HOLIDAY

Tuesday, October 28, 2008

Appraisal

Malam tadi menyiapkan borang appraisal yang dah lama dalam simpanan. Tak siap-siap. Malam tadi alhamdulillah siap juga. kira siap la walaupun belum print lagi.

Teringat masa kat ITTAR dulu. Kita siapkan borang pastu kena ngadap Kak Leha. Tak best betul. Kak Leha kata, "Liza ni macam takut-takut nak bagi pendapat".

Iya la kak. Bukak takut-takut tapi simpan suara lemak merdu ni. He he.

Yang bestnya kita interview orang. Macam la kita bagus sangat kan masa tu. Yang kena interview pulak takut-takut. Yang paling ketara takutnya masa tu si Nida. Sian dia. Padahal kita tak tanya benda yang susah-susah pun. Dia je yang suspen lebih. Hmm...sekarang Nida dah jauh meninggalkan kita. Lepas ni dia akan bergelar Dr. Noor Anida Zaria. Tahniah! Tahniah!

Zhaim Potong Rambut

Dah lama dah nak potong. Hari ni baru terlaksana. Rambut dah panjang macam pompuan. Dah la rambutnya kerinting. Acik Pidah sampai kompius..pompuan ke laki anak akak tu? he he

Tiga orang anggota lelaki rumah kita potong rambut hari ni. ini dia detik-detik rambut Zhaim berpisah dengan tuannya. Lepas ni dapat tak lagi rambut macam tu? kakak2 semua dah ilang rambut kerintingnya lepas beberapa kali potong. Zhaim pun macam tu la kot.

Open House

banyak sungguh open house tapi banyak yang tak dapat pegi.

maaf la untuk semua yang tak sempat kami pegi. masalahnya tu kekadang, husband keje. satu lagi jemputannya satu utara, satu selatan. so kena la pilih mana yang bekenan. Maklum la...open house masanya terhad. Kalau dah petang tu tak singgah dah la. si Zhaim kang mengamuk.

Haszli : sorry ek aku ke Melaka. Kalau tak sure jumpa ngan member2 matrik. Ramai ke datang?

Pidah : sorry ek. dah jumpa kak umah kak Mas kan.

Kak Chah : sorry gak. sama ari ngan pidah. So alasannya sama.

Kak Ave : Maaf ya kak. Kami ke utara. dua buah rumah je tapi makan masa jugak sebab jumpa member2 lama. Balik dah pukul 6 lebih. Tak sempat la nak menjenguk ke rumah akak. lagipun baby dah bising.

Masel : Pegi umah ko memang happening. Turun tangga dari tingkat 19 tu amat mengasyikkan sehingga kaki-kaki kami ni, bila singgah umah Kak Lini terasa menggigil. Kul berapa lif tu ok ek?

Anyway, terima kasih atas undangan. Nanti2 jemput lagi.

Shima, Ckin + housemate, Ajib, Emi, Azie+Pasangan, Nora+Pasangan, Lan + Ann + baby dalam perut : Terima kasih sudi datang ke teratak buruk tu. Kita jumpa di kenduri Ckin+Emi pulak. Merajuk lagi ke Ckin?

Bersenam di pagi Ahad

Alhamdulillah, setelah sekian lama meninggalkan aktiviti ini, hari Ahad lepas, kami berpeluang ke taman rekreasi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Pandan Indah. Best la dapat keluarkan peluh walaupun tak banyak pasal nak kena kejar si Zhaim yang dah mula bejalan. he he



Ayah ngan budak2 sempat la joging, pusing taman. ibu ngan adik kat tempat tu la jugak. Banyak juga alat senaman kat situ. Nanti nak cuba taman yang dekat Shamelin tu pulak. Yang pentingnya,..walau kemana kami pegi, posingtetap posing. he he

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...