Thursday, June 17, 2010

Kisah hari keempat kami

Day 4. sambung citer ek. sambil masak, i edit gambr together ngan update blog. org kata, sambil selam menyelam, kita minum air. tapi kalo menyelam dalam laut, jangan minum airnya yang masin tuh. cari penyakit jer kan? kan?

11062010051

lewat sket kuar dr umah pak hamid kerana memang nak pegi lambat. bukaknya pun dalam kol 10++. semalam ( day 3 la kan )dah sampai dah, tapi tak jadik masuk sebab masa sampai tu dah pukul 4++. pertunjukan semuanya dah habis dah. so kita org decide datang ari ni jer.

dipintu masuk Ni gambar yang diambil pd 2 hari berlainan. buktinya si nadirah pakai baju yang berbeza. ha ha. satu gambar hari tak jadi  nak masuk, satu  lagi gambar hari yang jadik masuk.

Bayaran masuk dewasa RM38 without mykad. kalu ada, diskaun Rm10 hengget. jadi? RM28 sorangggg. Bebudak? he he..kurang pekse pulak sebabnya masa tu sibuk handle zhaim yang memberakkan diri. Masa tu pulak la dia nak buat kuih.

peguin lagi

Peguin ni kira identiti kat sana kot. pasalnya banyak jer peguin ni, nak masuk, jumpa, kat dalam jumpa, nak kuar jumpa,  hatta dah kuar pun jumpa gak. dalam umah pun ada gak..pasalnya si Dira dah beli sekor patung peguin tuh. fanatik sungguhs (ni tengah sakit jiwa ni dengar sorer bebudak dok menjerit gaduh2 kat depan. pekakkan telinga….pekakkan telingaaaa…..kang tak jadik masakkkkkk. sabarrr sabarrrrr).

sambung : eh tak leh..jap jap. si zhaim buat kuih lagik. brrrrr….

15 minit kemudian : okeh, zhaim dah siap mandi n tengahh minum susu sambil ditgk2 oleh alia.

hidupan air

kat sebelah kanan tu ialah gambar jenis2 ikan yang dapat disnap dengan pertolongan kamera beberapa org ahli rombongan cik puan shah. yang tak penah tgk lagi, tu yang kat bawah sebelah kiri gambar tu….naga laut. ada la ala2 naga, tapi kecikkkkkk.

banyak gambar lain, tapi tak leh la nak upload masuk semua kan. simpan dalam cd jer la ribuan keping gambar2 tuh. moh tengok pulak binatang2 lain dalam tu.binatang lagi

ular sawa mcm kat zoo negara tu pun ader. aiyoo bebudakk nih siap pegang lagik. geliiii…belum sentuh pun udah rasa geli gelinya. tidak la teman mau memegangnya. hiiiiii

langkawi day 4 2010-06-11 049

say

saya sangat suker ngan pemandangan dalam laut nih. yang lagi suker ialah gambar warna purple ngan kuda laut dlm n3 yang sebelum nih. kuda laut tu sampai koma la kena flash kameraa pengunjung. siannn dier. tapi kita orang semua sangat teruja. langkawi day 4 2010-06-11 063

nak masukkan juga gambar nih. he he. cuba cari tang mana kuda laut tuh. Ada jumpa? Ada nampak? he he. musti nampak kan? dah nak kiok dah tuh. melayang2, terhoyong hayang jer dia dalam air tuh.

tak berapa nak best sangat lawatan dalam nih sebenarnya. tempatnya kecik jer. some more tak banyak sangat haiwan yang  mengujakan. persembahan pun setakat derang bagi2 makan jer, cium2 ular mcm yang biasa tgk tu jer. udah la panas terik hari tuh. sempat la jugak derang membeli belah kat kaw bebas cukai tang tu. banding punya banding, tang tu la yang paling murah. tapi jangan pegi The Zone  kat situ. lagi mahalllll.

dari situ, we all gi makan kat kompleks Pekan Rabu n soping baju budak2 kat situ. ibu rembat se kain batik n beli se kain pelikat utk ayah. jadik la. ade la jugak kenangan (sebenarnya duit tak dek. kalo tak rembat  lagi banyakkkk).

Malam tu, kami ingat  nak carik coklat bebas cukai, tapi salah tempat, jadi sempat rembat beberapa cenderamata/hati untuk orang2 tertentu sahaja, memandangkan buget yang ciput miput je ada kat dalam tangan n bank. lebih pada adik2ku itew la yang nak membeli untuk kengkawan.

makan malam, lepas soping tuh. kami singgah kat sebuah restoran kelantan/siam. tgk dalam menu….wahh…murahnya. so kita orang pun order makan hidang.

makan malam ni hidangan kami malam tuh. yang ada mata, hidung  ngan mulut tu tak termasuk ya. dia belum jadi hidangan. ha ha ha ha..jangann mare dik. sekali bila time nak bayor…muka cik abang kelat. bekali2 dia kira n buat anggaran. huh…kena ketok pulak kami. ingatkan murah benar mcm dalam menu dia. encik abang mcm tak percaya….sudah sudah la tuuu…dah kenyang. sedap pun sedap. sekali tu je nak pegi situ. entah tahun bila lagi nak sampaiii.

ni nak paparkan menu ngan ralat ejaan yang sempat hamba snap sementara menanti makanan sampai. he he…layannnzzzzz.

ralat ejaan that’s it. end of day 4.

1 comments:

hajarus said...

wah puasnyer pusing2 langkawi... akak ke sini berape hari kak?