Sunday, May 04, 2008

Nasi Lemak

Dah lama jugak tak makan nasi lemak ni sebenarnya. Last week balik kampung. Entah apa kena, hari jumaat 25hb tu, cik abang tepon. Dia kata," esok kita balik kampung ya".

Haa...akhirnya. Setelah puas dihalau dan disuruh balik. Lama betul tak balik ni.

Maka setelah bersusah payah menggonyoh baju sekolah budak-budak malam tu, esoknya (Sabtu 26/4) kami pun berangkat balik. Perjalanan yang meletihkan dengan baby yang memang susah nak tido dalam kereta. Jenuh melayan. Sampai Kulim singgah bandar Kulim. Memandangkan balik tak inform, maka kami tak espect la mak masak nasi lebih. So singgah la kedai. Sampai kedai nampak nasi lemak bungkus. Cik abang tanya harga. Perempuan yang sarat tu jawab,"6 kupang".

Tegelak lakiku. Ada lagi nasi lemak 60 sen kat sini ya. Tersenyum lebar dia...murah la katakan. Bukannya apa. Dulu dah pernah kena kat Taman Permata. Nasi lemak bungkus, biasa punya...kami ingatkan harga biasa la. RM1.00 atau paling mahal RM1.50. Bila bayar, hairannya sebab kena bayar mahal. Kami patah bali ke kedai tanya harga. Rupa-rupanya RM2 sebungkus. Salah kami gak la pasal makan dulu baru tanya. Berbalik semula kat Kulim tadi, kami pun makan nasi lemak bungkus je la. Dah la murah...sedap pulak tu. Siap beli bawak balik rumah mak lagi.

Esok pagi, sebelum balik, mak masak nasi lemak juga. Lagi la banyak makan. He he. Siap ada ayam goreng lagi. Dalam pukul 10 lebih, kami pun berangkat balik ke KL. Jadi la kan...lebih baik balik daripada tak balik langsung. Akibat pekena nasi lemak, mata kami layu sepanjang perjalanan. Yang bawak kete tu terpaksa la tahan mata. Tapi tido bukannya boleh lama. Baby tu kan....

Balik Kl, sendiri pulak masak nasi lemak. Sabtu yang berikutnya tu laa...Masak sendiri lagi la banyak makan. Adus! bertambah la lemak di badan.

2 comments:

Irin said...

kat mana nasi lemak 60 sen tu?

liza said...

kat pekan kulim tu..dulu ada satu mamak jual cendol tang tu. la dah tal dak dah. dah pindah ke mana tak tau la. gerai yang tepi sekali sebelah kanan kalau kita mengadap ke arah gerai. dekat-dekat situ dulu ada stesyen bas tapi skrg dah tak de.