Dah tak bergelar pelajar lagi lah ni. Seronok belajar balik sebenarnya. Azam dulu untuk belajar bersungguh-sungguh bila dapat peluang belajar rasanya dah dikotakan. Harap-harap result membanggakan. Tak dapat jadi pelajar terbaik pun tak pe. Yang penting CGPA mesti gempak. Sesungguhnya, " PERJUANGAN BELUM SELESAI ". Untuk Aini, Fathil serta semua yang masih mahu meneruskan perjuangan,.....semoga apa yang dihasratkan terapai. Semoga gelaran Dr. Noraini Baharuddin yang diidamkan terapai. Sama-sama kita berdoa ya. "SELAMAT PENGANTIN BARU" untuk Yong ( cikgu di SKPP1 ) pada 3hb Disember dan Noor Aida Ruzlin ( bekas pelajar di ITTAR ) pada 4hb Disember. Maaf ya tak dapat nak menghadiri majlis kalian kerana kekangan peribadi ( ayahanda tercinta berada di hospital tika dan saat ini ). Al-Fatihah buat nenda (sebelah ayah) yang telah kembali ke rahmatullah pada 4hb Disember 2005. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Setiap yang bermula pastinya akan berakhir....
No comments:
Post a Comment