HOLIDAY

Friday, February 29, 2008

lagu arab penuh makna

masa cari2 lagu arab untuk green house, i found this video...penuh makna

Aku TanPa CiNTAMu

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Saturday, February 23, 2008

legaaa..

leganya bila dah selesai

1. dokumen sek cemerlang
2. dokumen penarafan kendiri
3. perancangan strategi tahun 6
4. sambutan tahun baru cina


yang paling penting ...

5. sukan tahunan sekolah

semalam balik lambat. kul 8 malam baru bertolak keluar sekolah...saja la nak tengok persiapan khemah...lagipun nanti parents cakap apa pulak kan kalau cikgu2 tak de walaupun bila cikgu2 buat persiapan dia orang tak de..balik gi kutip payung baru takut bebudak cheer nak guna tak cukup...letih!


walaupun rumah hijau menempah tempat yang sama 2 tahun berturut-turut,....tetap perasaan lega tu ada walaupun ada juga terselit perasaan sedih dalam keletihan. bersambung di tahun hadapan...Lin, jangan pindah tau!. Tahniah pada pasukan marching yang mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut-turut...ha..ha... haa..go jin hijau yang power!!

Monday, February 18, 2008

Mesyuarat..

hari ni kena gi mesyuarat kat Crown Princess. Pagi gi sekolah la dulu hantar alia. dalam kul 8 baru bertolak. nak mengelakkan jem, i choose to use PUTRA LRT. Jalan punya jalan...alamak, under construction la pulakk...mana nak tuju nih? mujur la ada pakguard yang baik hati bagi arahan...he he. Tq la encik gurad ya.

Jauh nya perjalanan bawah terowong. abis beli tiket, turun laa...mak aiii...ramainya orang dok menunggu. Yang bestnya..dia orang beratur daa...terkenang la zaman-zaman matrik dulu..pepagi berbaris panjang depan Kolej Telekom tu nak naik bas. Kita orang la yang paling berdisiplin waktu nak gunakan bas kampus tu kann...emapt kali train datang silih berganti baru la aku terlepas masuk. Dia orang ni dah tak kira dah...pintu tak leh nak tutup pun disumbat masuk gak badan tu...lebih baik sempit dari lambat sampai tempat keje ek. Aku pulak, 8.45 am baru sampai Ampang Park. Tercangak2 pulak nak tengok mana nak kuat...biasa la kan...orang bese naik ketee....

Sampai depan Yow Chuan taktau lak mana nak pegi Crown Princess...nampak dari jauh tapi tak tau nak lalu mana. Carik la orang nak tanya. Jam dah nak dekat kul 9.00 dah ni. Jap lagi meeting nak mula ( kalau ikut schedule la kaannn ). Mujur la ada adik guard tolong bantu bagi tunjuk arah...

Sampai gak ke tingkat 10. sebelum sampai ke ballroom, lalu la kolam renang dengan air terjun buatan....cantik dan sejuk pemandangannya. Aku sempat gak bepikir...kalau aku, tak mandi dah tang ni. kat sana tu ada tempat makan...malu la pulak orang tengok. setakat teman budak2 mandi ok kot....ahaks....berangan la pulak. ntah bila la nak menyewa tempat yang sebegituu... actually aku pun pelik gak nape la buat meeting tempat yang eksklusif like this..tak pernah lagi kena panggil meeting tempat2 cam ni.

sampai je of course la mandaftar. carik2 gak orang yang kenal...hampeh. Nape semua nampak vateren jer ni? Masuk2 carik la tempat yang ada sorang duduk dan tak de kawan....tanya la kakak tu...alamakkk...rupa-rupanya mesyuarat untuk GB laaa...kakak tu pun GPK1. Haaa..padan la tempat eksklusif. Terjawab persoalan. Nak buat cam mana kan...cikgu yang belum sah jawatan ni dok di kalangan GB2 dan juga GPK2. Masa makan, boleh gak berborak ngan depa2 tu macam la aku ni setaraf ngan dia orang....orang kata apa...masuk kandang lembu jadi lembu...masuk kandang kambing jadi kambing. ye tak? Mujur la tak jadi lembu ngan kambing bebetul. Ha ha...rosliza ni kan,...mesyuarat PT dia ada..mesyuarat GB pun dia ada.....sebenarnya dok tang mana dia ni hah?

sebelum balik, sempat meronda menu2 yang disajikan...hmmm memang menyelerakan. Tak sama ngan hidangan2 kat tempat2 yang i penah pegi before this. Tengok hotel la kann....tapi i choose not to eat coz kat kepala tepikir bebudak cheer kat sekolah. so, angkat kaki dan terus balik. Penat gak la menapak hari ni.

Tuesday, February 12, 2008

Tak Best Nyer..

1. ada orang komen pasal blog sekolah...tak guna proper grammar la...ejaan salah laa....Eiii..biasa la blog. orang tulis ngan cara yang santai gunakan bahasa i.net. Tension pulak. Dah jadi tak syok sebab kena berhati-hati menulis. Lambat jadi nya pasal kena semak semua bagi betul...payah..payah.

2.
Sukan dah makin dekat dah ni tapi banyak lagi benda belum selesai buat. Nak menjahit budak2 tu punya aparatus, sanggul dia orang tak buat lagii....tali dia orang....., dalam masa yang sama nak buat buku aturcara dan of course jaga si bobok yang selalu meragam. Latihan cheer lagi nak kena tengok...arghh...cepat la abis semua ni.

3.
Pencalonan sekolah cemerlang...masa ni jugak la nak kena siapkan. dah tu n ak kena siap sedia tunggu orang buat lawatan....hishh..memang la cemerlang tapi tak bersesuaian dengan kemudahan. Gomen la dok anak tirikan sekolah M macam kita orang. Semua nak cemerlang tapi kemudahan tak nak support cam SK yang lain. Sian kita orang semua benda terhad.

4.
Nak datang jugak pelawat Pakistan tu. Tak datang tak boleh ker? Musti tegezut dia tengok sekolah cemerlang cam tu keadaannya. Kah3x

5. Markah sukantara dan acara akhir rumah Hijau tidak memberansangkan...apa nak jadik? asyik dapat takhta nombor 1 dari belakang je nih. Hu hu...

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...