HOLIDAY

Saturday, May 28, 2011

tak suka

yang pasti, sai ibu tak suka kejutan atau benda2 yg tidak dirancang dari orang lain. tak sukerrrr!!!!

satu lagi benda yang tak disukai iaitu bila cik abang mula membebel. pepagi nak bebel, balik keje nak bebel. rimasssssssss. budak2 la punya pasal...tak mo dengar cakap ayah. hishhh...suker benar ayah bebel kan korang ek. yang sakit telinga, ibu laaaa.

now rumah sepi. ibu tinggal sorang. ibu mogok. fullstop.

Monday, May 23, 2011

HARI GURU 2011

tahun ni, inilah hadiah2 yg saya dapat sempena hr guru.ini t-shirt bdk2 pengawas bg. kertas tu ialah tiket melancong ke perth selama 3mlm 4 hari. atau kalu x mo pegi, boleh dpt rm1000. hakak x leh nak pegi rasanya. kesuntukan masa untuk terbang sana sini.
hadiah2 lain. mug banyakk macam biasa. frame gambar pun banyak. selendang pun ada beberapa helai..hmm..alahai...cikgu tak pakai selendang la. sudahnya, abis dikebas adikku. tak per..asalkan pakai. buku resepi pun ader gak. ha ha...mentang la cikgu ko ni malas masak. perli la tuh..tahun ni byk dapat marker pen n juga coklatt. makin gemuks la cikgumu ini. kui kui

ini bukan nak tayang hadiah ......sebabnya tau bukannya ghamai pun yg baca. cuma utk reference masa2 depan. untuk dikenang2 semula. tu ajer.

hmm...bebudak dah mula pekse. yeay! minggu depan coti walaupun bukannya coti bebetul pasal kakak ada kelas tambahan n minggu kedua ada latihan gymnaestrada plak. hu hu hu

Tuesday, May 17, 2011

selamat hari-hari

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia. Mendidik tanpa mengeluh, insyaAllah, pahalanya berganda. once mengeluh, hilang pahala kita. agak-agaknya dah berapa banyak yang ditambah dan ditolak selama ini? boleh ke mulut kita diam tanpa berkeluh kesah dengan bebanan tugas yang semakin merapu dan bertambah? masing2 jawab sendiri ya. semuanya dari hati.

SELAMAT HARI WESAK juga. selamat bercuti sebenarnya. lega kejap tapi tak suka betul bila hari cuti ni diganggu dengan berita yang satu itew. hilang terbang melayang-layang moodku. arghh...nyampahhhh. penat kaki berjalan membawa budak tahap 1 jalan2 ronda KL ahad lepas, tak abis lagi nih. melayan mulut celupar budak2 tu lagiii...wahh...hangin cikgu dibuatnya. mau jer ditampar2 mulut itew. haa...kan dah mengeluh tuh. budak2 zaman sekarang..bukan heran ngan cikguu...

hari guru we all sambut 20hb tapi cikgu2 dah start dapat hadiah dah. hmm...hadiah tak beli lagi nih. bebudak tu sibuk dok tanya hadiah...wei....korang ada duit beli la sendiri. kalau tak de duit, diam jer. pandai la ibu nak buat cam mana. tapi masalahnya, sampai skrg ibu tak tau nak beli apa. ronda2 soping kompleks pun masih belum dapat idea. nak buat sendiri dah tak sempat dah. kertas pekse pun lom abis buat nih. adoiii..tak per..masih ada masa. masih ada masaaa.

okeh. lapau. nak makan cekodok yg baru masak tuh. chow.

Saturday, May 07, 2011

bakul hantaran

lama sungguh saya tak muncul. ada juga menghasilkan bahan tapi too bz to upload. bz la lately kat sekolah ditambah lagi dengan rasa M yang melampau. tenet pun dah tak selalu buka. wahh...nampaknya rosliza boleh hidup tanpa tenet la. ha ha ha...ok la tu kan. he he

this is the latest hasil kerja tanganku. tempahan cikgu lin untuk adik lelakinya yang telah pun selamat menikah hari ini. esok kenduri di pihak perempuan yang juga merupakan adik kepada kawan cik abangku. so we all dapat dua-dua jemputan la.cabaran menyiapkan bakul2 ni kerana saiznya yang tak sama besar kerana dibeli sendiri oleh cikgu lin. juga masa yang terhad kerana cikgu lin tak mention tarikh sebenar. ingatkan nak guna cuti sekolah nanti. walau bagaimana pun, setelah berhempas pulas setiap petang dan malam minggu ni, akhirnya selesai la juga. ni la sebahagiannya. 5 bijik jer yang nak kena siapkan tuu...he he..kecoh.

3 soklan pekse nak kena siapkan tapi masih malas. hmm..kena buat..kena buat...nanti kena marah ngan kp. huwaaa huwaaa..

dikesempatan ini, ingin daku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu didunia ini especially untuk ibuku PN. SITI NOH IBRAHIM yang begitu tabah menempuh keperitan hidup dari kecik sehinggalah sekarang ni. nnati mak ya...umah on the way. semunya untuk mak.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...