HOLIDAY

Monday, February 18, 2008

Mesyuarat..

hari ni kena gi mesyuarat kat Crown Princess. Pagi gi sekolah la dulu hantar alia. dalam kul 8 baru bertolak. nak mengelakkan jem, i choose to use PUTRA LRT. Jalan punya jalan...alamak, under construction la pulakk...mana nak tuju nih? mujur la ada pakguard yang baik hati bagi arahan...he he. Tq la encik gurad ya.

Jauh nya perjalanan bawah terowong. abis beli tiket, turun laa...mak aiii...ramainya orang dok menunggu. Yang bestnya..dia orang beratur daa...terkenang la zaman-zaman matrik dulu..pepagi berbaris panjang depan Kolej Telekom tu nak naik bas. Kita orang la yang paling berdisiplin waktu nak gunakan bas kampus tu kann...emapt kali train datang silih berganti baru la aku terlepas masuk. Dia orang ni dah tak kira dah...pintu tak leh nak tutup pun disumbat masuk gak badan tu...lebih baik sempit dari lambat sampai tempat keje ek. Aku pulak, 8.45 am baru sampai Ampang Park. Tercangak2 pulak nak tengok mana nak kuat...biasa la kan...orang bese naik ketee....

Sampai depan Yow Chuan taktau lak mana nak pegi Crown Princess...nampak dari jauh tapi tak tau nak lalu mana. Carik la orang nak tanya. Jam dah nak dekat kul 9.00 dah ni. Jap lagi meeting nak mula ( kalau ikut schedule la kaannn ). Mujur la ada adik guard tolong bantu bagi tunjuk arah...

Sampai gak ke tingkat 10. sebelum sampai ke ballroom, lalu la kolam renang dengan air terjun buatan....cantik dan sejuk pemandangannya. Aku sempat gak bepikir...kalau aku, tak mandi dah tang ni. kat sana tu ada tempat makan...malu la pulak orang tengok. setakat teman budak2 mandi ok kot....ahaks....berangan la pulak. ntah bila la nak menyewa tempat yang sebegituu... actually aku pun pelik gak nape la buat meeting tempat yang eksklusif like this..tak pernah lagi kena panggil meeting tempat2 cam ni.

sampai je of course la mandaftar. carik2 gak orang yang kenal...hampeh. Nape semua nampak vateren jer ni? Masuk2 carik la tempat yang ada sorang duduk dan tak de kawan....tanya la kakak tu...alamakkk...rupa-rupanya mesyuarat untuk GB laaa...kakak tu pun GPK1. Haaa..padan la tempat eksklusif. Terjawab persoalan. Nak buat cam mana kan...cikgu yang belum sah jawatan ni dok di kalangan GB2 dan juga GPK2. Masa makan, boleh gak berborak ngan depa2 tu macam la aku ni setaraf ngan dia orang....orang kata apa...masuk kandang lembu jadi lembu...masuk kandang kambing jadi kambing. ye tak? Mujur la tak jadi lembu ngan kambing bebetul. Ha ha...rosliza ni kan,...mesyuarat PT dia ada..mesyuarat GB pun dia ada.....sebenarnya dok tang mana dia ni hah?

sebelum balik, sempat meronda menu2 yang disajikan...hmmm memang menyelerakan. Tak sama ngan hidangan2 kat tempat2 yang i penah pegi before this. Tengok hotel la kann....tapi i choose not to eat coz kat kepala tepikir bebudak cheer kat sekolah. so, angkat kaki dan terus balik. Penat gak la menapak hari ni.

Tuesday, February 12, 2008

Tak Best Nyer..

1. ada orang komen pasal blog sekolah...tak guna proper grammar la...ejaan salah laa....Eiii..biasa la blog. orang tulis ngan cara yang santai gunakan bahasa i.net. Tension pulak. Dah jadi tak syok sebab kena berhati-hati menulis. Lambat jadi nya pasal kena semak semua bagi betul...payah..payah.

2.
Sukan dah makin dekat dah ni tapi banyak lagi benda belum selesai buat. Nak menjahit budak2 tu punya aparatus, sanggul dia orang tak buat lagii....tali dia orang....., dalam masa yang sama nak buat buku aturcara dan of course jaga si bobok yang selalu meragam. Latihan cheer lagi nak kena tengok...arghh...cepat la abis semua ni.

3.
Pencalonan sekolah cemerlang...masa ni jugak la nak kena siapkan. dah tu n ak kena siap sedia tunggu orang buat lawatan....hishh..memang la cemerlang tapi tak bersesuaian dengan kemudahan. Gomen la dok anak tirikan sekolah M macam kita orang. Semua nak cemerlang tapi kemudahan tak nak support cam SK yang lain. Sian kita orang semua benda terhad.

4.
Nak datang jugak pelawat Pakistan tu. Tak datang tak boleh ker? Musti tegezut dia tengok sekolah cemerlang cam tu keadaannya. Kah3x

5. Markah sukantara dan acara akhir rumah Hijau tidak memberansangkan...apa nak jadik? asyik dapat takhta nombor 1 dari belakang je nih. Hu hu...

Wednesday, January 30, 2008

alhamdulillahhhh....

alhamdulilllah.....2 hari lepas, dah genap 8 orang direct downline di bawahku...bermakna aku sudah naik pangkat....CHIEF MOBILE....ha ha ha ha ha ha ha...syukurrrr

teruskan berusaha sehingga ke PUNCAK JAYA...

Monday, December 31, 2007

MYMODE

haa...dah naik pangkat dalam masa 3 bulan. he he...lagi 2 orangggg..


Monday, December 03, 2007

Zhaim Bercukur...

Gambar2 Zhaim semasa proses bercukur oleh Tok Wannya


macam-macam

masuk kerja balik 16/11 ari tu. antara teruja nak pegi dengan malas. sian kat zhaim sama. dia dah la tak minum susu lain. sian lak kat ayah dia. pegi jugak since tak tau nak amik mc dengan cara apa. seronok gak dapat keje balik, jumpa kawan2 and anak-anak murid yang tengah seronok sama ada nak cuti sekolah, atau dapat 5A dan juga yang sedih sebab tak betul2 achieve target untuk UPSR. Hmm..zhaim melalak juga la kat umah. Terkenang-kenang kan dia sepanjang kat sekolah. Tak buat apa pun....Sijil UPSR? macam la orang lain tak leh buat!!

cuti ni...melayan anak2 je la. begaduh ngan dia orang sesambil jalankan business prepaidku serta kengkawan kat friendster. he he...customer ramai sampai tak terlarat nak melayan.

budak2 ni, memang sentiasa nak buat ibu naik angin tapi bila tok wan nak bawak balik kampung.................macam2 alasan ibu bagi so that dia orang tak yah ikut tok wan. Ha ha

tetiap ari sure mengadap internet walaupun tak lama. tengok friendster kot la ada yang bekenan ngan mymode, bukak email, baca, balas dan hantar email baru. Hmm....syok gak ngan fs ni. jumpa kengkawan lama semula. he he. kengkawan baru pun ada gak. bekas2 anak murid....best! kalau tak de zhaim, maunya mengadap 24 jam. he he

Manfaatkan cuti yang ada dengan menjalankan perniagaan. Harap murah la rezeki ku dan anak2 ku. Lagi sorang jer.........tak sabo rasanya.

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA


Semoga Hari Raya Anda penuh dengan KEBERKATAN
" Ya Allah, temukanlah kami dengan Ramadhan-Mu tahun hadapan...."
Daripada kami sekeluarga:
SHARIDZAN SHAMSURI + ROSLIZA YACOB
Muhammad Zharif
'Aliah Syahirah
Aiesya Nabilla
Muhammad Zhaim Syahmi

Saturday, September 22, 2007

our 10th anniversary's present

Ini dia hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10
yang juga merupakan cucu ke 10 arwah abah
MUHAMMAD ZHAIM SYAHMI BIN SHARIDZAN

dilahirkan pada 17 September 2007
di Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati
pada jam 9.45 malam
setelah dipaksa keluar kerana dah lewat 6 hari.
Berat semasa dilahirkan : 3.8 kg

Tahniah juga kepada Menteeku HALIDAWATI IBRAHIM
yang juga telah selamat melahirkan baby sulungnya
baby boy pada 16 September 2007.

Patutnya Zhaim dulu keluar.......

Friday, September 14, 2007

Ahlan Ya Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan dinanti-nantikan....muncul kembali. Gembiralah mereka yang merindukannya.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada semua yang membaca.
Moga amalan kita diterima dan semoga tahun hadapan kita dapat bertemu kembali dengannya.

HAPPY 10th ANNIVERSARY to my beloved husband
SHARIDZAN SHAMSURI.

Hadiah yang nak diberi masih belum tiba. Harap bersabar ya.

Tahniah atas kelahiran
1. Baby boy (3.3 kg)to Ustaz Hafizi Zahri
Dilahirkan melalui pembedahan ceaser pada 6.9.07 di Hospital Seremban.

2. Baby girl to Pn. Sharifah Asmah
Ceaser juga di Hospital Ampang Puteri pada 10.09.07

Sunday, August 26, 2007

TAHNIAH! TAHNIAH!

07 08 07 ( Selasa 22 Rejab 1428 H )
Ammar Syazwan Bin Suhaimi selamat dilahirkan di
Hospital Kampung baru.
Ibu : Maselinawati Mohamad

08 08 07 ( Rabu 23 Rejab 1428 H)
6 hari setelah abah pergi, cucunya yang ke-9 dilahirkan.

Nurin Aqilah Bt Mahamad Nasir selamat dilahirkan di
Hospital Damansara.
Ibu : Rozidah Yacob
Berat : 2.7 kg

18 08 07 ( Sabtu 5 Shaaban 1428 H) Anak abah yang ke-5 NORLAILA YACOB selamat menerima
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Kimia),
Universiti Sains Malaysia

bergambar dengan si bongsu

23 08 07 ( Khamis 10 Shaaban 1428H )
Happy Birthday to Kak G- the only sister 1 have.

Moga kehidupan terus diberkati.

Sunday, August 05, 2007

Perginya seorang ABAH 2

11.55 pm

Lewat ke surau kerana menunggu ayah balik. Anak-anak dah tertidur kecuali Aiesya. Sampai di surau ( setelah mengejutkan semua anak-anak yang tidur), abah dah sampai. Malam tadi orang surau dah bacakan yasin beramai-ramai. Tiba di surau, keadaan gelap. Bekalan elektrik tak ada di kawasan kampung pandan ni sebaik sahaja kami turun dari rumah tadi. Lilin dipasang. Dr Azizah meminjamkan lampu pada kami. Alhamdullillah masih boleh membantu kami membaca yasin. Bekalan akhirnya pulih dalam masa 2 jam. Kami sekeluarga membaca yasin bergilir-gilir. Mana yang mengantuk, melelapkan mata sebentar. Dik Dah yang sepatutnya bersalin hari ni pun dah keletihan. Ayah balik tidurkan Aiesya dalam pukul 3.00 a.m.

4.00 a.m

Ayah call suruh amik abah (pak mentua) kat PUDU. Aiesya baru tidur. Tak boleh laa...kereta tak de. Terpaksa la ayah angkut Aiesya, jemput ibu di surau dan sama-sama pergi amik abah di PUDU. Terima kasih la bah sanggup turun walaupun kurang sihat. Lepas amik abah, singgah sekejap di kedai belikan makanan untuk abah bersahur dan mak yang memang tak makan sejak abah sakit semalam. Mak dah banyak kali pegang perut....masuk angin la tu. Memang dia tak peduli kat perut dia dah sepanjang abah sakit semalam. Singgah hantar makanan lepas tu balik rehat sekejap. Abah bersahur dan dekat pukul 5.00 lepas tu, kami tidur.

6.30 a.m

Agak lewat bangun. Solat dan terus bersiap ke surau. Dalam perjalanan teringatkan abah. Mengalir lagi air mata. Sambung lagi baca Yasin. Selagi mampu ku tahan air mata,...akan ku tahan. Aiesya lena di pangkuan. Masih tak cukup tidur. Sian Aiesya. Orang makin ramai yang datang.

9.00 a.m

Persiapan untuk memandikan jenazah dilakukan. Kami adik-beradik membantu apa yang terdaya. Jahitkan bantal untuk abah. Kain kapan dah dibentangkan. Bau harum kayu cendana memenuhi ruang. Abah diangkat untuk dimandikan. Kami adik-beradik menyaksikan segalanya. Sepanjang abah dimandikan,kami berada berdekatan. Curi-curi memandang wajah abah yang tenang. Sebak. Mengalir lagi air mata ini. Selesai dimandikan, abah dibawa ke ruang depan untuk dikapankan. Kami mengelilingi abah buat kali terakhir. Wajah abah ku tatap sepuasnya. Tatapan terakhir sebelum jenazah ditutup keseluruhannya. Sebelum wajahnya ditutup dengan kain kapan, kami semua dipanggil untuk memberi penghormatan terakhir dimulakan dengan mak. Inilah detik yang amat memilukan. Seorang demi seorang mencium abah buat kali terkahir dan merenjis minyak atar. Air mata sememangnya meluncur laju tak dapat kutahan-tahan. Tiba giliranku,....ku gagahkan juga melangkah mendekati abah. Dahi abah yang sejuk ku cium. Sedihnya tidak dapat kugambarkan dengan kata-kata. ABAH,..AMPUNKAN IZA BAH. Renjisan minyak atar kulakukan sekadarnya. Untungnya abah, semua anak dan cucu( kecuali Haziq yang masih kecil) berada di sisinya. Malangnya, 2 orang cucunya yang bakal lahir ( beberapa hari lagi juga seorang lagi di bulan September) tidak sempat ditatapnya. Abah pergi 2 hari selepas ulang tahun perkahwinannya yang ke-36.

Selesai segalanya, abah disembahyangkan. Terus dibawa ke tanah perkuburan Kampung Cheras Baru. Kami agak lewat sampai - sesat. Abah telah selamat disemadikan. Moga abah tenang di sana. Kami akan sentiasa mendoakan abah. Walaupun kita JAUH sejak dulu, tapi ABAH TETAP DIHATI. Aku tahu bahawa dalam diam, KITA SALING MENYAYANGI.

TQ to guru-guru dan murid-murid SK Convent 1 Bukit Nanas yang menghulurkan derma juga kepada Kak Wan yang menghulurkan sumbangan peribadi. - Al-Fatihah.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...