HOLIDAY

Tuesday, August 31, 2010

candy time lagi

sukernya nak dapat barang2 free ek? bila lagi kan? tu pun kalu beruntung dan bertuah badanku ini.

kali ni blog si Farrah pula yang organize.

hadiahnya :

syaratnya:

1. be her follower -done
2. Add candy pic to my blog, with a link back to candy, n help her to spread the word -done
3. Add my name to Mr.Linky -done

hmm...hope i'm the lucky winner. Yee ha!

Prove:

Sepan bob n miss Bee

cabaran terbaru
atas permintaan khas
kekanda kak Che

Monday, August 30, 2010

cerita weekend ini

semalam, kali ke-3 kami berbuka di luar rumah. semalam,..bukan semalam, Sabtu 28 anak2 request nak makan McD. Ibu pun dengan sukernya setuju pasal tak payah masak. Ari2 masak sampai tak tau nak masak apa..he he ..alasan kan?

so pegi la kami ke McD Petronas Ampang Jaya yang dekat Ampang Puteri tuh, pasal sblm tuh dah gi McD Taman Dagang tapi udah penuh daa.

Lepas melantak, sementara menunggu anak2 main n encik abang dok borak ngan member lama McD dia, ibu suruh kakak beli Rocky. Udah lama tak makan sejak sejak poser nih. hi hi. moh layan gambar ibu makan.n dua ari ni ibu dok pulun ngabihkan tempahan. tak la abis pun lagii..tapi banyak la jugak dapat siapkan sesambil main game n main game. ha ha. kalu kon sen te rate, lagi banyak dapat.


adventure sket untuk buat yg kat bawah ni..sket jer adventurenya pasal first time. amek masa sket. peh ni ok la. ewahh...cm bnyk je nak buat bunyi nya ek? ha ha

Sunday, August 29, 2010

Blog Candy Time!



i'm joining this contest.

look at the prizes..hope this will be mine this coming 1st September. :):):) . Last minute but yaa...better late than never isn't it? I'm just trying and wish myself "GOOD LUCK". ha ha.

come crafters...lets join these Candy Time. Click here to go to Paperinkcolor for the advert.

lucky ,
unlucky,
lucky,
unlucky,
lucky ,
unlucky,
lucky,
unlucky,
lucky ,
unlucky,
lucky,
unlucky,
lucky,
:
:
:
:

the prove:
oh noooo...number 353. is that my lucky number?

Thursday, August 26, 2010

susunnn..




kasut bersepah..

maka si ibu memanggil anaknya.
" zhaim, meh sini susun kasut ni"

maka si anak pun datang dan susun.
si ibu tak pantau sebab si anak biasanya dah tau nak susun cam mana.
si ibu sibuk menyiapkan juadah berbuka
sambil siapkan tempahan.

n hasilnya ..hik hik...dah malas la tuh.
kakak2 n abang lagi malass.
main tinggal jer kasut lepas bukak.

n kasut2 tu stay dlm keadaan gitew sampai la pagi ni.
he he

n this one, my lastest hasil.
br jer nak selesai dan sampai banyak lagi pesanan.

Sunday, August 22, 2010

menyiapkan order



penat wei menyiapkan order. ada beberapa lagi yang lama n ada pulak lagi tambahan yang baru. erk...

Thursday, August 19, 2010

order

anakanda alia punyer keje..
diambeknya order dr kengkawannya setelah kengkawan melihat yang dia punyer.

yang parah...IBU laa.
dia tido awal lagi, ibu kena ngadap sensorang.
pagi kalu ibu tak tejaga korang nak bersahur,
nasib la ek. minum air sejuk jer la sahur.

bebudak yang ngoder pulak senget,
ari ni order, esok dah tanya dah.
hand made ok! masa terhad nak buat benda nih.

tak de keje carik keje..hu hu

ni je la yang mampu disiapkan.
N3 ni sekadar untuk mengingatkan mana yang dah setel, mana yang blom jer.
Cikgu Lehan, u wait for ur turn ya.
kak za memang nak jahitkan sesuatu..he he

Sunday, August 15, 2010

hasil hari ni


shiny sket gmbr tu. kamera encik abang kuat benar flashnya. mine udah gila. amek gmbr leh jer...upload asyik fail. nyampah. tanda nak kena sabar bebanyak. sbnrnya nak kata ... nak kena baling... he he he

k..nak gi sental baju sekolah pulak.

Saturday, August 14, 2010

felt craft lagi dan cerita anak muridku

bila tengah gila ni kan,...ade je la benda yang nak dihasilkan. tunggu ar bila dah bosan, sah semua benda tinggal tegedang cenggitu jerk.

hari ni dapat hasilkan lady bug ngan cup cake untuk aiesya. n siapkan bookmark kakak alia. dalam kepala ni ade lagi benda nak buat. he he...tunggu ar bila kerajinan itew timbul semula. ehee hee


cerita kat sekolah.

semalam, masuk kelas,...amek kedatangan dulu. tetengah menanda..ada yang datang mengadu.

"Cikgu, Sara ngan Aina mintak duit Fatin. Kalau tak bagi, dia tak nak kawan."

"Ok..panggil Sara ngan Aina sini".
hu hu....ade ade ajer la derang ni.

tanya punya tanya, bukan derang laa...si Natasya la pulak disebut.

"Mana Shahira Natasha? Panggil dia sini".

Maka datang la budak itew ke meja cikgunya ini.

"Yang lain, pegi balik tempat duduk masing-masing. Cikgu nak becakap dengan dia sorang jer. Sementara tunggu, baca buku teks muka surat 88 dan 89. Kejap lagi cikgu soal".


Derang ni kebiasaannya suker benar berkemurun keliling meja cikgu bila si cikgu ni masuk. Selalu laa cikgu kena tanya derang,

"Ada cikgu panggil awak?" atau
"Yang awak datang sini buat apa? Ada cikgu panggil?" atau
"aa..aaa....jangan datang. duduk kat tempat awak. cikgu nak mula mengajar ni"

ade ar lagi dialog2 lain.

si Shahira ni, bila kita tanya, tak bukak mulut. cikgu pun hangin la jugak kan. tapi bulan poser, sabar lebeh sket, so, cikgu tarik budak tu dekat2 ngan dia. tanya pelan2.

n budak tu pun mula menangis.

"awak nak duit tu nak buat apa? nak beli apa bulan2 poser ni?"

ader la berkali2 jugak cikgu kena tanya tukar2 soklan tapi tetap bermaksud sama.

n bila dia jawab, jawapannya..
" saya beli makanan berbuka" owh..cikgu sudah hairan.

"pegi sekolah mak bagi berapa ringgit?"

"RM1.50"

"Awak buat apa duit tu?"

"Mak suruh simpan".


hmm....budak ni lurus betul. mak suh simpan untuk buat belanja beli makan berbuka la tu kot. tapi cikgu dok pikir, beli apa laa ngan duit RM1.50 tu kan?

"Tak de orang ke kat rumah? Mak mana?"

"Mak keje. balik malam."

"ayah?"

"Ayah pun keje. balik malam"

"awak tinggal sorang ke kat rumah?"
- dia jawab ngan anggukan kepala.

Cikgu heran lagi...beraninya mak dia tinggalkan dia kat umah sensorang gitew. baru derjah 3 budak ni.

"Awak tak de abang? kakak? adik ada tak?"

"Ada abang. adik ada 2 orang. kecik lagi tinggal dengan makcik yang jaga sebelah rumah ".

"ooo...abis abang berbuka dengan apa?"

"abang sekolah petang"
- maknanya masa berbuka tu tak sampai umah lagi la.

hmm... budak ni mangsa keadaan. siannn.. bukan salah dia pun. cikgu tanya, tanya, tanya lagi nak clarify the situation. hmm..saper kata CBN tempat bebudak anak orang kaya? yang kaya memang ada, tapi yang tak berapa nak kaya pun ghamai jugek arr.

"awak rasa nak beli apa bila pegi pasar Ramadhan tu?

lama gak dia nak jawab. last2 dia jawab... "roti john"

roti john dapat ke RM1.50? sekarang semua makanan dah naik harga dah kat PARAM tu kan? tu pengalaman sehari membeli kat PARAM hari kedua puasa ari tu. memang dah naik harga.

ngelas2, cikgu cakap,

"cikgu tak salahkan awak. tak per, lepas ni jangan mintak kat kawan dah ya. dia orang pun tak de duit. cakap dengan cikgu. nanti cikgu bagi. balik nanti, jumpa cikgu dulu ya."

n cikgu bekalkan duit buat belanja sampai hari Ahad coz katanya, Sabtu pun, ayah n mak dia keje jugak. n perkara ini telah dibawa ke pengetahuan cikgu kaunseling.

seronok budak tu dapat bekal dpd cikgu. n cikgu terus cucuk jarum kat dia... "cikgu nak awak belajar betul2. jangan main2 dah tau." harap dia ingat pesan cikgu tu. Cikgu siap bagi panduan kat dia bila masa yang sesuai dia belajar lepas sesi soal siasat tuh n dah tau keadaan dia n agihan masa dia di rumah.

kat kelas tu juga, cikgu ni discover masa subjek Kesihatan... rupa-rupanya ada juga yang tak pernah mak ayahnya wish masa birthday nya, apatah lagi bagi hadiah. Harap2 rakan2 yang lain tu sedar betapa beruntungnya derang. siap dapat buat sambutan walau pun kat umah. Tu belum lagi yang sambut kat restoran, kat tempat2 mewah, kat pusat boling dan sebagainya. hmm..

apa2 pun, good luck to them including my girls yang akan exam this coming Monday.

Friday, August 13, 2010

Latest..

projek tergendala kerana kerja.

tadi dah selesai stepler kertas exam. terasa lega..kebetulan bebudak tusen malas nak tusen, so balik awal la jugak. balik2, lps tgk2 apa yg nak dimasak, ngadap felt. n sambung3, sambil masak, sambil buat tenet, main game ar..apa lagi kan...sampai terhasilnya ini.


bunga kuning besar tu nak buat bookmark..lom siap lg tu. tgk ar kalu ghajin. hmm..tp ada lagi ar keje skolah nak kena siapkan. yg tu lagi penting.. hmm.. ala..banyak masa lagi. dua2 tu request anak daraku yang comel montel tuh. ahaks..kakak alia suker..maka ibu pun suker. dah gitu, aiesya pun suker, maka dia pulak request. uhu hu hu.

ibu kena buat la jugak. sat gi kata ibu pilih kasih. he he..nak rehat. ok. adios.

Friday, August 06, 2010

ejaan


cantik jer derang print, tapi salah jugak ejaannya tuh. ditampalnya jugak walaupun tu mejelis peringkat antarabangsa. dahsat sungguh manusia yang meluluskan penampalan itew.

Wednesday, August 04, 2010

My Best Buddy

clip_image002

unexpected actually…she wrote this for an essay competition  held in school yesterday and was emailed to me by Pn. Rozila.

Tq kak Rozi n i love u too my darling alia. n not forgotten abang, aiesya n zhaim. muah muah muahhsss

Tuesday, August 03, 2010

leaving the house again

preparing to leave the house again.
this time i'm going to be at PD from today till Thursday for a briefing for
something related to UPSR.

just received sms from a friend who already there:

"the government really don't have $
so this time we have to share 4 in one room.
Please bring me shampoo and sabun."

last time only two in one room.
ha ha...biasa la tuh.
till now, bag tak siap lagi.
kejappp je lagi nak gi.
malas!!

Sunday, August 01, 2010

hasil...

banyak pulak nak update ek.
kalu tak dek tu, tak dek langsung.
he he

siap dah projek pertama,
buah tangan untuk 3 dara pingitan
kepunyaan Puan Mei.
saja kusediakan untuk membalas
segala jasa mereka sekeluarga
yang sentiasa membantu
melancarkan tugas-tugas
dan kerja-kerja saya
di sekolah n green house especially... he he
n kebetulan, ketiga2 mereka
pernah dan sedang belajar math denganku.

menang..

1 OGOS 2010, BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP
MAJLIS PERBANDARAN SERDANG JAYA :

KEMENANGAN MILIK MEREKA.


Koir ke final

tajuk yang lebih sesuai untuk blog sekolah, tapi cam tak best je update ke blog sekolah pasalnya bukannya ghamai yang masuk blog sekolah. orang atas pun tak masuk. ada yang baru nak tanya pasal apa tak leh bukak pada hal tak reti bukak sebenarnya. org lebih sibukkan fb jer sekarang. so buat apa buat keje yang sia-sia kan?

Pictures

udah janji ngan mis low, if selected, then i’ll go follow the kids. sekali memang terpilih daa…so pagi ni akan berangkai2 ngan anak2 yang tak dek sape leh jaga coz ayahnya bz, memfollow kakak alia ke serdang. kabarnya sampai petang ari ni ek? ho ho. ni baru saja selesai memberus baju2 sekolah bebudak n kasut sekolah aiesya yang tertangguh malam tadi akibat tak dek letrik. ade jer kol 2 tadik, kes tak leh tido pasai nyamuk banyakk time tak dek letrik tuh, terus je la sambung. n sementara tunggu mesin basuh siap memproses, tenet laa.

now 4.27 n mesin dah selesai n dah ngantuks, nak tido sat. kejap pun jadik la kan? hopefully menang lagi hari ni. CBN 1 memang excellent. huh huh…perasan cikgu yang perasan. heh heh.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...