaun.
dulu dah daftar..ni nak kena daftar lagi ke?
hmm...kena cuba bukak dulu.

felt yang kedua telah siap beberapa jam yang lalu.
aimnya nak siapkan 3 untuk 3 anak dara orang.
sekadar membalas jasa...
kena siapkan cepat sebab alia dah bising suh buat untuk dia.

1. bookmark
2. key chain

sabarrrr...

felt craft

300720102732

My first Felt craft after receiving starter kit which i ordered from sus. will produce more after this,..not for commercial purposes but only for self satisfaction. i likeeee…

Monday, July 19, 2010

tamat sudah..

tamat sudah kerja ku di GYM1. berkampung kat sana isnin sampai ahad semalam. letihnya badan rasanya. tapi seronok sebab dapat pengalaman baru. ALFA kata terigin nak rasa pengalaman cenggitu. hmm...ni semua kerana Miss Low. Kerana dia diriku berpeluang berkhidmat atas nama Malaysia. cam mana ek nak bagi peluang pada ALFA? hmmm...hmm...meh la ALFA sekolah kat tempat kak ni hah. he he. tapi pastikan anda sudah bersedia untuk berkorbann..
Gambar kami dan kami dengan maskot si Sang Juara yang sangat lembut.

hari ni kena gi sekolah. penat tapi bila masuk kelas, hilang jap penat tu. abis je sekolah, rasa penat balik. lagi penat bila nak kena setelkan fail2 semua pasal esok, kalau malang nasib kita orang, datang la nazir ke sekolah untuk pemantauan. huh...bepeluh cik PK KOKO ku.

K...mau siapkan fail. tapi mataku tersangatlah mengantuknya. tadi balik pun lambat. 5.30 baru keluar dari sekolah setelah korek sana korek sini dalam bilik encik Shah. N at last...jumpa dah kepunyaan Miss Low yang hilang.

Wednesday, July 14, 2010

Busy again..

this week, no school for me.

apsal?

pasal saya kena bertugas untuk Malaysia.

wahh...macam hebat sangat jer ek? tapi jadi kuli jer. angkat2 barang, hias2 meja, betul2kan kapet. jangan bagi ada gap antara span kat bawah tuh. sat gi gimnas tekehel plak. dah la memang ghamai dah yang tekehel sana, tekehel sini.

miss low said :"you must be here everyday!

ho ho tak acii..orang lain leh lagi take turn. leh lagi datang lewat sket...

tak per..demi negara..yang tercinta..kucurahkan bakti penuh setia..biarpun keje sekolah banyak yang tebengkalaiii...siang betugas tengok gymnast tetonggeng tonggek, malamnya pula mengadap report n fail2 yang blom siap lagik. warghh....tensionnn..tensionnn....nazir nak datangg....

tapi apa yang penting...ada pengalaman yang bertambah dan ada benda baru yang dipelajari. terima kasih kerana memberi peluang, memilihku dan mempercayai diriku cik Pet!

Tuesday, July 13, 2010

pilih siapa?

on the way to fetch abang zharif just now, ibu tanya Aiesya this Q.

“antara ibu, kakak n abang, kalau boleh dihilangkan, Aiesya pilih nak hilang siapa?”ibu tanya soklan bengong ek?

memula dia bagi jawapan standart dia…which is

:

:

:

”entah”.

ibu tanya lagi sekali soklan yang sama tapi dalam versi yang berlainan so that she will understand n answer me.

n dia jawab…..

:

:

:

as expected ---> “ABANG”.

then Alia gelak n she said, she also choose the same person. hmmm….no komen.

Wednesday, July 07, 2010

kad

kad yang kuhasilkan sesambil main game. he he. ini rentetan kirigami yang ku pelajari sebelum mengendalikan kelab seni dan kraftangan semalam. juga hasil pemerhatianku di BORDERS. yang lain akan menyusul mengikut kerajinanku.

hasrat untuk mendapatkan kad yang cun melecun dari blog kak lin tu terkubur kerana diriku tidak bertuah. tak dapek nak nolong. tak po...den buleh cubo dan cubo lagi.

tetiba jer jadi oghang nogoghi. ahaks!

Wednesday, June 30, 2010

Last day..

i really wanna join this giveaway contest coz sangat sangat sangat sangat teruja dengan kad yang direka cipta oleh tuan punya blog yang sangat sangat sangat kreatif.

dah lama jadi silent reader dia tapi sebab nak join contest n takut rasa dah follow tapi sebenarnya blom follow, me, once again, klik the follower button. Itu berlaku beberapa minggu yang lalu tapi baru hari ni nak update blog tentang contest tu sebab dari masa ke masa, mencari2 bahan yang menarik untuk diceritakan di sini. he he

This is the contest :


dari blog LIN HANDMADE GREETING CARDS

menarik kan? ada juga cuba2 tiru hasil kerjanya tu (bukan untuk tujuan meniaga. harap halalkan ya) tapi tak berapa nak jadik sebab alatannya tu tak berapa nak lengkap. so saya selalu berkarya ala-ala syok sendiri jer tapi tetap jugak orang puji2. tu semua tak penting. yang penting kepuasan hatiku.

dek kerana minat juga, mulanya hanya buku ini yang ku ada,


hari ini ku menambahkan lagi koleksi buku kraf ku dengan buku2 ini pula.


best buku ni. ada siap bagi bahan2 lagi kat dalam tuh. sungguh sronok rasanya. berbaloi2.

ini la sebahagian benda yang kuhasilkan dengan tangan dan komputer. kui kui...idok la hebat macam tuan punya blog LIN HANDMADE GREETING CARDS tu kan.

sangat sangat jeles dengannya tapi sendiri tak mau usaha sebegitu usaha pasal tau diri ini akan cepat bohsan buat keje yang samer cenggitu. sebab itu le jadi cikgu sajer. he he

la ni saya tengah deco dinding umah dengan kertas2 budget yang ala2 ada jer. sikit2 saya touch up. kalo nak harap duit ader baru nak buat semua, ghasernya dok gitu la lagi. saya kena bertindak sendiri kerna encik abang saya tak berapa nak reti nak support saya dari pelbagai segi tentang hias menghias ini. ho ho ho..

nanti la saya kasi tengok rupe dinding umah saya tu ek. itu tak penting. yang penting,.....saya nak menangggggggggg.....saya nak jadi antara 6 orang yang bertuah yang dapat hasil tangan kak lin itew. moga-moga bertuah la saya nak dapat kad yang sangat sangat sangat cantek itew.

kengkawan...ader maser lagi nih. moh join. he he

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...