HOLIDAY

Sunday, August 03, 2008

durian

Membaca blog HE tentang durian, beruntungnya kita kat Malaysia ni. Punyalah banyak durian. Hargapun boleh tahan. Kami sekeluarga memang suka durian ni. Alia ngan ibu kalau lalu tepi durian mesti puji baru durian yang harum tu. Kesian juga dekat dia. asyik bau je...bila nak beli ek? actually bukan tak mo beli, memikirkan kalorinya juga lemak-lemak dibadanku juga familyku yang banyak, maka slow la sket proses nak beli tu. he he

Tadi pegi jalan2 ke Shah Alam. Saja pusing2 habiskan minyak kereta. Singgah tesko shah alam tu. Ingat nak grab drypers kalau ada yang murah...tak de la. Lalu kat tepi mamat-mamat bangla yang tengah mencekah durian. Lalu je dia orang menyapa.

" Durian kak," katanya.

Aku pun berbahasa bahasi sebab nampak durian yang baru dia orang letak tu cantik isinya. "Yang ni nampak sedap," kataku.

"D24 kak. Kucing tidur," jawab mamat tu lagi.

Cik abang menyampuk, " saya nak kuda tidur, tak nak kucing tidur".

Dia tersengih sambil menjawab," kuda tidur tak da, kucing tidur saja ada".

Tanpa disangka, (dengan perlahan juga la) dia(mamat bangla) menambah,
" jahat itu kucing. Tidur dalam durian".

Tergelak kami dibuatnya. Lawak jugak mamat ni. Kah kah kah kah..

4 comments:

Anonymous said...

Saya mahu gajah tidur...kim salam kat sha ye

LongLostKhalis said...

I shouldnt introduce myself.anyway.i have a little favor.i mean nothing much.u r a teacher right, u remind me of someone when i was little.mcm penah tgk je.awk penah mengajar kat kelantan x?i mean maybe buat praktikal kat sana ke.or by all mean at least ada apa2 memory kat sana x?u remind me of my previous teacher la.

By Ticer Liza Yacob said...

to LongLostKhalis:

i was born in Kelantan but never teach there or buat praktikal kat sana. masuk maktab kat KL n praktikal di KL n mengajar di KL.

my mom n my dad asal kelantan but bukan guru. tak de kena mengena la. mungkin pelanduk banyak serupa la nii..he he

LongLostKhalis said...

Oh.Okay.silap org.nevermind.u really love blogging.okay then.have a nice day.

HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2

Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...