HOLIDAY

Wednesday, September 23, 2009

raya keempat

masa ini diriku n family udah sampai di rumah. sebelum sampai umah tadi, singgah tesko ampang untuk beli barang nak masak. kununnya pak n mak mentuaku, serta bibik mereka juga adik2 iparku mau singgah n tidur di rumahku. kami turun dari kulim tadi beramai2. derang semua nak beraya kat KL. beria la hakak menyiapkan bahan nak masak. balik2 terus masak. bila tepon,............................................................................., tak jadik pulak nak datang n tido tang ni. tido umah adik ipar kat melawati. hu hu

so...kite masak lelambat sket la memandangkan mereka2 di rumah ini telah pun mengisi perut memasing kecuali hakak. kita isi n3 blog duluu. keh keh keh.

hampeh!! benci la benda yang tak jadik nih.

Monday, September 21, 2009

rayaku yang tak happening

bangun pagi baru la sibuk nak mop lantai n ngemas bagai, sementara tunggu mereka2 yang gi mesjid balik. then only gi umah mak. salam salam n bermaafan sambil menghulur angpau rayer diikuti ngan meeting. meeting? abang long je yang becakap tak berenti..yang lelain senyap jer n tau2 semua dah bertaburan mencari makanan kat dapur. ape ntah yang dimeeting kan...makcik tak paham. korang settlekan la. eden nanti tandatangan je.

lepas makan, gi umah jiran lama n ke rumah kak shila. alhamdulillah masih mampu mengawal nafsu makan. korang makan beria ke? then balik konon nak bersiap2 balik kulim. he he...ngadap tenet dulu walaupun mata ngantuks. acara wajib!

kul 11 baru bertolak balik. dalam kete...ape la lagi kan? ngorok laaa.

ni tengah tunggu zhaim bangun. agenda ari ni...ke Alor Setar rasanya.

alaaa.....kamera tak dek arr..

Sunday, September 20, 2009

still tak puas ati

dah pukul 3 pagi ni and i'm still searching for my peberet templet. tak jumpa lagi...akan ku teruskan pencarian. nak kena tido dah....jap agi nak bangun..rayaa...tak de mood raya la. hu hu

Friday, September 18, 2009

lagi pasal raya

ecard dari farra. tq farra.

kad raya bebetul dari student2 n mak2 student pulak :

ni pulak
kesan kebakaran di dinding n lantai.

hampir2 nak bakar rumah....disebabkan bunga api jer. belum lagi mercun bagaiii

kisahnya si Aiesya. semalam la tuu..ayah dah bawak turun main bunga api, naik atas, nak main lagi. masa pegang, bila rasa dah panas, di lemparnya bunga api yang masih berapi tu ke lantai. kebetulan atas lantai yu ada sekotak lagi yang masih blom di apikan. apa lagiii...tebakar la yang sekotak tu. dia pulak bila dah nampak api marak...melolong la. mujur ayah ada. ibu nak tido tak jadik tido..tengah malam dah masa tu.

ari ni, ibu ghajin sikit jer. mengemas ini :
n sibuk mengemas, terjumpa ini
surat beranak si zharif
yang dah sekian lama dirasakan ilang dan dah berganti baru pun.

alia pulak dah rasmikan baju raya dia yang tok dia buat pasal nak masuk pertandingan nasyid kat sekolah. ha ha. mujur la anak2ku tak banyak kerenah pasal baju raya. dah la satu tu je baju kurung raya dia.
tesengih je anak daraku itew.

me without...

me without
sungguh menyiksakan.
hanya menggunakan kamera dari hp yang tak berapa besar otaknya tuh,

tak dapek la daku
menjadi wartawan yang berjaya

untuk diriku dan sekolahku.

maap la parent2 n anak2 yang na tgk blog sekolah tu dalam keadaan terkini.

diriku tidak berdaya...

misi

misi pagi ni ialah...tidur semula lepas sahur. letih wei...malam tadi tido kul 1 lebih. hari sebelumnya pun tido lewat n tak dapat ganti tido di siang harinya. so wajib la qada tido.

Thursday, September 17, 2009

2 tahun

budak ini
hari ini telah genap 2 tahun.

2 tahun lepas, hari ke-5 puasa, ibu melahirkan zhaim dengan susah payahnya pasal besau. tu pun gi menyerah diri kata doktor la. padahal nak gi amik mc je.

HAPPY BIRTHDAY ZHAIM SAYANG.

Wednesday, September 16, 2009

Kad Raya

kutip2 kad raya. TQ semua.

1. dari MamaDanish
2. dari Zety Zin - Permata Hati Mama
3. dari Yours Truly-Kak AVE

4. dari Rinna

Monday, September 14, 2009

citer lawak "menate cis"

kejadian berlaku di negeri Cik CT Wan Kembang

supaya korang lebih menghayati, kuberikan makna perkataan itew dulu

menate cis dalam loghat kelantan ialah satu bahasa memaki hamun orang yang bermaksud 'binatang cis'.

seorang budak bernama Husin suke sangat gunakan perkataan nate cis ni. setiap ayat dia mesti ada perkataan menate cis tu. contohnya...

eh menate cis! mu make ko dok lagi?
(maknanya dia tegur kawan dia tanya dah makan ke belum?)

suatu hari, nak dijadikan citer, kat sekolah dia cikgu tak datang. maka kelas dia tu bising la. si Husin ni la bapak segala bisingnya. di kelas sebelah, ada cikgu India yang datang dari KL sedang mengajar. bila dengar riuh2 gitu, dia pun datang la marah-marah.

cikgu tu kata,
pelajar semua, jangan bising. saya mengajar di kelas sebelah.
jangan bising! jangan bising!

budak2 tu pun diam la kejap. kejap jer..biasa la kan. lepas 2 minit, bising balik.
Husin ni, dok la melaung-laung panggil kawan-kawan dia..
"woi...menate cis"

kebetulan cikgu India tu masuk balik ke kelas.

"Apa you cakap tadi? Apa menate cis tu?"
, soal cikgu India tu

"menate cis tu maknanya jangan bising cikgu",
kata si Husin.

kengkawan si Husin dah mula menahan gelak.

Cikgu India tu pulak jegilkan mata pada budak2 tu dan berkata..

"Pelajar-pelajar semua,..menate cis. Saya cakap menate cis, menate cis laaa..", laungnya.

apa lagi? terbahak2 la budak2 tu ketawa dan cikgu India tu terpinga2.
mujur guru besar lalu dan bila diketahui cerita sebenar, Husin pun kena denda laa.

he he...moral of the story : kalau nak guna bahasa orang, biar tau dulu bebetul maknanya. ye tak? one more moralnya: tak leh caye sangat cakap bebudak zaman sekarang nih. ehehhh..

hakak tegelak besau baca citer nih pasal hakak paham maknanya tuh...maklum ler...ade keturunan sana jugak.

kat mana baca ? kalau nak baca versi penuh, sila dapatkan mastika keluaran oktober 2009. Tuan editor, tolong promote ni tak de komisen ke? hu hu

Tamat

ari ni, dengan terhantarnya semua bahan2 UPSR, maka tamatlah tugasku sebagai KP UPSR. Tq to cikgu Lehan yang banyak membantu KPmu yang lemah ini.

Sunday, September 13, 2009

12 tahun

pada tarikh keramat ini, 12 tahun yang lalu, kami dinikahkan dalam suasana yang cukup sederhana dengan mas kahwinnya RM80 tunaiiiii.
ini la gambar masa hari kenduri keesokan harinya. kami ni tak banyak gambar berdua sebabnya cik abang tu ala ala pemalu gitew. tak mo amek gambar...rugiiiii..tak de kenangan sangat tapii..alhamdulillah la. dah 12 tahun kami bersama dan selama ini, kami dikurniakan 2 orang putera dan 2 orang puteri(Zharif, Aliah, Aiesya n Zhaim).

mase kawin nih, tengah belajar lagi. eh bukan...tengah jalani praktikum kat ampang point. still ada 1 more sem nak abiskan degree. kawen pun ngan duit pinjaman MARA. mujur la tak yah bayar balik. he he. semuanya pak mentuaku punya pasal. ta mo tanggung dosa katanya so dari 2 tahun tempoh bertunang, jadi 7 bulan je. ok la. lepas kawen lagi senang rasanya belajar.

sangat2 mencabar membesarkan anak2 di zaman ini namun..semuanya perlu diatasi. moga mereka membesar menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat. aminn!!

moga terus bersama selamanya la ya.

happy birthday to my sis asiah(today) n the other one laila(semalam). kak ija dah belanja ek semalam.
dari kiri, ateh n lela

pilih...nak hadiah ke nak duit raya? pilih cepat!

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...