Sunday, August 03, 2008

durian

4 comments
Membaca blog HE tentang durian, beruntungnya kita kat Malaysia ni. Punyalah banyak durian. Hargapun boleh tahan. Kami sekeluarga memang suka durian ni. Alia ngan ibu kalau lalu tepi durian mesti puji baru durian yang harum tu. Kesian juga dekat dia. asyik bau je...bila nak beli ek? actually bukan tak mo beli, memikirkan kalorinya juga lemak-lemak dibadanku juga familyku yang banyak, maka slow la sket proses nak beli tu. he he

Tadi pegi jalan2 ke Shah Alam. Saja pusing2 habiskan minyak kereta. Singgah tesko shah alam tu. Ingat nak grab drypers kalau ada yang murah...tak de la. Lalu kat tepi mamat-mamat bangla yang tengah mencekah durian. Lalu je dia orang menyapa.

" Durian kak," katanya.

Aku pun berbahasa bahasi sebab nampak durian yang baru dia orang letak tu cantik isinya. "Yang ni nampak sedap," kataku.

"D24 kak. Kucing tidur," jawab mamat tu lagi.

Cik abang menyampuk, " saya nak kuda tidur, tak nak kucing tidur".

Dia tersengih sambil menjawab," kuda tidur tak da, kucing tidur saja ada".

Tanpa disangka, (dengan perlahan juga la) dia(mamat bangla) menambah,
" jahat itu kucing. Tidur dalam durian".

Tergelak kami dibuatnya. Lawak jugak mamat ni. Kah kah kah kah..

4 comments: