HOLIDAY

Thursday, February 24, 2011

bunga-bunga cinta orang nak kawen

ahaks...panjangnga tajuk ek.

saya dah siapkan bunga-bunga cinta tempahan bakal pengantin kat sekolah saya. Cikgu Noraini akan melangsungkan perkahwinannya pada cuti sekolah yang semakin hampir nih. Selamat Pengantin Baru diucapkan pada Cikgu Noraini. Kak za tak leh gi kot...fuh..fuh...harap Cik Low tak jadik bawak kamek gi Perlis. Perlis ya Ann? Ke kEdah? Sudah lupa laaa.

hmm...sempat gak siapkan label2 baru untuk zaazy touch punya blog. he he..
ni hah hasilnya.
ini sebagai profile pic.
ini pulak banner blog.
ini .... label pakaging. ahaks..

n inilah hasil 100 kuntum brooch bunga-bunga cinta itew.

Tahniah diucapkan pada cikgu Raja sang arjun kepunyaan cikgi Raihan yang telah berjaya dengan permohonannya untuk melankutkan lagi pelajarannya ke peringkat yang lebey tinggi. bz...bz...bz... he he

n tahniah kepada diri sendiri kerana pertandingan perarakan dan selawat ari tu, kelasku telah membolot tempat pertama bagi tahap 1. walaupun keputusannya blom diumumkan, tapi diriku secara tidak sengaja telah melihat sijil penghargaan kepada pemenang, semasa pegi mengadap puan guru besar pada hari semalam. yeay!

weekend ni akan dihabiskan di JERAM, KUALA SELANGOR bersama cikgu cikgi sekolahku... n familyku. ha ha ha ha ha

Friday, February 18, 2011

memacam

hah...sebenarnya tak tau nak letak n3 apa. ha ha. boleh jer la tu kan.

semalam pulun menyiapkan ini:untuk anak-anak didikku. tq encik ayah yg tolong potong2 huruf n surf tenet for the pic untuk ibu tiru. he he. ari ni ada sambutan maulid nabi kat sekolah. meriah sungguh tahun ni. banyakkk sungguh hasil2 tangan bebudak. tahun lepas kureng sket. keputusan pertandingan selawat n berarak - senin baru tau. menang ke? huwaa huwaa huwaa....tak tau. nanti kita buat pengumuman ya.me n beberapa orang bebudak kelas. tak sempat la nak panggil semua n amek gmbar cm tahun lepas.

minggu lepas sambut raya cina kat sekolah. alamak....... tak update lagi blog sekolah. haa..tangguh lagi update. kan dah bertimbun berita. harap tak basi.

sekarang ni tengah siapkan tempahan ini:100 kuntum bunga2 cinta-tempahan orang nak kawen. cenderamata untuk kengkawannya. insyaallah, senin dah boleh deliver. tinggal nak cantum daun n pin n plastikkan.

ok. chow. cik abang dah tunggu nak solat. bubaiiii.

Tuesday, February 15, 2011

hilang

hilang lagi...

memacam la hilang dok tang ni. berapa kali dah mengalaminya.

dulu2, masa ada WCN, tak begerak kete tu pasal ada orang curik apa binatang ntah dalam kete tuh...kena la ganti..rege? mahai la kalau melibatkan benda2 yg boleh gerakkan kete ni kan...

peh tu, JAGUH, beberapa kali jugak ilang kaberator...sebijik je dah 600 hengget. beberapa kali ilang maknanya lebih 1000 hengget jugak terbang. WRD ilang sport rim nya. nat penutup lubang angin pun diameknya. Kalau kemek sana sini tu biasa la...calar sana, calar sini.

kalau manusia tak kejekan, cik SITI pulak buat keje. digigitnya wayar2 yang ada. tak ganti, tak bahayaa....jadi kena la jugak ganti. WKY kena gigit dah dulu. skrg menyerang WRD tapi dapat di bendung lagi buat masa ini. tanda2 serangan tu memang dah ada la..

hari ni, terbantut niat kami nak kuch kuch hota hei berdua2 ngan moto apabila turun jer tgk motor dah tak de. sekali sebijik motor diangkutnya.

ni la rintihan orang duk umah murah, tak de sekuriti bagaiii. pagar pun tak dek.

SEMANGAT YANG HILANG!

Sunday, February 06, 2011

sepi coz bizi

salam semua...he he..biaser la blog ni kalu tak berupdate tu means the owner is beri2 bz.

dah habis dah cuti seminggu sempena raya cina n hari wilayah. rasa cam cuti pertengahan sem. tapi tak bestnya, abang zharif still sekolah lag. tapi tak pe. budak2 dah puas bawak main kat desa waterpark. now their faces are turning to ...tak tau nak kata. tukar kulittt!!!. kakak sibuk dok carik apa yg boleh memulihkan rupa paras montelnya itew. haa...dia dah pandai malu. mujur la sekolah semua pompuan. tu la..masa main tak henggat donia. wa ka ka ka ka.

start ahad lepas sampai isnin, sibuk la menanda buku2 yang menimbun n siapkan tempahan kengkawan mak su Dira. lama tol tak menjahit nih. kui kui.

ni hah hasil untuk kengkawan mak su.
banyak jugak keje sekolah bawak balik selain buku2 yang nak kena tanda. register...malam ni siap la. yg buncinyer, ade gak la parents yg tak reti nak isi bagi lengkap borang2 yg diberi. maleh tul derang nak tengok surat beranak anak2 memasing. end up dengan kerja ku juga yang tak siap. hu hu..alamak...kakak n aiesya punya borang smm tak print lagi. tapi tak pe..dah ada dah dlm simpanan..update sket n print jer. senangggg! he he

ni pulak tempahan ticer aini untuk dirinya n anak2 nya. first time buat donat n burung antu n singa n tice tuh.
sangat suker ngan tice tuh. hope tice aini pun suker gak.

okeh. nak gerak ke giant jap. cik abang nak carik sesuatu n madam teringin plak nak makan eskrem. okeh. bubai.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...