








Ramai juga yang datang. Riuh Haslam dibuatnya. Tak pe la. Sekali-sekala je. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil. Sorry la ya tak berapa terang. Janji ada kenangan untuk saya.
Terima kasih daun keladi...insyaAllah lain kali kita jumpa lagi.
Abang dah sudah, kini sampai pulak giliran kakak ( Alia ). Alhamdulillah....tamat sudah satu peringkat. Ingat kakak....cabaran lebih besar menunggu kakak di tahun-tahun mendatang. Suspen ibu nak tengok prestasi kakak kat sekolah kebangsaan. Harap kakak lebih mengekalkan kecemerlangan kakak di Tabika. Aminnnn.
Acara dimulakan dengan sukaneka. Kakak lari tak kuat sangat. Dapat la hadiah saguhati. Tak pe la. Lepas tu ( selepas dah bosan dan berpeluh-peluh menunggu), barulah acara sebenar dimulakan. Mula dengan tarian.
Ha..kakak ni aktif orangnya. Kebanyakan aktiviti Tabika dia masuk. Tarian kakak ikut...nasyid pun kakak join( solo lagi dia ).
Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat Kg. Pandan pun dia join. Nasyid tu dah menang naib johan peringkat Tabika Kemas Negeri Selangor. Pertandingannya sehari sebelum acara konvo ni. Tak sesia ibu hantar kakak latihan tiap-tiap malam tu. Tak hairan lah kakak dapat anugerah pelajar cemerlang macam abang.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu ni. Ya Allah...kau berkatilah perjalanan hidup anak-anakku dunia dan akhirat.
Air mata tidak mampu ku tahan. Budak-budak ni la punya pasal. Sape suruh nangis? Satu kelas pulak tu nangis. Mana tak sedih….
“ Tinggal ya semua. I will be here on the 30th” , that’s what I said to them and I really mean it when I said I will come back.
“ Cikgu, nanti cikgu datang balik tak ? ”
“ Cikgu, nanti cikgu mengajar kat sekolah ni ya! “
“ Cikgu, jangan la pegi ….”
“ No dear, I have to go. I have to continue my study. ”. Sedih.
These are a few cards which I got on that day.
I also got raya cards in advance. This is one of it. From Shafiqah Shaharuddin.
These are presents from them.
Rindu la kat you all.
Mana lagi yang lain ni? Kami masuk dalam dewan amik gambar dalam dewan pulak. Sejuk la sikit keadaannya.
Lupa dah aku ngan anak-anak dan husband kat luar. Ntah apa la jadi ngan dia orang tu ya? Sebelum keluar dewan terserempak la dengan Hasirul. Sempat la bergambar ngan Hasirul. Alhamdulillah....jumpa la gak ngan menteeku. Wakil pun tak pe la.
Alamak....husband dah call. Cam tak best je bunyinya. "Ok la ya. Saya nak balik dulu. Nanti panjang umur kita jumpa lagi". Dah selesai bersalam cecepat la aku jalan cari suami dan anak-anak yang dah kepanasan. Tiba-tiba ...... Shakina......jumpa juga kita ya. Ingat dah tak jumpa dah tadi. Ni la student yang paling banyak hantar sms kat aku. Maknanya aku ni sentiasa diingati la. he he.
Terima kasih Shakina kerana sentiasa mengingati. Terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai dan dikasihi.
Terima kasih juga buat suami tercinta yang sanggup menemankanku ke majlis tu ( naik LRT lagi )...sanggup menunggu dalam panas dan menjaga anak-anak.
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...