Saturday, November 01, 2008

nostalgia

Dua hari berkursus menggantikan Aniza, mengimbau nostalgia zaman persekolahan. Mana tidakknya, kursus di sekolah lamaku. Dulu Sek Men Perempuan Jalan Ampang sekarang dah tukar kepada SMK Puteri Ampang. Pn. Chin masih disitu. Sempat juga menegur beliau yang masih kelihatan seperti ..hmm..berapa ya ? hmm...20 tahun yang lalu.

Sekolah tu dah semakin penuh dengan bangunan-bangunan baru. Sesak kelihatannya. Teringat masa sekolah dulu-dulu. Dimarah cikgu...itu perkara biasa. Tapi yang paling best, ada cikgu yang masih boleh menyebut namaku dengan lancar sekali. Aku terharu ..hu hu

let's see the changes.

sekarang ni dah jadi ini. Dulu ....

dulu macam ni. bunga-bungaan je penuh.

sekarang ni...gambar dari belakang.

dulu tempat ni tempat kita orang buat persembahan kalau ada apa-apa majlis. hari guru ke...apa-apala. Gambar kat atas tu ialah gambar masa we all buat persembahan masa form 6. Lower 6. Sempena apa ntah..boria tuuuu.

pemandangan di padang. padang ni tak banyak berubah. Kalau ada kabus, padang ni akan kelihatan seperti kat genting dengan bangunan putih kat belakang tu.

dulu cam ni la keadaan padang tu.

0 comments: