Sunday, June 20, 2010

our day 5 at langkawi

hmm..esok dah nak sekolah dah. abis dah dah cutii. tapi jap lagi dah nak kena bertugas membawa bebudak sek ke Astro. Ada program. nanti la update pasal tu ek.

gambar terbaru penghias lappyku yang ada kena mengena ngan n3 ari ni.ahaks.kami di langkawi 2

langkawi day 5: bangun pagi tu, sementara tunggu encik abang n anak2 mandi kolam, si ibu surf the net to find places to go pada hari terakhir itew. banyaknya cakap pasal pulau2. then cakap ngan adik2 ku itew yang malas nak gi mandi kolam di hari terakhir. sbb duit tak berapa nak adek, maka rasanya tak dapek la nak gi. tapi, berkat kekobaran si Irie yang  beria2 nak minum air tasik dayang bunting, dia sanggup sponsor untuk tour pulau. Yiihaa…

setelah kontek  mengonteks, maka dapat lah menetapkan masa dan tempat berlepas. Dengan jumlah RM210, kami tour dua buah pulau selama 4 jam. Pulau pertama ialah Pulau Basah namanya.

on our way to pulau basah

ni gambar2 kami dlm perjalanan ke Pulau Basah. Laju oo..kejap2 terangkat dilambung sang ombak. grrr…ada ketikanya, takut jugak sebabnya jaket keselamatan tu bukannya selamat sangat. buat syarat je pakai tuh.

 

 

 

at the beach

ni pulak gambar2 kita orang masa kat Pulau Basah termasuk la gambar yang jadi hiasan lappy tuh. gambar bersama pakwe comelku.

memula nak naik banana boat, tapi sebab sekepala kena caj RM20, tak jadik la. Kat PD RM10 je sorang. nanti naik kat PD jer. hehe…entah bila la tu.

hmm,….pembaca budiman. terpaksa setop dulu update nih. nak kena besiap untuk mengiring bebudak CBN1 ke program Astro. Ada rezeki, sambung lagi ek.

Bubai for now.

__________________________________________

8:15 pm: sambung balik ek. kalau berenti kang, ntah bila nak sambung balik. esok dah kilijer.

feeding helang

lepas sejam mandi manda dan bercanda di pulau basah, kami naik bot balik n gi bagi makan helang. bukan kita orang yang bagi makannn…pakcik bot tu yang campak makanan dan kami yang jakun nih, snap la gambar helang2 terbang menjunam menyambar habuan. ho ho..banyak gambar yang kami snap. sebab nak cepat, ntah hape2 gambar yang dapat. gambar yang tak de burung pun ader. ho ho

peh tu kami menuju ke pulau si dayang yang bunting tak beranak2 tuh. di tasik dayang bunting

sampaiii jugak ann kak za tang ni. ingat dah tak sampai dah. sampai kat pulau tu, peh tu kena jalan lagi naik tangga demi tangga, n turun tangga mendaki bukit turun bukit untuk sampai ke tasik. ada la dalam 15 minit plus berenti2 melepaskan lelah dengan alasan nak bergambar. kengkawan yang sama macam kat CBN pun ghamai tang ni. haa….jaga2 bag tuh. jangan la ada bau2 makanan. sah kena sambar. derang memang sentiasa memerhati.

langkawi day 5 sekitar pulau dayang bunting (29)

ni hah. mana2 pun jumpa derang nih. aishhh.

tang ni kita orang melepaskan kempunan naik banana bot tadi dengan naik bot kayuh yang bersolar. Sebuah bot dikenakan caj sebanyak RM25 hengget. Kalu yang tak dek solar, RM20. Ibu mengayuh dengan kakak, sah2 ibu kena kayuh lagi banyak, pasalnya…kakak kakinya belum la begitu sampai sangat dengan tempat kayuhan tuh. huh! penat ibu tau kakak! tapi best bila kita lomba ngan derang, kita menangggg. he he

naik bot kayuh

sorry n tq to encik ayah yang bagi peluang kita orang bersuka ria dengan membantu menjaga anak2 yang dua orang lagi itew. tq very much laling.

dalam mengayuh tu, sempat juga ibu merealisasikan hasrat kengkawan yang pesan suh minumkan air tasik tu untuk derang. Ooo..kak za dah minumkan ann. tapi bukan minum bebetul la. kak za celup tangan n tek kat mulut+lidah. rasa la air tuh…err…air tang tu tak nampak bersih  mana pun, tu yang ala2 merasa jer tu. jadik la ek…

kak za dah niatkan untuk ann, kak ita, kak rozi, rohaida, hmm…saper lagi ek sebut ari tuh. aaallaaa…..dah luper dah. tapi dok menyebut2 la sambik tek tek tek kat lidah tuu.. hu hu. moga berhasil kat korang. jangan berhasil kat orang yang merasa udah la. eheheh.

sejam tang tu n kami panjat bukit n turun bukit balik untuk ke jeti. sangat meletihkan journey hari ini. Zhaim ketiduran dalam bot sepanjang perjalanan balik. patutnya cenggini kena gi hari pertama ker..atau kedua. baru ah esoknya leh relaks2 kat tempat stay. tapi tak per ar…semuanya bukannya dalam perancangan.

gitu ler kisahnya hari kelima.

last day, tak de benda sangat. nanti2 la nyambung ek. nak melayan anak2 lak. baju tak begosok lagiiii…esok nak kilijer. baju budak2 sekolah yang banyak nak gosok. sape nak ngambik upah menggosk? he he

0 comments: