Tuesday, July 24, 2012

cerita-ceriti

*orang bukan pandai sangat masak sedang mencari2 cara2 memasak sesambil hapdet blog. kui kui

*hari ni start exam kali ke-3 kat sekolah. rasa lega sikit. esok start tanda paper.

* aktiviti hari ahad lepas:
   1. siapkan tempahan
   2. lipat kotak. kotak apa? sila refer gambar berikut :
nolong encik abang melipat kotak2 untuk bubuh kurma. kotak2 kurma akan diedarkan kepada customer buraq yang bertuah. ada 10 ribu kotak semuanya. kami sekeluarga buat 1000 jer. ha ha..kecoh.

sesi melayan adik dan diri sementara ibu, ayah n yg tak layan adik melayan kotak.

 he he..sian naufal.

* Eksiden. kecil saja. berlaku pada 11 Julai di Kompleks Muhibbah Kg Pandan. Al kisahnya, sorang pakcik gatal ni dengan lajunya blok jalan saya. masa tu saya n anak2 baru je masuk kete lepas membuang mana2 air yg patut kat toilet di situh. saya stand by la blakang kete dia dan dengan sabarnya tunggu dia habis ngorat. pakcik ni dah tua dah tapi tak sedar diri. pakaian raget bagai orang muda. dok sibuk ngorat dari dalam keter sorang makcik kat tepi tu. dengan senyum, dengan gelaknya mengorat tak hengat kubur. yang bestnya, lepas abis ngorat, terus je dia gostan kete dia dengan lajunya tak tengok2 dah. apa lagii...kena la kita orang kat blakang tu. hin pun dah tak guna sebabnya bukannya dia dengar. karaoke pakcik2 dan makcik2 dok berkumandang. Yang bestnya lagi tak mo ngaku salah. tak mo bayar pon walau sesen. tak mo gaduh ngan pakcik tak sedar diri tuh, kita orang mengalah jer la. report polis pun tak guna.
 kete pakcik gatai tuh. tgk keter tu...berjiwa muda macam tuannya juga.
hasil pelanggaran....bukan boleh tampal pecahan tu. kena ganti satu benda depan tu. tak per la. asal boleh jalan lagi, jalan la. tak kan nak tukar keter pulak kannn. Kete ijau ai tu dah kemek lama dah orang langgar. encik abang buat tak tau jer pasal bukan tak leh guna pun. ni pun kes orang langgar payah nak bayau. banyak kali dah kena langgar tapi orang lari. dulu kena langgar ngan lori, india tu boleh menghilangkan diri pulak. sampai sekarang mata sebelah kete tu dok berair jer...arghh...memacam la. time tukar kete sebenarnya tapi bukan pasal eksiden2 nih...pasal dah sendat dalam kete. tapi hmm...tgk kewangan jugak la. 

* Kerjamu kerjaku jua

- ni kakak alia punya hal la. sejak dia masuk sek menengah ni, apa2 dia masuk maknanya ibu la yang masuk. 
memula dulu hantar lakaran. kalau terpilih dapat la patung kosong n we have to color macam yang kita lakar sebelum ni. haaa...ibu memang tau kalau takat nak terpilih tu memang ada harapan. dah terpilih, hu huu...ibu gak la yang susah nak  memikir cam mana nak kaler.  bantai la labuu. menang tu idok la diharapkan sangat. he he

* hasil kraf a.k.a tempahan yang telah disudahkan.


Tu jer la. banyak cerita tertangguh. tentang jalan2, tentang hati...tapi tak de mood. mood nak tanak pulut untuk berbuka. jap lagi baby sampai pulak. bubai.

0 comments: