HOLIDAY

Sunday, May 24, 2009

akhirnya

akhirnya, setelah berhempas pulas menyiapkan cd untuk digi, malam ini dah settle. tinggal nak siapkan props n polish all the Digi's actresses especially the Leyla. Come on Zara...u can be mo gediks kan??

tag dari BAIDURI

dah kena tag maka kena jawab la kan...walaupun tak wajib. saja la meraikan kengkawan yang ingat pada kita kan..

1. copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

2. nyatakan 5 jenis fakta menarik tentang pemberi award ini.
*ada lesung pipit
*usahawan yang tengah usaha untuk menjadi orang kaya
*kawan yang boleh diharap
*suka gelak, suka senyum
*baik hati orangnya

3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
*Usahawan Ceramic..he he.
*Suka kumpul novel n bahan2 bacaan lain sebab nak buat mini library kat umah
*Suka ngadap internet dan blajar benda2 baru.
*Suka ngan benda2 seni-menari, menyanyi, buat kraftangan dan sebagainya
*Tak suka surprise apa lagi kalo daripada FIL n MIL
*Suka makan-Tu yang badan tak leh jadi cam dolu-dolu tuu
*Suka melancong-dalam planning nak gi sana sini
*Tak suka orang yang banyak tanya pastu tanya detail macam polis nak soal siasat orang coz i tak suka amek tau hal orang detail2 ya. Cukup setakat tau saja..he he. Kalau tau pun pastu lupa dah...
*Suka warna Hijau
*Tengah usaha nak beli rumah lain, kete lain..he he

4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
Ghamai nyer nak kena senaraikan...haa...mungkin tak de sebanyak tu pasal kengkawan yang berblog tak berapa nak ramai..tapi tak pe...ku cuba

1. Izyan Elina - Anak muridku yang masih malu-malu sampai ari ni
2. Cikgu Aini-hayyat.com
3. ShiMa-Muridku yang setia
4. Ateh-Adikku yang tetiba rajin masak
5. Cikgu Amin-cikgu kanan yang dedikasi
6. Marul a.k.a HE - teman seuni ku yang ada kat Jepun
7. Masel - Bekas rakan sebilikku masa kat ittar dolu
8. Pidah- bekas adik sekerjaku masa kat ittar dolu
9. Nor-Usahawan My-Cni Shop
10. Ita-
bekas adik sekerjaku masa kat ittar dolu

eh eh...cukup rupanya...haaa..jawab ler. senang jer.

tag from mama HAKIM

Melayan Mama Hakim punya Tag. Nampaknya demam tag melanda lagii...

syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan -I Perempuan You!
2.copy award n paste kat blog anda - Udah
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan -3 tak boleh ke? Haa ni dia jawapanku yang merapu.

1. Sebab....boleh merasa kuasa Allah meletak dan menghidupkan manusia dalam manusia-mengandung la tuu..
2. Sebab...dapat merasa kesakitan yang payah nak diceritakan-melahirkan la. Lain oo rasanya tapi best!
3. Boleh selalu cuti mata - maknanya ada 2. window soping atau nangis. Lelaki kalo nangis kang orang kata tak macho pulak kan? he he
4. Sebab boleh melawa-ada masanya la kann
5. Sebab....boleh bergantung pada orang lain - pada cik abang la kan. Derang kan cepat kesian kat kita. Cik abang kita la...kita tak tau cik abang orang lain tuu
6. aaaa....dah hilang idea...aaa...sebab...boleh pakai barang kemas walaupun daku tidak mempunyai barang kemas...wa ka kaka ka
7. aaaa...sebabb...anak-anak akan lebih sayang kita..he he he

4.pass award ni kat girlfriend yg cun melecun ni
I nak pass tag ni katt....
1. Baiduri...Jawab noo Shima. Later i jawab your tag
2. Kak Ave-take ur time kak.
3. Cikgu Lin-haa..update la blog tu wei
4. Ateh-sambil masak pikirkan jawapan ek!
5. Shima My Anak Murid DSK- Jawab Milah Yo!
6. Mama mia-haa ni la masanya nak bagi terer berblog
7. Cikgu Lehan-Jawab Ann
8. Cikgu Aini Bahar - Coretan akademikmu ku nantikan

Udah le ye..si Masel n geng dah kena tag dah..double tag karang biol pulak nak menjawabnya.

Syukurlah

Something to share from my reading

1. Bersyukurlah kepada Tuhan jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami kerana itu bererti dia tidur dirumah, di sebelah anda. Bukannya dengan orang lain.

2. Bersyukurlah apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur kerana itu bermaksud dis kini berada di rumah, bukan berpeleseran dengan kawan-kawan.

3. Bersyukurlah apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori anda kerana ini bermakna anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.

4. Panjatkan kesyukuran kepada Tuhan jika banyak baju anda sudah sempit kerana ini bermakna anda cukup makan dan tidak hidup dalam kedaifan.

5. Bersyukurlah kepada tuhan kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta mebuang habuk yang melekap di dinding kerana itu bermakna anda mempunyai rumah untuk berteduh.

6. Berterima kasihlah kepada tuhan kerana setiap tahaun anda terpaksa membayar cukai pendapatan kerana ini bermakna anda masih mempunyai pekerjaan.

7. Panjatkan kesyukuran kepada Allah andainya anda terpaksa meletakkan kenderaan anda di tempat yang jauh kerana itu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan kudrat untuk berjalan.

8. Berterima kasihlah kepada Tuhan apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu lalang kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.

9. Bersyukurlah juga kepda Tuhan jika anda terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian kerana itu bermaksud anda masih mempunyai sahabat handai.

10. Bersyukur kepada Tuhan kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbunan pakaian setiap hari kerana ini bermakna anda masih mempunyai pakaian untuk dipakai.

11. Panjatkan kesyukuran kapada Tuhan setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari kerana ini bermakna anda masih berupaya untuk bekerja kuat demi keluarga tercinta.

12. Bersyukur kepada Tuhan apabila mimpi indah anda terbantut oleh deringan bising jam loceng kerana ini bermakna anda masih bernyawa dan sempat lagi mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat yang dikurniakanNya. Alhamdulillahh..

Hadiah Hari Guru

Hari ni keluar lagi carik hadiah hari guru untuk cikgu2 kakak n abang. Alamak...lupa la pulak cikgu Aiesya. Tak cukup lagi tu..ingat nak beli yang sama tapi tak boleh la pulak..hu hu. Cik abang dok Q pasal harga n pasal bagi semua cikgu. Dia kata kalo dia bagi kat sorang cikgu jer...haa...itu dia. Sian la cikgu2 yang tak de kelas kan..(Hakak pun tergolong dalam golongan cikgu tak de kelas...Low class...wa ka ka ka ka ka). Yang penting, my money my choice.

Payah juga la nak carik barang untuk cikgu2 ni pasal hakak kan cikgu jugak. Macam tau juga la apa yang patut n apa yang tak patut tu.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...