Hari ini, mengambil kesempatan cuti yang panjang untuk mencuci mata + membuang masa + menghabiskan duit. he he
tempat pertama : JJ MaluriSebenarnya nak pegi bayo utang kat ambank tapi bila cek bag duit, duit tak cukup daa...so masuk la JJ tu untuk keluarkan duit. Tapi sebelum keluarkan duit. meronda JJ sampai penat. Beli apa kat JJ ? beli hiasan rambut alia je ngan beli roti buat budak2 yang kelaparan.
Pastu baru la pegi baya utang kat ambank yang ada kat sebelah JJ tu je.
tempat kedua : AVON maluriBeli semua pesanan orang + mak + lela + sendiri. No akaun lupa nak bawak. mujur ada no akaun ateh. Alamak, barang banyak dah habis laa...alhamdulillah, barang yang dah abis tu semua barang yang aku saja2 nak beli. Save dah kat situ.
tempat ketiga : Jalan PeelCari barang2 Kak Zura pesan. Mahal la kat sini. Ingat barang borong murah la harganya. Rupanya mahal jugak. Tak beli apa-apa cuma beli air untuk budak2 ngan mak budak yang kehausan.
tempat keempat : UO AmpangMeneruskan pencarian barang-barang kak Zura. Mahal jugak. Kat sini tak beli apa-apa.
tempat kelima : Ampang Pointkat sini saja jalan2 tapi kat sini la tempat paling banyak kuhabiskan duit. Beli apa?
1. handbag murah
2. brooch
3. buku cerita/novel yang dijual dengan separuh harga juga yang berharga dua ringgit setiap satu. 7 buah buku kusebat. bila nak baca ek? itu lain kira.
4. buat karikatur untuk kakak alia ngan aiesya. puas pujuk aiesya yang pemalu.
5. air - haus la
6. cream entah hape ntah yang orang tu promote. beli jugak..saja nak cuba. memang suka cuba-cuba sambil abiskan duit nih. he he
7. video yang dicari2 - I'm not stupid. Ni sure cikgu2 lain nak pinjam nih. Kena mintak sewa ni.
kakak n aiesya posing sambil AZA(orang majalah GILA-GILA melukis).

inilah hasilnya. ada rupa dia orang tak?
novel-novel yang dibeli
vcd-I'm Not Stupid
tempat kelima : Zhulian Ampangamik barang Aniza ngan Mak Dod yang telah dihantar cuci masa poser lagi. lambat dapat pasal clash ngan raya. ramai ler tu anto sebab nak raya.
tempat keenam : Umah maksaja rehat2 sambil hantar barang, sambil kutip duit utang. Alih-alih mak dah siapkan baju batik hadiah hari jadi yang Ann bagi. Hmm...esok Khamis, hari batik orang kerajaan makanya...esok pakai la. alamak tudung tak de.
ye ye...esok pakai baju baru...ni la baju baru yang paling baru sebab baju raya memang tak buat.
tempat ketujuh : Pasar malam Taman Dagangcari tudung ler sesambil cari makanan untuk anak-anak. ibu ngan ayah makan je la nasi kat umah tu. nasi tu tak cukup untuk semua...lauknya la tak cukup. tu yang kena beli tambah.
lepas tu amik adik n abang dan terus balik rumah. ayah dah tunggu kat rumah.