Minat membaca ditambah lagi minat mengumpul novel-novel alaf terutamanya menyebabkan aku masuk pertandingan ni. Mana la tau ada luckhari jadi kan,.... boleh la dapat novel free. Puas la suruh Aiesya bergaya ngan buku-buku koleksiku tu. Kenapa dia? sebab dia yang ada kena mengena...he he.
ini lah gambar yang dihantar bersama email ke alaf semalam.
so hari ni dapat mesej reply from alaf:
_________________________________________________
Sdri Rosliza,
PENERIMAAN E-MEL PERADUAN AKU DAN BUKUKU
Pihak kami telah menerima emel anda bersama dengan kepilan foto anda untuk
PERADUAN AKU DAN BUKUKU.
Dengan itu, anda tercalon untuk dipilih menyertai peraduan tersebut. Sila layari laman ALAF 21 untuk mengetahui sama ada anda terpilih sebagai pemenang.
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada
kami dengan menyertai PERADUAN AKU DAN BUKUKU.
ALIFIN
Tuesday, July 29, 2008
Sunday, July 27, 2008
Hari ini
hari ini 26 Julai 2008 11.56 pm
Mesej daripada bff sampai ucap selamat. He he...awal lagi alarm dia dah bunyi. so u r the first person who wish me for my birthday. tq An atas ingatan.
hari ini 27 Julai 2007
mesej pertama hari ni yang sampai di hpku ialah dari Jaimi. Teman lama yang sentiasa mengingati dan baik hati. Tq Mi.
alarm ayah berbunyi juga untuk mengingatkan dia. Kalau reminder tu tak berbunyi,....ingat tak dia? hmm...
Sejambak bunga beserta mesej sampai di hpku dari W.Z.Syima. Thanks syima. Ingat awak ek sebab sebelah-sebelah je ngan pian punya birthday ek?
tengah hari mesej kak G masuk. Tu la last birthday mesej yang ku terima di hp ku sehingga sebelum maghrib.
tengah hari pegi rumah mak celebrate birhtday sekali ngan syafiq yang dah sambut 25hb. aku selalunya menumpang dia je.. mama beli KFC. makan ayam la kita orang. erkk..kenyang. Kita orang beli kek. Harga kek pun dah makin mahal ooo....tak pe la. Memang sambutannya cam tu cam tu je tetiap tahun.
balik dari umah mak, pegi pandan capital. Betulkan LCD screen hpku yang tiba-tiba di hentam pintu akibat tiupan angin yang kuat sebelum bertolak ke rumah mak tadi. sebagai hadiah hari jadi, ayah belikan ibu nokia 5200. biar la tak mahal pun. Tq dear. hp tu sama ngan hp an cuma warna je lain. hp yang tu ayah pakai. hp ayah bagi kat abang dan satu lagi untuk kakak. Nak senang, daftar pulak family plan maxis.
satu hari lagi untuk sambut birthday ibu....30hb nanti. Best nya ada dua tarikh. keh keh keh.
Monday, July 21, 2008
Edaftar
Result edaftar dah dapat hari ni. Bukak sampul tengok senarai gagal. Hmm...budak-budak kembar tu ditendang ke SK Taman Midah la. Alhamdulillah Nasya dapat masuk. Budak Fatini yang ayahnya kena datang tiga empat kali isi borang tu pun dapat. Dahlia Iman yang daftar bukan main awal tu pun dapat. Seronoknya bila orang lain seronok anak dia dapat masuk CBN1. Itu lah perasaan yang saya tunggu-tunggu selesai menghantar data bulan lepas. Hmm... dah boleh mula key-in 2010 punya registration. Anak kak Zura, anak Bariah, anak saya juga si aiesya, anak kak Laili si Salma, semua akan masuk 2010. Risaunya ngan Aiesya...boleh ke membawa diri?
Friday, July 11, 2008
family day
Minggu ni cikgu2 sibuk bertanya dan tertanya-tanya nak bagi apa dan siapa dapat siapa untuk bertukar-tukar hadiah. Jenuh juga memikir nak bagi apa. seronoknya semua orang nak pegi Melaka esok. Me myself planned to bring not only my family but also my mom, my brother n my sis-Lela. First time la ni nak bawak depa pi bercuti. Memang lama dah nak bawak tapi tak berkesempatan. Ini lah masanya. Hadiah tahun ni pun meriah sungguh. Thanks a lot to Pn. Shila.
Tengah hari while searching for "something" for Alia to wear untuk fancy dress competition, Dod called. Mak kat hospital. Oh Tuhan...janganlah jadi apa-apa. Hmm...rasanya macam tak jadi pegi je. Hadiah yang perlu di bawa ke Melaka dah bagi kat Haslina in case tak boleh pegi. Balik, tunggu ayah, beli hadiah untuk Mdm. H dan terus ke HUKM. Mak kena tahan di wad. Ada kuman dalam paru-paru dia. So we decide not to go to Malacca. Alia bekeras nak pegi. Ok la kakak. Kakak pegi la ngan Puan Raihan. Esok ibu hantar kakak ke rumah Pn. Raihan.
Harap la sakit mak tak berlanjutan. AMINNN..
Tengah hari while searching for "something" for Alia to wear untuk fancy dress competition, Dod called. Mak kat hospital. Oh Tuhan...janganlah jadi apa-apa. Hmm...rasanya macam tak jadi pegi je. Hadiah yang perlu di bawa ke Melaka dah bagi kat Haslina in case tak boleh pegi. Balik, tunggu ayah, beli hadiah untuk Mdm. H dan terus ke HUKM. Mak kena tahan di wad. Ada kuman dalam paru-paru dia. So we decide not to go to Malacca. Alia bekeras nak pegi. Ok la kakak. Kakak pegi la ngan Puan Raihan. Esok ibu hantar kakak ke rumah Pn. Raihan.
Harap la sakit mak tak berlanjutan. AMINNN..
Monday, July 07, 2008
HAPPY BIRTHDAY ABANG
Hari jadi abang yang ke-10. Dah besar anak teruna ibu rupanya. Hadiah apa nak bagi kat abang? Entah la ya. semalam cari bag baru untuk abang tapi tak jumpa yang bekenan. Tambah lagi si Zhaim tido. Jenuh carry budak yang tido tu ke hulu ke hilir. Hari ni nampaknya ayah sibuk. Ibu pulak hari ni puasa so ibu tak rajin nak bejalan pi shopping walaupun ada yang mengajak tadi. Tu pun sempat juga amik kelas tambahan orang yang tak datang. Susah oooo ngajar bidan terjun ni. Tak prepare tak berapa ak confident. Nak ditolak, payah. Tak pe la. Dapat la jugak RM20 hari ni.
hmm....bila nak beli hadiah abang? Abang kata abang tak nak kek. Ibu tak beli pun bang. Nanti tunggu ayah balik. Tengok dia beli apa. Sempat ke ayah menyinggah ke mana-mana kedai?
TUNGGUUUU...apa-apa pun, ibu doakan semua yang baik-baik untuk anak sulung ibu ni. Saaaayang Abang. Muah..muah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
Terobek hasil ilham dan kerja tangan ticer . Bila akhir tahun je dapat tugasan yang mencabar ini dan mulalah otakku ligat mencari2 idea. Men...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...