Saturday, August 14, 2010

felt craft lagi dan cerita anak muridku

bila tengah gila ni kan,...ade je la benda yang nak dihasilkan. tunggu ar bila dah bosan, sah semua benda tinggal tegedang cenggitu jerk.

hari ni dapat hasilkan lady bug ngan cup cake untuk aiesya. n siapkan bookmark kakak alia. dalam kepala ni ade lagi benda nak buat. he he...tunggu ar bila kerajinan itew timbul semula. ehee hee


cerita kat sekolah.

semalam, masuk kelas,...amek kedatangan dulu. tetengah menanda..ada yang datang mengadu.

"Cikgu, Sara ngan Aina mintak duit Fatin. Kalau tak bagi, dia tak nak kawan."

"Ok..panggil Sara ngan Aina sini".
hu hu....ade ade ajer la derang ni.

tanya punya tanya, bukan derang laa...si Natasya la pulak disebut.

"Mana Shahira Natasha? Panggil dia sini".

Maka datang la budak itew ke meja cikgunya ini.

"Yang lain, pegi balik tempat duduk masing-masing. Cikgu nak becakap dengan dia sorang jer. Sementara tunggu, baca buku teks muka surat 88 dan 89. Kejap lagi cikgu soal".


Derang ni kebiasaannya suker benar berkemurun keliling meja cikgu bila si cikgu ni masuk. Selalu laa cikgu kena tanya derang,

"Ada cikgu panggil awak?" atau
"Yang awak datang sini buat apa? Ada cikgu panggil?" atau
"aa..aaa....jangan datang. duduk kat tempat awak. cikgu nak mula mengajar ni"

ade ar lagi dialog2 lain.

si Shahira ni, bila kita tanya, tak bukak mulut. cikgu pun hangin la jugak kan. tapi bulan poser, sabar lebeh sket, so, cikgu tarik budak tu dekat2 ngan dia. tanya pelan2.

n budak tu pun mula menangis.

"awak nak duit tu nak buat apa? nak beli apa bulan2 poser ni?"

ader la berkali2 jugak cikgu kena tanya tukar2 soklan tapi tetap bermaksud sama.

n bila dia jawab, jawapannya..
" saya beli makanan berbuka" owh..cikgu sudah hairan.

"pegi sekolah mak bagi berapa ringgit?"

"RM1.50"

"Awak buat apa duit tu?"

"Mak suruh simpan".


hmm....budak ni lurus betul. mak suh simpan untuk buat belanja beli makan berbuka la tu kot. tapi cikgu dok pikir, beli apa laa ngan duit RM1.50 tu kan?

"Tak de orang ke kat rumah? Mak mana?"

"Mak keje. balik malam."

"ayah?"

"Ayah pun keje. balik malam"

"awak tinggal sorang ke kat rumah?"
- dia jawab ngan anggukan kepala.

Cikgu heran lagi...beraninya mak dia tinggalkan dia kat umah sensorang gitew. baru derjah 3 budak ni.

"Awak tak de abang? kakak? adik ada tak?"

"Ada abang. adik ada 2 orang. kecik lagi tinggal dengan makcik yang jaga sebelah rumah ".

"ooo...abis abang berbuka dengan apa?"

"abang sekolah petang"
- maknanya masa berbuka tu tak sampai umah lagi la.

hmm... budak ni mangsa keadaan. siannn.. bukan salah dia pun. cikgu tanya, tanya, tanya lagi nak clarify the situation. hmm..saper kata CBN tempat bebudak anak orang kaya? yang kaya memang ada, tapi yang tak berapa nak kaya pun ghamai jugek arr.

"awak rasa nak beli apa bila pegi pasar Ramadhan tu?

lama gak dia nak jawab. last2 dia jawab... "roti john"

roti john dapat ke RM1.50? sekarang semua makanan dah naik harga dah kat PARAM tu kan? tu pengalaman sehari membeli kat PARAM hari kedua puasa ari tu. memang dah naik harga.

ngelas2, cikgu cakap,

"cikgu tak salahkan awak. tak per, lepas ni jangan mintak kat kawan dah ya. dia orang pun tak de duit. cakap dengan cikgu. nanti cikgu bagi. balik nanti, jumpa cikgu dulu ya."

n cikgu bekalkan duit buat belanja sampai hari Ahad coz katanya, Sabtu pun, ayah n mak dia keje jugak. n perkara ini telah dibawa ke pengetahuan cikgu kaunseling.

seronok budak tu dapat bekal dpd cikgu. n cikgu terus cucuk jarum kat dia... "cikgu nak awak belajar betul2. jangan main2 dah tau." harap dia ingat pesan cikgu tu. Cikgu siap bagi panduan kat dia bila masa yang sesuai dia belajar lepas sesi soal siasat tuh n dah tau keadaan dia n agihan masa dia di rumah.

kat kelas tu juga, cikgu ni discover masa subjek Kesihatan... rupa-rupanya ada juga yang tak pernah mak ayahnya wish masa birthday nya, apatah lagi bagi hadiah. Harap2 rakan2 yang lain tu sedar betapa beruntungnya derang. siap dapat buat sambutan walau pun kat umah. Tu belum lagi yang sambut kat restoran, kat tempat2 mewah, kat pusat boling dan sebagainya. hmm..

apa2 pun, good luck to them including my girls yang akan exam this coming Monday.

5 comments:

♥Azie♥ said...

salam..selamat berpuasa..salam ramadhan

BaiDuRi said...

hmm..tu la..bertuahnya anak kita tak lalui mcm bdk2 ni..kdg2 kisah mcm ni kene cerita selalu kat derang supaya lbh bersyukur dgn apa yg ada skrg..Nak salahkan mak-bapak 100% pun takleh gak sbb keadaan hidup skrg mmg terpaksa bekerja tak tentu masa tuk besarkan anak2..cumanya jangan sampai abaikan amanah tuhan..

teacher jessy said...

Hi I am touched with the story of your student and how you have helped her. We need more teacher like you these days. Not only to teach but also to know them better. I do wish that girl will get more attention from her parents :) You are one good crafter too! Nice blog you have here!

~ Ibu ZAAZ ~ said...

tq for the visit teacher jessy. i always say lantak laa, but still as a teacher, i cannot lantak la. will always think of them n try to do my best.

i'm sure more good teachers r out there some where. :)

Shimah : kita tak tau cam mana kehidupan derang so tak leh nak cakap sangat la. memasing ada masalah memasing. kita cuba bantu ikut kemampuan kita jer.

Azie: Selamat menjalani ibadah puasa.

ann said...

comel n memang kreatif bila nak ajar nie nak tgk mcm mano lor kak za buat