Saturday, August 16, 2008

TAG

Being tag by Ita alias

Hmm...apa nak tulis ya?

1. Kapal terbang...naik kapal terbang ni pertama kalinya masa pegi Vietnam dulu (delegasi UUM). HE tak pegi ek masa tu. Masa tu, dapat naik 4 kali, turun pun 4 kali sebab transit on the way pegi dan balik. Ha..ha..kira banyak kali la naik kapal terbang kan. Lepas tu pegi BTN kat Langkawi sekali ngan Masel & the gang. Masa tu Alia baru 9 bulan. Balik dari Langkawi, Alia dah tak nak nenen. Dia la yang paling lama nenen. hu hu..bila ek nak naik kapal terbang lagi? nak bawak anak2 pulak. Ayah kata nak bawak pegi Bali hujung tahun ni...tapi tak jadi kot. Entah la.

2. Kalau ada duit yang banyak...hmm. pertama nak buat baru rumah mak tu. pastu nak beli rumah lain. yang ni tinggi sangat la. lagii...nak derma mana-mana yang patut, nak melancong, hmm...lagi...nak pegi buat haji, nak role balik untung tambah lagi duit tu supaya boleh buat kebajikan secara berterusan, InsyaAllah. Apa lagi ek? kalau duit banyak la kan...sekarang yang sikit ni pun memacam nak beli..apatah lagi kalau duit banyak.

3. Aku pantang kalau...orang bertanya pada aku macam polis nak soal siasat penjenayah. Aku bagi tau sampai B, dia tanya sampai Z. Tak suka sebab aku tak suka nak ingat benda-benda yang tak penting. Pada aku la tak penting...tak tau la pada orang lain kan. Disebabkan tak suka nak mengingat, maka aku tak suka bercerita balik pada orang cerita yang ku dengar agar cerita tersebut tidak menjadi cerita dongeng. ha ha. Tapi kalau orang bercerita, aku dengar la..

4. Aku juga pantang kalau...orang tak concentrate pada apa sedang ku bicarakan. Baru je cakap, kejap lagi tanya balik pasal apa-apa yang baru je aku cakap tadi. Hangin betull. Sape yang selalu buat? Tu laa...sape lagi kalau tak cik abang tu. Konon banyak la benda nak pikir kat kepala dia tu kan. Maklum la boss berbadan besar sekarang ni. Makin la tak concentrate dia. Satu lagi, budak2 dalam kelas. Tak kira la kelas mana pun. Musti ada wakil yang perangainya macam tu.

5. Benda yang aku nak beli sekarang...banyak la. Macam-macam...





6. Perkara yang sedang diusahakan ...menurunkan berat badan yang dah terlebih berat ni. Ahaks...payahnya nak turun dengan disiplin diri yang tidak kuat. Dah turun la juga tapi jumlah yang perlu diturunkan jauh lebih banyak lagi daripada jumlah yang dapat dikurangkan. he he...biasa la tu kan.


7. Kalau boleh...nak kembali ke zaman silam. Sure la tak bolehhh...mimpi la kannn...




Nak tag sape lepas ni?
1. aini bahar
2. ave haryati
3. lin mulan
4. ann
5. mr Raja Josetakuya

8 comments:

izyan said...

ceywah...cikgu..byk btul impian cikgu ek??

kalau cikgu tulis mesti saya tergelak kalau membacenye...itu pun kalau saya baca lah..

berat sgt ke bdn cikgu tu??saya tgk mcm kurus je...kalau kurus sgt pun x elok..nnt cept dpt penyakit..

cikgu nie rajin betol layan blog ek???ade je yg nak ditulis..mane dtg semue idea tu??

~ RoSLizA ~ said...

dah telebih berat dah cik izyan ooii...nampak je tak kecik...memang tak kecik pun.

idea tu datang selepas membaca idea orang lain. tapi kalau dah memang melekat je depan internet, ade je la benda nak ditulis.

awak dah update blog??

izyan said...

saya update blog lps UPSR..nak cari idea dulu..cikgu suruh saya TAG kan??nak tulis psl bende ape??i have no idea at all..nnt saya tulis psl cikgu & pn raihan..bile dah siap nnt saya inform cikgu..

ade org kata mase solat hajat tu pn raihan dtg..btul ke??rugi saya x dtg..:(

~ RoSLizA ~ said...

apa pulak cakap pasal saya ngan puan raihan. cakap pasal diri sendiri la. apa awak suka, tak suka...apa awak nak , teringin waht so aever la.

ya ya...pn raiha datang. nape tak datang? orang buat untuk dia ngan kawan2 dia, tak datang pulak. Ramai je yang tak semayang datang menyokong. hishh..awak niii..

izyan said...

cikgu kata nak Tag org lain..siap senarai kan skali...tp x de pon saya nampak cikgu Tag salah sorang dalam senarai cikgu tu..

~ RoSLizA ~ said...

apa? saya tak paham la apa awak cakap. saya dah senaraikan maknanya they all kena la menyahut seruan saya dengan bercerita mengenai diri masing2 dalam blog masing-masing. bukan bercerita mengenai orang yang kita tag macam awak tu..saya tag awak, awak cerita pasal saya la pulak. buat apa?

izyan said...

saya ckp cikgu tak fhm??bgs2..mmg x nak bagi cikgu fhm pun...

~ RoSLizA ~ said...

awak tu yang tak paham2