Sunday, August 17, 2008

Baby

Hari ni Zhaim dah mencapai usia 11 bulan. Hmm...cepat betul masa berlalu. Bulan depan dah nak setahun. Bejalan tak de tanda lagi. Gigi...ada la nampak putih kat gusi tu. Air kat mulut tu pun asyik dok meleleh. Gatal gusi gamaknya tu.

Tahniah untuk Kak Monie yang dapat baby perempuan kedua. Akhirnya hasrat untuk menambah baby girl tercapai jua. Tahniah ya kak. Dah 6 orang dah la tentera akak.



Tahniah juga untuk HE yang dapat anak perempuan kedua. ARISA AMANI. Putih melepak Arisa. Maklum laa..lahir pun kat Jepun. Lahirnya pada tanggal 13 Ogos 2008 di Klinik Yoshida. Jangan lupa bila balik sini, daftar ngan kedutaan. Kang susah pulak dia nak sekolah.

Kak Zura menanti masa. Juga Lin Mulan. Kak Zura harap lelaki pasal dah 4 pompuan. Lin harap pompuan pasal dah ada lelaki. Moga harapan you all semua tercapai.

Kami :- nak tutup kedai dah.

3 comments:

izyan said...

ceyh..musim baby lah skrg nie...:)
cumel lah baby pn rosliza..mcm mak nye jgk..

~ RoSLizA ~ said...

tq izyan. comelnye la saya kan?

izyan said...

welcome..hahah.ye ye ye..cikgu memang wanita yang tercomel dalam dunia ni...;)