Sunday, May 04, 2008

MEI

Pagi ni reminder cik abang berbunyi. BIRTHDAY AIESYA. hishh...cam mana ibu boleh lupa ek. Padahal baru je malam sebelumnya ibu daftarkan Aiesya dalam sistem untuk sekolah tahun 2010 nanti. Tak prepare la. Ayah kata tak pe. Jap lagi kita keluar beli hadiah dia. Dia tak sedar pun. Kakak Alia ingat la hari jadi adik dia. Bagus tul si Alia ni. So tadi kami keluar makan dan beli hadiah + kek untuk dia. Kek tu wajib. Tak de yang lain pun tak pe budak2 tu.

HAPPY BIRTHDAY AIESYA. Ibu doakan semua yang baik-baik untuk AIESYA.

Bulan ni bulan yang Happening. Coming soon is Hari Ibu, lepas tu Hari Guru pulak. Hmm...budak-budak dah sibuk tanya ibu nak apa. Macam la banyak duit dia orang tu. Harap duit tabung yang tak seberapa tu. Cik abang pulak suruh beli untuk mak mak dia. Untuk Ibu? dia kata hari ibu, anak-anak la yang celebrate. Huh! ada ka patut? Hubby tak yah celebrate hari untuk isteri ke? Nak beli apa untuk mak mak ni? Untuk cikgu2 budak2 tu pulak? Hu hu...nanti la gi jalan ngan kakak lepas sekolah. Ops...jangan lupa birthday makcik tu yang jatuh pada hujung bulan ni. Nak beli apa pulak ek tahun ni? Hmm...

Alamak, roadtax WCN tamat 23hb ni laa...WKY pulak bulan depan. Tok sah pikir! tok sah pikir! Biar Cik abang yang pikir..he he he he he he

0 comments: