HOLIDAY

Friday, July 27, 2007

setahun lagi...

Sehari lagi umurku meningkat. hari ni dah 33 tahun. Banyak lagi benda yang nak kena buat. Orang yang pertama wish hari ni....RAIHAN. Hadiah pertama pun dari dia. Ini hah hadiah dari Raihan. Cik abang tu sure kena alarm reminder bunyik dulu baru nak ingat. dia yang second wish. hantar SMS jer. Tak ngaper la. Asal ingat. tak dela harap apa-apa dari dia. Memang tetiap tahun pun bukannya celebrate. Student ada gak yang ingat. Adik-adik pun hantar sms. Shima....TQ for the wish. TQ la semua ek . HAPPY BELATED BIRTHDAY to Jele (25hb), x-roomate ANIZAH (26hb) dan Srihani (31hb).

Selamat stand by to Dik Dah dan Masel yang tunggu masa nak bersalin. Si Fathil pun tengah berdebar-debar tu nak mendirikan masjid. 19hb depan majlis kat Kelantan. Akak doakan semoga berbahagia lah ya. Jangan lupa hantar gambar kat akak. Akan ku post kan ke blogku ini. Sorry i couldn't attend your wed day. Dah explain dah ari tu kan.To all kakitangan awam...selamat menikmati kenaikan gaji. Waaa.....aku jugak lom dapat rasa. NAK SALAHKAN SIAPA? Anyway....berbelanja dengan berhemah ya.

Tuesday, July 10, 2007

7.7.07 abang sambut birthday di Kulim. Tak de la sambut dalam erti kata sambut yang sebenarnya tapi ibu wish abang awal la kan,...pagi dalam pukul 2.00 di McD Juru. Berenti sat kat situ on the way balik Kulim. Hari yang bz dan memenatkan Sabtu tu. Kenduri kat sebelah Kulim. Balik keesokan harinya. Bertolak pukul 12.00th, sampai KL dalam pukul 6 lebih. Jem la pulak highway hari tu. Ramai gak yang balik kampung. Kalau ada eksiden, sure slow. Bukannya nak menolong pun, tolong tengok jer. Lepas kawasan tu, tak de la jem sangat. Orang Mesia memang camtu ek. Sampai kat Petronas Hulu Kelang, tayar pecah pulak. ALAMAK..........kedai mana bukak masa tu. hari Ahad,.....biasala. Kesian cik abang kena tukar tayar. Penat kenduri pun tak abis lagi.

hari ni 10.7.07, abah masuk hospital. Usus tersumbat la pulak. Wayar dah masuk kat idung. Hmmm.....

Thursday, July 05, 2007

Nikah dan Kawin

Rasanya semua orang yang berperasaan inginkan sebuah perkahwinan dan yang pastinya nak yang terbaik dan terbahagia dan tergembira dan semua yang ter...ter.... Tapi semuanya bergantung gak pada jodoh....cepat atau lambat. Keje tuhan tapi kita ni kena la usaha...ye tak? Ada orang nak kawin tapi tak de duit. Sanggup menipu asalkan majlis kawinnya grand giler. Layan pulak kehendak pasangan yang macam-macam,tak sedar diri tak berkemampuan. Maka mengalirlah air mata si ibu dan bapa yang tidak menyangka walaupun pernah terkena tipu. Ada juga yang memang nak grand, tapi ada otak, fikirkan duit yang nak digunakan masa depan. Makanya jadilah majlis yang sederhana tapi meriah juga dan penuh kenangan. Macam-macam sebenarnya perangai manusia ni.

Last week, busy prepare hantaran majlis adik ipar. Permintaan mak mentua yang nakkan menantunya ini menghasilkan hantaran, tidaklah dihampakan walaupun dalam masa yang sama,menantunya ini
banyak keje- nak siapkan soklan pekse untuk minggu depan, dan juga siapkan dokumen permohonan sekolah cluster yang diserahkan bulat-bulat oleh GB tersayang. Tak pe la mak. Liza buat juga. Pepandai la manage masa sendiri. Dua tiga hari tu, memang kejenya turun ke masjid jamek lepas sekolah, beli barang. Malamnya bersengkang mata, memerah otak menghasilkan hantaran. Tangan ni ada la beberapa kesan kena pistol liin yang panas tu. Inilah beberapa hasil keras tanganku.

Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat chik RAIS dan pasangannya NOZA. Selamat melayari hidup berumatangga. Majlis akad nikah telah selamat dilansungkan di Masjid Saidina Hamzah, Gombak pada hari Jumaat 29 Jun 2007. Ilang la cuti den dua hari.

SELAMAT PENGANTIN BARU juga buat sorang lagi bekas anak murid, HISHAMUDIN MUSA dengan MARHANIM UMAR yang akan melangsungkan majlisnya pada 8 Julai ini. Sorry SHAM ya saya tak dapat meraikan. Kena balik KULIM laa sebab kenduri kat sana on 7 Julai tu. 8hb tu baru nak berangkat balik KL. Anyway, semoga berbahagia. Shima, Helmee,Qin, Nora dan semua yang pergi, jangan lupa bagi tau kat mana nak download gambar. Kem salam ngan Sham ya.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...