Sunday, May 10, 2009

minum petang

1 comments
Hari ibu ni, satu hari berkurung kat rumah menyiapkan kerja2 yang masih blom selesai sambil bergaduh ngan anak2, sambil tgk TV, sambil update blog, sambil business. he he

Petang ni sambil menanda buku + tgk tv, terbau masakan orang sebelah. Mcm buat cekodok jer....so teringat kat resepi Ateh yang memang nak ku cuba sudah beberapa hari. Kebetulan cheese dah beli kat Tesko pagi tadi. Lantas ku bangun menuju ke dapur + melayan si kecik yang jugak nak menyibuk kat dapur, menyediakan bahan2 dan menyiapkan juadahnya.

Ini dia..taraa...
Jadik tak Ateh? Benda ni masa tengah masak, cheese kat dalam tu akan melt dengan mengeluarkan bau cheese yang sedap. Sedap dimakan bersama sos. Suka ati la kan nak makan ngan sos apa. Haa...masa masak tu, jangan lama sangat biarkan gorengan dalam kuali sebab nanti sosej tu akan kembang dan merosakkan struktur gulungan roti tu...lawak sungguh rupanya. Ini berdasarkan pengalaman ya, he he sebab sibuk nak hias n amek gambar. wa ka ka ka ka

Nak cuba? masuk la blog adikku n copy resepi. he he http://asiahyacob.blogspot.com
Selamat mencubaaaa. :))

Hari Ibu

3 comments
SELAMAT HARI IBU kepada semua IBU yang membaca. Haa...tu pasal la suh anak2ku panggil ibu...pasal semua berkaitan ibu. Kalo panggil mama, tak de hari mama. Dalam sajak, lagu, karangan....hampir semua guna perkataan ibu. He he...jangan maree...

SMS masuk seawal pagi lagi...first ucapan dr Haslina. Cikgu Haslina. Anak-anak bagi apa? ni hah..


Satu dari Alia n the other one from Aiesya

Toce-toce. Kakak Alia tanya ibu nak hadiah apa...memula ibu yang saja nak nyakat anaknya ini mintak...

1) Gelang emas
2) Rantai emas

Kakak kata..."alaa...jangan la mintak yang kakak tak mampu". he he
pastu ibu cakap,..ibu tak nak hadiah(pasal tau kakak bukan boleh belikan ibu hadiah pun...duit bukannya ada). Ibu nak kakak dapat no 1 bila pekse. Boleh?-ibu tanya

Kakak : Diam. Hmm....tak mampu jugak ke? Pastu ibu pun membebel ditambah ngan ayah punya bebelan. Tak pasal abang pun kena sama. Haa..ayah kalo dah membebel lagi dasyat...ibu kejap jer.

Ayah bagi apa? Tok sah harap laa...ayah tu memang tak berapa prihatin...tak kira la hari apa pun. Dah biasa dah.

Ke Hutan Lipur Lentang

3 comments
Tanpa perancangan yang rapi, semalam-9 Mei 2009 kami semua ke Hutan Lipur Lentang. Berkelah la kononnya. Bekalnya..burger McD. He he...biasa la kan...orang ada kupon McD. Saja je la...bawak budak-budak sambil mengimbau kenangan masa sekolah menengah camping kat situ. Masa tu mak tak bagi pegi...tapi sebab free, beria-ria aku nak join. Bukan senang...satu sekolah 4 orang je wakil. Siap pinjam seluar ngann baju besprenku-si Hanie lagi..aku mana ada seluau panjang masa tu...ni dah lepas u baru merasa pakai seluau panjang sendirik. Kalo tak, baju kurung je la akuu.. he he. Sronok gak mengimbau-imbau ni.

Ni gambar ngan group..dapat best presentation. Teka...yang mana satu i? he he

Kali ni, ibu ngan ayah, Aiesya n Zhaim tak mandi. Ibu ngan ayah tak bawak baju...si Aiesya tu penakut...nampak semut pun takut, nampak pencakar air pun takut...last-last tak mandi. Zhaim.....sejuk gaknya air tu...tak mo duduk dalam air. Tapi kalo ibu terjun sekali, dia sah tak mo naikkk.