6 Febuari 2006 ( isnin )
Sedang sibuk melayan anak-anak dalam kelas, tetiba masuk Pn. Sara bagi surat pelantikan. Alhamdulillah. Datang juga surat tu. Ingatkan dah ketinggalan sebabnya member yang satu lagi tu dah dapat before chineese new year lagi. Suka tak terkata. Dengan adanya surat pelantikan tu, makna gaji boleh la jalan cepat. YAHOOO!
7 febuari 2006 ( selasa )
CBN(1) dah mula ujian bulanan. Dua-dua paper hari ni - Math & BM. Ingatkan nak balik tanda. Tapi,...." Ros, you check Elyna and Diana's paper now. I want to see their performance ". Alamak...tak habis-habis la anak-anak datin ni. Terpaksa la semak. Mujur yang objektif ada mesin menanda. Yang math ok lagi. Yang BM tu, masuk bab karangan lemah banyak. Macam mana nak bagi markah ni? Last-last..." AN, tolong semakkan paper ni. Kak Za nak belajar cam mana nak bagi markah". Mujur la An memang ikhlas nak membantu. Tak banyak soal, dia terus ajar menanda karangan tu walaupun dia masa tu tengah sibuk menaip ngan mesin taip yang lama tu. Ketek! ketek! ketek!. Jenuh!! Hidup SU sukan ! Jasamu ku kenang.
Dah siap tanda ngan kira markah, ngadap Miss Low pulak. Mujur dia ni jenis tak salahkan cikgu terus. After a few explainations, dapat la pulak kerja baru. Ngajar tuisyen anak datin tu. BM and Math. Apa-apa je la Miss Low. Dapat gak menambah pendapatan. Lagipun memang balik lambat tetiap hari - Tunggu hari teduh sebab nak kena jalan kaki turun ke LRT Masjid Jamek.
Dah selesai mengadap, terus bersiap nak balik. Hari ni panas pun panas la. Nak singgah mahkamah depan dataran tu. Nak siapkan surat akuan sumpah. Nak jadi kakitangan kerajaan kena besumpah-sumpah la pulak. Apa-apa la asalkan gaji masuk. Jalan la tetengah panas tu menuju ke mahkamah. Ingatkan susah la nak buat akuan sumpah...rupa-rupanya tak sampai 5 minit. Alhamdulillah selesai kerja. Hari ni siapkan dokumen lain yang bersesuaian. Malam ni nak tanda paper.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HUNGGA-HUNGGA IPOH PART 2
Lokasi kedua, setelah Aloya menasihatkan untuk terus berjumpa di tempat kenduri (elok sangat la sbb lapau dah), maka perjalanan diteruskan k...
-
CONTOH SURAT RASMI MEMOHON PELEPASAN bukan ler contoh. surat sebenar nak antau esok. contoh bagi orang lain la. hehe ROSLIZA BT. YACOB ...
-
Terobek hasil ilham dan kerja tangan ticer . Bila akhir tahun je dapat tugasan yang mencabar ini dan mulalah otakku ligat mencari2 idea. Men...
1 comment:
erm..assalamualaikum..cikgu Rosliza..at last jadik cikgu alhamdulilah..join nagn cik nurul gak la..x pe jawatan tetap tu yg penting kan??erm..mesti nyk kerenah nak kena mengadap ari2 kan? biasa la..dlu jd pensyarah mengadap bebudak tua..heheh(cam saya ni)sekrg mengadap lagi la..under age pulak..mesti byk beza kan? ok la..good luck to u my beloved x-lecturer..bye..nak g PD ada Bengkel buat Bajet..heheh
Post a Comment